Search This Blog

SALAM MAAL HIJRAH 1438 H

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1438 H kepada seluruh umat Islam ...

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya ... Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya ... 

Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah ... Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama ... Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu ...

Di kesempatan ini juga, saya menyusun jari sepuluh andaikata saya ada terkata secara sengaja ataupun tidak ... Malahan saya ingin memohon maaf andaikata gurau senda & kata2 saya selama ini mengguris hati & perasaan anda semua ... Saya berharap anda semua dapat memaafkan saya ...

Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri ...

Selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah ...

INFO

Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1438H / 2016M adalah Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah ... Sambutan kali ini akan diadakan pada 2 Oktober 2016 bertempat di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS) ... 

Doa akhir tahun (1437H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar) pada 29 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan 1 Oktober 2016 Masihi 


Doa awal tahun (1438H) pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan 1 Oktober 2016 dan boleh juga dibaca pada 1 Muharram 1438 Hijrah bersamaan 2 Oktober 2016 Masihi selepas menyempurnakan fardhu Maghrib ...


Sumber : mysumber.com

10 comments:

  1. salam maal hijrah :) semoga tahun ni lebih baik daripada tahun sebelumnya ..

    ReplyDelete
  2. wow kita nak sambut tahun baru.
    moga kita panjang umur la utk sampai ke hari tu.
    dan terus hidup dlm iman utk tahun2 seterusnya in shaa Allah...

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah..smoga kita dapat berhijrah dari keburukan kepada kebaikan sentiasa.

    ReplyDelete
  4. selamat menyambut tahun baru..semoga tahun baru ni menambahkan lagi iman dan semangat kita untuk kearah kebaikan..:)

    ReplyDelete
  5. Salam maal hijrah..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    Jom join contest ni.. senang je.. tak perlu buat entry.. SHARE & #TAG CONTEST

    ReplyDelete
  6. salam maal hijrah. jemput ke blog saya :)




    http://hello-vitamin.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. Salam maal hijrah
    http://madey09.blogspot.my/

    ReplyDelete