Welcome 2012 ...

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. 

http://1.bp.blogspot.com/_tK0zLHQlrw0/SVmh9zXGNWI/AAAAAAAAB88/NaP2suvEivY/s1600/doa%2Bawal%2Bthn.bmp[doa+akhir+tahun.bmp]

Memori 2011 ....

Hi ... Hari nih last day dalam tahun 2011 ... Tak banyak peristiwa penting yang berlaku tahun nih ... Walaubagaimanapun tetap bersyukur diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini ... Semoga semua nyer menjadi pengajaran n amat berharap agar 2012 lebih best lagi ... Allah Maha Berkuasa menentukan semua nyer ... Kita kena rajin USAHA .... Dah penat usaha tu jangan lupa berDOA ... Pehh tu TAWAKAL jer lah ... Jauhi perasaan hasad dengki ... Cakap senang nak laksanakan susah ...


Aku juga amat berharap usaha-usaha bersama kami sekeluarga di bawah nih bertambah sukses ... Terima Kasih pada keluarga jauh dan dekat yang turut membantu ... Harap2 kengkawan sudi melawat sambil membeli ... Nak order or ada pertanyaan sila msg/pm inbox fb ... Okay ...
Jalan2 ke Downtown Cheras, Lot 322 ...



Recyclable Rubber Wallet



Hot Perfume ...
Macam-macam produk ada ...


Jalan2 kat Taiping ...

Hasil kerja Big Bos ...


Mandi-manda ...



Alhamdulillah ... Genap 9 tahun ...



Bagaimana menjadi anak yang soleh ???


Cer korang teka sape penceramah kecik molek nih ??

Jawatan Kosong : Al Jabbar Group Sdn Bhd

Ada orang hantar e-mail kat aku ...
Aku tolong war2 kan ajer ...
_____________________________________________

KINI, AL JABBAR MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN KEPADA SELURUH GRADUAN MUDA UNTUK MENTADBIR PERNIAGAAN SENDIRI DI BAWAH SISTEM PERNIAGAAN BERBENTUK SHOWROOM ELIT DI BAWAH AL JABBAR GROUP. SELARAS DENGAN PERKEMBANGAN SYARIKAT, KAMI MEMPELAWA CALON YANG BERKELAYAKAN UNTUK MEMENUHI JAWATAN DI:
KONSULTANT UNTUK SHOWROOM AL JABBAR GROUP - 100 KEKOSONGAN
Kelayakan:

1. Berkelulusan minima SPM / Diploma didalam apa jua bidang
2. Mempunyai minat dalam bahagian pemasaran
3. Boleh berkomunikasi dengan baik
4. Boleh bekerja lebih masa
5. Penempatan kerja diseluruh Malaysia
6. Mempunyai kenderaan sendiri adalah digalakkan
7. Latihan akan disediakan


FAEDAH:

1. Pendapatan yang menarik
2. Komisyen yang tinggi
3. Suasana kerja yang selesa

PEGAWAI SUMBER MANUSIA - 3 KEKOSONGAN
Kelayakan:

1. Berkelulusan minima Diploma / Ijazah didalam bidang Sumber Manusia
2. Lelaki
3. Calon Berpengalaman akan diberi keutamaan
4. Tegas, berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi
5. Sanggup bekerja lebih masa
6. Sanggup bekerja luar kawasan (Outstation)
7. Mempunyai kenderaan sendiri


Sila Hadir Ke Temuduga Terbuka Pada
26 - 31 DISEMBER 2011 (10am - 5pm) BERTEMPAT DI IBU PEJABAT
AL JABBAR GROUP, NO 13 JALAN PRIMA SAUJANA 1/1A, TAMAN PRIMA SAUJANA,
SEKSYEN 1, 43000 KAJANG SELANGOR

BAGI JAWATAN KONSULTANT, ANDA JUGA BOLEH HADIR UNTUK TEMUDUGA DI:

1- KILANG AL JABBAR MANUFACTURING (KOTA BHARU)
Bt. 18, Kawasan Perindustrian Mara (KIM), Jalan Padang Tembak, 16100 Pengkalan Chepa,

Kota Bharu, Kelantan (PADA 23/12/11 - 10AM - 5PM)


2 - SHOWROOM JOHOR BHARU
No:49, Jalan Segget, 80000, Johor Bharu, Johor (PADA 27/12/11 - 10AM - 5PM)


3 - SHOWROOM MELAKA
No:194, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000, Melaka (PADA 28/12/11 - 10AM - 5PM)


4 - SHOWROOM SEREMBAN
No:37-38, Jalan Dato' Bandar Tunggal, 70000, Seremban, Negeri Sembilan
(PADA 29/12/11 - 10AM - 5PM)
* Sila Bawa 2 Salinan Resume, 2 Salinan Sijil, 2 Keping Gambar Berukuran Pasport
Email: vacancy@aljabbargroup.com
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 03-8733 3401 / 5233, 010-4324 494




Al Jabbar Group Sdn Bhd
(Tel): +603 8737 9476




Kisah Kena Sembelih ...

Semoga kisah yang dipaparkan menjadi pengajaran buat kita semua ...
Nauzubillah ...
_________________________________________________

Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke atas mereka.

Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang.

Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orangPLUSLine.

Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju

Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.

Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.

Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.

Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..."

Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.

Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."

Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.

Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!

Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku.


DUIT SYILING BARU ...

Nie lah duit syiling yang akan berada dalam edaran mulai Januari 2012 ...

Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 50 sen Malaysia siri ketiga
50 sen
Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.
Ciri Keselamatan
Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.
Imej menunjukkan ciri keselamatan duit syiling 50 sen Malaysia siri ketiga


Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 20 sen Malaysia siri ketiga
20 sen
Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.



Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 10 sen Malaysia siri ketiga
10 sen
Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 5 sen Malaysia siri ketiga
5 sen
Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.


Sumber :
Go to Bank Negara Malaysia's Homepage

DUIT KERTAS BARU ...

Nanti kita kena guna duit baru ... Aku tgk cam cantik jer ... Warna nyer menarik ... Gambar2 nyer pun menarik ... Duit RM5 ngan RM1 diperbuat dr  substrat polimer ... And ada duit baru dengan nilai RM20 ... Cer korang2 tgk kat bwh nih ... Dengar2 nyer akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012 bagi duit kertas ... Duit syiling lak mulai Januari 2012 ... RM50 siri baru nih kita dah guna kan ...



Wang kertas RM100

Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.
Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.
Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.

Wang kertas RM50

Pertanian dan Teknologi

Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.
Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.

Wang kertas RM20

Hidupan Laut

Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.
Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.

Wang kertas RM10

Flora

Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.
Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.
Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang polimer RM5

Hidupan Liar

Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.
Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.
Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.

Wang polimer RM1

Sukan Tradisional

Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.
Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.


Sumber :
Go to Bank Negara Malaysia's Homepage

Siapa yang lebih banyak bekerja??

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

CRDEIT TO:: Kempen Aurat Saya Maruah Saya!

WordLESS Wednesday - 06

Alhamdulillah ...



Pernikahan atau perkahwinan,

Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,

Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,

Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A. 
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.
Aku wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..

Amin...

___________________________________________________________

Alhamdulillah ... Genap 9 tahun ...
Syukur tak terhingga ... Mudah-mudahan Allah panjangkan usia perhubungan ini  dengan iman dan ehsan... Sangat bersyukur pada Allah atas segala apa yang dialami. Dan sentiasa hargai peluang hidup dan masa yang Allah kurniakan dalam dunia yang sementara ini.


Oley!!


Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.Kami sangat mengalukan perkongsian(share) video ini kepada masyarakat.

Dengki tul ....


Dengki itu ada tiga jenis : 
1. inginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan beralih kepadanya 
2. inginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang spya sama2 tak dpt 
3.tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya... dengki dosa batin mmbakar pahla.. 

Cuti2 Malaysia 2011

Alhamdulillah ... Akhirnyer berkesempatan membawa anak2 bercuti ... Destinasi pilihan kali ini adalah Bukit Merah Waterpark ... Oleh kerana nak menjimatkan wang ringgit, kami pilih untuk menetap di Taiping Golf Resort ...

Malam pertama terpaksa lepak2 jer kat bilik hotel oleh kerana cuaca tak mengizinkan ... Lagipun kepenatan mengharungi perjalanan jauh (jauh ler sangat) ... Sebaik petang tu dah sempat terjun kolam ... Sampai kecut2 madi ... Menggigil-gigil ...

Projek hari kedua bercuti ... 
Bukit Merah Laketown Waterpark ...

Bergambar jer ...

Nie pun bergambar jer ... Tak pergi pun ...

Walaupun kepenatan ... Kami gagah kan juga sebab dah janji ngan bebudak ...
Destinasi malam kedua ... Zoo Taiping & Night Safari ...

Kami naik tram jer ...


Tak banyak gambar binatang yang sempat diambil ... 
Suasana malam yang gelap juga tak mengizinkan gambar diambil ...

Big Boss sesaje snap nak tunjuk skil ler tu ...

Sebelum balik ker hotel kami singgah makan ...
Sampai jer kat hotel memasing membersihkan diri dan menidurkan diri tanpa dipaksa2 ...

Projek hari ketiga ... Mandi kolam lagi ...
Mak nyer dah malas nak join ... Boleh ler snap gambar ...

Terjun kolam berirama ...

Hehehe ...


Pukul 11.30 am ... Semua perenang-perenang kebangsaan diarahkan naik untuk bersiap sedia kembali ke tempat tinggal ... Sebelum tu sempat singgah di Kuala Kangsar ...

Ada kat sini kut enjin pesawat yang hilang tu ...

Alhamdulillah ... Perjalanan pergi dan balik selamat ... 
Semua nyer bergembira ...
Insyaallah, ada masa ... ada ongkos nyer ... Jika diizinkanNya ...
Berjalan lah lagi kita next year ... Okay anak2 ... Janji belajar rerajin ...

Adik dah 3 tahun ....

Selamat Hari Lahir Fatiha ...


Selamat Hari Lahir Adik ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Adik dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...

Donut Mak Long sponsor ...


Makin nakal ...

Masa dolu2 ...

Suka nangis sampai sekarang ...

Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin