Search This Blog

Tips GST - Elakkan Tertipu


Dapat maklumat daripada seorang member yang merupakan Pegawai Kastam ... Boleh dijadikan panduan agar tidak tertipu ...

Tips GST

1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak. 

2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (akta ssm) dan juga no pendaftaran GST 12 digit. Jika gst dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA. 

3. Setelah berurusniaga, semak nama dan no pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan. 

4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi. 



Peniaga boleh dikenakan denda RM200k jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli.

Sebarkan ✌👌

19 comments:

  1. Perkongsian yang bagus. Banyak peniaga dan syarikat sekarang menipu pelanggan dengan meninggikan harga barang atau meletakkan caj yang tidak sepatutnya dengan alasan GST.

    ReplyDelete
  2. ini pun tengah nak attend meeting GST lagi ni... hu hu hu... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  3. ha, betul tu, perlu ada resit gst untuk semua urusan yang melibatkan gst.

    ReplyDelete
  4. kalau kedai2 runcit biasa yang memang tak de keluarkan resit cemana ye?kadang2 kita ni malas nak bertekak ..kan?/jadi dia kata 'ada gst' kita pun ye kan je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr ... Saya pun masih tertanya2 ... Kedai runcit kecik2 biasa nyer mana ada resit ...

      Delete
  5. Ye..dulu tanya 'ni berapa harga' sekarang kena tanya 'ni ada gst tak' ..hehehehhe..

    ReplyDelete
  6. kalau pasaraya ok lagi kalu kedai runcit mamak? ;-)

    ReplyDelete
  7. Sampai skunk Cikna xpaham ape itu "'GST"..... Dulu bkn ke makanan xkena GST, poning acik...'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun tak paham ... Yang pasti harga barang dah pun naik ...

      Delete
  8. pening kepala ;(
    nak pi kursus pon kena GST untuk hidupkan NIOSH
    semuanya GST topup pon kena .. mana nak lari nieeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu lari ... Redha kate nyer ...
      He he he ...
      Argghhh ...

      Delete
  9. kedai mamak byk yg daftar gst.
    so akan ada invois tax @ resit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK ... Noted ...
      Masalah bagi kedai2 kecil, cam ner eak ?

      Delete
  10. ok. noted sis :)
    will jadikan panduan. will share too dekat blog PG ya.
    nanti PG bagi kredit kat sini :)

    ReplyDelete