Search This Blog

Budak Gedik ...


Inilah budak gedik tu ...
Orang lain dah cuti, tapi  dia kena sekolah ...
Semua gara-gara yuran bulan November dah di bayar, so tadika tak ditutup ...
Tapi ramai jugak yang tak datang ...


Kipas warna-warni

Tulisan dah cantik, tapi besar ...


Published with Blogger-droid v2.0.10

Nusyuz vs Dayus ...

Untuk peringatan buat diri sendiri juga buat kengkawan ...
Untuk insan-insan yang berkenaan ...
Mari sama-sama muhasabah diri ...

Tenanglah Wahai Hati ...

Mari sama-sama kita amalkan ...
Moga tenang-tenang ajer ...




Published with Blogger-droid v2.0.10

Jadilah ...

Semalam telah berlansung Majlis Ihtifal Dan Penyampaian Hadiah, KAFA Integrasi Al-Hilaliah ... Buat kat sekolah jer ... Dua tahun sekali ... Ada sekali dulu buat kat dewan ... Abang Long & Abang Ngah tak dapat hadiah pun walaupun dalam senarai Top10 ... Yang dapat no.1,2 &3 je ... Tapi Abang Long adalah dapat skit, hangin jer Abang Ngah, die tak dapat .... Ape-ape pun Alhamdulillah ...

Alhamdulillah ...

Dapat dua coz untuk 2012 dan 2013 ...
Published with Blogger-droid v2.0.10

TAZKIRAH JUMAAT #7 : UBAT HATI



Imam al-Ghazali ada memberi nasihat untuk membersih hati daripada penyakit yang memyebabkan seseorang itu merasa ria', bangga, ego dan sebagainya.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih tua hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka telah lama hidup dan telah banyak amalan yang mereka lakukan.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih muda atau kanak-kanak maka hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka baru sedikit melakukan dosa berbanding kamu yang lebih lama hidup dan lebih banyak dosa.


- Apabila kamu berjumpa dengan orang melakukan maksiat maka hendaklah kamu berkata bahawa mereka melakukan maksiat kerana jahil tentang dosa dan pahala sedangkan kamu melakukan maksiat sedangkan kamu mengetahuinya.


- Apabila kamu berjumpa ulama' atau orang alim maka kamu hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kamu kerana mempunyai banyak ilmu sedangkan kamu kurang ilmu.


Abah Tak Sihat Lagi ...


Tempoh hari ada entry kan tentang kesihatan Abah ...

Abah Tak Larat ...
Kali kesihatan Abah terganggu lagi ... Akhir nyer Sabtu lepas atas desakan anak2 Abah ker Hospital juge akhir nyer ... Kali nie telah disahkan Abah mengalami Mild Stroke ... Tangan kanan dan kaki kanan kurang sensitif ... Alhamdulillah tidak terlalu teruk ... Abah perlu menjalani fisioterapi ...


Ada kengkawan yang pernah mengalami keadaan ini ? Ada panduan dan nasihat ? Ape2 je lah yang boleh dikongsikan di sini ... Doakan Abah cepat sembuh yerr ...


Suspek Kes Tembak Pegawai JAIP



Ini lah dia gambar suspek kes tembak Pegawai JAIP, allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, 49, di Kuantan, Ahad lalu ...

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani, berkata lelaki berkenaan adalah suspek pertama yang masuk ke perkarangan rumah mangsa sebelum memberi salam.


 Hati2 yer kengkawan ... Yang ari tu dah kena tangkap ... 
Nie kes tembak baru plak ... Haisshh ... Takoottt ... 

Nape Kecik Jer ???

Pou ...
Awat kecik jer ...
Bukan aku main ...
Anak2 aku yang maintain ...
Hari tu besar, cute jer ...
Macam comel jer ... Macam comel jer ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Lagi Cerita Pasal Pengasuh Kejam ...

Ari tu aku ada buat entry pasal Pengasuh Kejam nie kan ... So ari nie tengah aku berblogwalking tadi terjumpa ler satu blog nie cerita pasal pengalaman dia hantar anak dia kat Pengasuh Kejam nie ... Die cerita pasal perubahan-perubahan yang berlaku pada anak2 dia ... 

Bila baca cerita kat blog nie lagi menambahkan sakit hati aku nie ... Walaupun kejadian nie bukan berlaku pada anak2 aku ... Meh ler baca cerita die ... Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua ...

GEMPAR PENGASUH MENDERA BUDAK DI TASKA Pxxxxxx Hxxxxxx

PILIHARAYA KECIL DUN SUNGAI LIMAU ...

Esok; 4 November 2013 akan menyaksikan satu lagi PRK di DUN Sungai Limau ... Pertandingan adalah di antara BN dan PAS ... Berikut adalah info tentang calon-calon nya ...
Kepada pengundi2 di DUN Sungai Limau, Selamat Mengundi, undilah dengan bijaksana demi kebaikan kita semua ... 
Undilah PAS ...

p/s : Macam-macam ada kat blog aku nie kan ... Bola ada ... Politik ada .... Hehehe ...



Piala Malaysia 2013

Pahang menewaskan Kelantan malam nie ...
Keputusan akhir  :
 Pahang 1 Kelantan 0.
Nie plak penjaring gol tunggal malam tadi ...
Matias Conti 

Sumber : Pak Google

Tahniah kepada yang berjaya menjadi juara dan yang kalah harap terima kekalahan dengan hati terbuka. .. Sob, sob, sob ...


Love You Mr. Arrogant ...


Jangan marah eak kengkawan ...
Gurau-gurau jer ...



Published with Blogger-droid v2.0.10

Pengasuh Kejam ...

Nak share jugak video nih, walaupun tak berapa sanggup nak tengok ... ... Kepada ibubapa di luar sana sila ambil perhatian eak ... Sekali-sekala buat lawatan mengejut ke taska/nuseri anak2 korang ... Sedih nengok bebudak kecik kena cam nie ...

Kepada pihak berkuasa, sila ambil tindakan segera ...
Kepada Si Kejam, andaikata anda tertengok video ni, segera lah bertaubat, minta maaf kat parents2 tu ... Susah sangat tutup jer taska tu, buat ape buat keje cam tu ...


Kompom Masuk Syurga Ke???


Semua Yang Tutup Aurat, Kompom Masuk Syurga Ke???
Yang Pasti, Tak Tutup Aurat, Kompom Masuk Neraka Le...
Bayangkan Aurat Yg Terdedah Qta Letak Dlm Fb Ni Ye..
Setiap Hari Setiap Waktu Dosa Tercatat ..
Dgn Beribu Mata Melihat..


Aku Pun Bukan La Alim Sangat..
Tapi Sekadar Nak Mengingat..
Pasti Status Ku Ramai Yang Meluat
Tak Per Asalkn Tanggungjawab Ku Sbg Sahabat ..
Ku Tunaikan Walaupun Rasa Takut Di Benci Sahabat ..
Tertutup Lebih Cantik Di Lihat ..
Dari Terdedah Mendatangkn Syawat..


CopyPaste :

Budak X Mo Tido ...

Budak nie x mo tido ...
Sibuk ...

Merayap ... Main ...
Penat ... Nenen ...


Merayap balik ... Main balik ...
Penat ... Nenen balik ...


Aiyooo lah ... Ibu nyer ngantok haa ...


Published with Blogger-droid v2.0.10

Menangani Masalah Anak Nakal ...


Baru terima buku nie dua minggu lepas ... Nak tau kisah lanjut, sila lah ke SiNi ...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Rambut Hantu ... ?


Hah ... Rambut sape plak nie ?
Rambut hantu ker ?
Hah ! Rumah aku ade hantu ker ?
Huhuhu ... Takut nyer ...

Nie rambut Fatiha lah ...
Ambik gambar dari belakang ...
Rambut nie lembut dan cantik ...
Tapi cepat kusut, cepat sangat ...
Kalau lepas tido @ mandi lagi kronik ...
Kengkawan ada idea tak ?
Ada tak yang sama masalah ngan saya ... ?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Hasil Kerastangan ...

Hehehe ... Nie ler antara koleksi kerastangan Fatiha kat Tadika Sempurna ...

Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah dia anak yang solehah, yang menjaga solat dan agamanya ... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sukan Tahunan 2013 Tadika Sempurna ...

