Search This Blog

Putra Ke Pra Sekolah


Alhamdulillah, tahun nie Putra dah ke sekolah. Aku masukkan dia ke Pra Sekolah atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Abang2 dan kakak semua nya produk tadika swasta dan bersekolah tadika selama 2 tahun. Kita tengok hasilnya nanti.

Putra sangat-sangat teruja. Daripada tahun lepas lagi, hari-hari dia akan tanya, hari nie hari apa dan bila dia akan ke sekolah.

Aku pun terperanjat jugak sebab before this Putra tak pernah ke sekolah atau pun ke nurseri, tapi hari pertama ke sekolah dengan semangat dan penuh yakin dia melangkah masuk kelas. Tak nangis pun. Nak dibandingkan dengan abang2 dan kakak dia dulu meraung, menangis dan cebek dalam seminggu dua jugak.

Minggu pertama, tiga hari sekolah berjalan dengan lancar. Balik sekolah jer, pot pet pot pet bercerita. Macam-macam diceritakan. Cuma hari pertama tu jer tertidor awal, sambil tunggu abang2 & kakak balik sekolah, sambil tengok tv, Putra terlelap sampai ler esok pagi nyer. Hehehe.

Makan bersama kawan-kawan. 

Belajar menyanyi dan menari. 

Main tanah liat

Aktiviti memasukkan benang ke dalam lubang. 

Harap-harap kekal istiqamah rajin bersemangat je sekolah. Semoga Putra kelak menjadi pembela agama, bangsa dan negara. Semoga dia berjaya dunia akhirat. 

Agong Letak Jawatan


Beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan dakwaan kononnya mesyuarat khas Majlis Raja-Raja membincangkan kedudukan Sultan Muhammad V sebagai Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pun cakap desas-desus tu hanya sekadar khabar angin.

Tapi hari nie secara sah, Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong berkuasa 6 Januari 2019. Berbahagialah rakyat Kelantan dapat balik Sultan korang yang the best nih. 



Sape plak yang akan dilantik jadi Agong lepas nih? Adakah Sultan Pahang? Ataupun Sultan Johor? Jeng jeng jeng. 

HARI ITU HAMPIR TIBA

*PERINGATAN UNTUK SEMUA*

Sumber Google, telah diedit. 

Lombok dah tiga kali gempa dalam tempoh yang dekat.

Sulawesi pun sama siap gunung berapi memuntahkan lahar.

Jepun kena typhoon kong-ray dan mangkhut sampai ke China.

Dengar pulak berita gunung berapi Krakatau dah batuk-batuk siap bagi amaran kepada penduduk Lampung dan Banten.

Dapat lagi berita daripada ramalan Jepun bahawa gempa di Indonesia boleh cecah lebih daripada 9 skala richter. Kalau 7 skala richter pun dah jadi padang jarak padang tekukur.

Puchong banjir kilat. Cyberjaya dan Puchong ada bunyi guruh panjang macam keretapi. Fenomena kat Sabah awan dah macam ombak gergasi. 

Ramalan gempa mungkin berlaku di Manjung, Janda Baik dan Kuala Lumpur keluar pun dah keluar dalam surat khabar.

Lingkaran Api Pasifik akan aktif semuanya. Gunung berapi dah lama tidur akan bangun balik. Kalau semua gunung berapi pasifik muntahkan lahar dan debu, adakah ini penyebab dukhon seluruh dunia?

Rasulullah S.A.W. pesan, kalau banyak terjadi gempa bersambung-sambung, tandanya dah semakin dekat.

Kalau tahun ini ada banjir besar, bermakna kemarau 3 tahun pun dah dekat.

Berdoalah moga dielakkan musibah walaupun musibah dah memang janji dan takdir Allah sebagai ujian dalam kehidupan yang menjadi peringatan. Selain berdoa usahalah atas iman dan amal.

* Saya hanya berkongsi dari group whatsapp saya. Tanda-tanda di atas adalah tanda-tanda yang diceritakan dalam kitab suci Al-Quran. Semoga menjadi peringatan buat kita semua. 

ALLAHU AKBAR 3X