Tahun nie sukan Tadika Sempurna diadakan di Dewan Persatuan Kebajikan Gombak Setia ... Dekat sangat ngan rumah aku .... Best leh jalan kaki jer ... Walaupun agak kurang sihat, Fatiha bangun awal dengan bersemangat nyer ... Fatiha masuk dua acara ... Acara menyusun manik & menyiapkan model ... Meriah jer, tapi mood Fatiha kurang elok coz badan tak berapa sihat ...
Dah siap awal2 lagi ... Habis semua orang dikejut nyer ...

Lari pun kurang semangat ...

Maintain jer ... Tak ceria lansung ...

Tengok tu ... Isshhh, geram plak ...

Nie acara siapkan model lak ...

Dah habis acara Fatiha ...

Rehat sementara kelas lain menenruskan acara ...

Senyum pun tak manis berikutan kenaikan harga gula ...

Gie ler dokong2 skit memujuk hati yang lara ...

Lepas nie nak beronggeng lak ...

Putra layan bola ...


Putra pun layan bola semalam
Alhamdulillah ...
Akhir nyer TRW melangkah ke Final ...
Biar pun seri semalam 2-2, TRW menang ngan agregat 4-3 ...
ATM pun main best gak ...
Sian tengok Hai-O frust, termenung jer kat padang ...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Cam nie pun ade ???

Boleh eak cam nie ?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Keluarga, November 2013

Jom baca ...
Cover :Fasha Sandha & Irma Hasmie ...

Antara isi2 nyer :
- Fasha & Irma kongsi cite anak ...
- 55++ idea pilihan muslimah ...
- Langkah2 jana pendapatan ...
- Banteras keganasan rumahtangga ...
- Rahim jatuh ...

Banyak lagi ... Tak habis baca lagi ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Belaan Baru ...

Yassin nama diberi ...
BigBoss jumpa di kedai makan ...
Ekor kembang ...
Jantan ...
Manja, suka gesel2 kat kaki ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

TAZKIRAH JUMAAT #6 : KELEBIHAN SURAH AL-BAQARAH


Tahu tak kengkawan, di antara keutamaan membaca surah Al-Baqarah dari ayat pertama hingga lah yang terakhir adalah orang yang membaca nyer tidak akan dapat ditakluk oleh para tukang sihir dan jin @ syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah nie ...
Dari Abu Umamah, dia berkata, aku memdengar Rasullullah s.a.w bersabda : "Bacalah surah Al-Baqarah kerana kerana sesungguhnya mengambilnya (untuk dibaca dan diamalkan) adalah mengandungi keberkatan dan meninggalkannya adalah penyesalan, sedangkan para penyihir tak mampu melawannya ." (HR. Muslim).


BACALAH AL-QUR'AN SETIAP HARI

Salah satu fungsi Al-qur'an adalah sebagai ubat atau penawar dan penangkal segala macam jenis penyakit, baik rohani mahupun jasmani. Termasuk penangkal gangguan jin, syaitan atau sihir.

Allah s.w.t berfirman : "Dan Kami turunkan dari Al-qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang2 yang beriman dan Al-qur'an itu tidaklah menambah kepada orang2 yang zalim selain kerugian." (QS Al-Baqarah : 82)
Dalam sebuah hadis, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah s.a.w bersabda : "Janganlah menjadikan rumah2 kalian layaknya kuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah."

Kengkawan, jom baca Al-qur'an, kita mulakan dengan sehari satu halaman (disertai pemahaman dan makna) ... Istiqamah selama 40hari, ... Insyaallah akan terasa dekat dengan Allah s.w.t ...
Sumber : Hidayah, Oktober 2013

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tadi tikam ... Semalam tembak ... Kelmarin sumbat ...

Korang rase tak ape yang aku rase ...
Ngeri nengok berita minggu nih ... Ape nak jadi lah agak nyer ...
Tiga hari berturut-turut ...
Semakin ramai yang sakit mental nyer ...
Takut woo ...

Tadi ...
Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini pada Khamis.

Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.

Semalam ...
Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya.

Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.

Kelmarin ...
Mayat Tim ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian berwarna hijau, dicampakkan di tepi jalan di Klang, Selangor. 

Nauzubillah mintak dijauhkan dari mende-mende yang tak elok nih ...
Salam Takziah buat semua yang terlibat ... 
Buat kengkawan hati2 di mana jua anda berada ...