Search This Blog

SEMAKAN UJIAN KEMASUKKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Pelajar-pelajar Tahun 6 2018 telah pun selesai menduduki peperiksaan UPSR. Mana-mana pelajar yang berminat telah pun memohon Sekolah Berasrama Penuh (SBP). 

Sebagai salah satu syarat, satu ujian akan diadakan bagi mereka yang memohon. 

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan dilaksanakan kepada semua pelajar yang memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh. Tahun 2018 nie UKSBP akan diadakan dalam tempoh 15 Oktober 2018 hingga 18 Oktober 2018. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan .  

Jom semak dimanakah murid-murid ini akan duduki peperiksaan UKSBP. Untuk semakan boleh ke SEMAKAN UKSBP


Sila pastikan maklumat ANGKA GILIRAN yang dimasukkan adalah seperti yang tercatat dalam Slip Pendaftaran UPSR 2018 


Maklumat berikut perlu dicetak dan dibawa bersama semasa menghadiri UKSBP. 

Henti Makan Salad Beracun Vege 2 Fresh


Bebarapa hari nie kita digemparkan dengan kes keracunan selepas makan laksa. Dilaporkan telah ada 3 kematian di Gerik. 

Siasatan mendapati salad yang terdapat dalam laksa tersebut mengandungi racun. Produk salad ini dikesan tercemar dengan bahan kimia Fipronil, iaitu sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama.



Kengkawan semua harap lebih berhati-hati terutama yang menetap di Perak dan Utara Malaysia. Hentikan pengambilan salad keluaran Vege 2 Fresh buat sementara waktu. 

Enam Anggota Bomba Lemas Ketika Operasi SAR


Innalilahiwainalilahirojiun. Salam Takziah buat keluarga 6 anggota bomba yang lemas dalam operasi SAR mangsa lemas di lombong di Puchong.

Kesemua mereka dikatakan sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar yang dipercayai terjatuh dalam lombong di Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan La Cottage, Selangor malam semalam.

Mangsa berusia 17 tahun belum dijumpai dan  6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. 


ANGGOTA PPDA PELABUHAN KLANG :

Mohd Fatah Hashim
34 tahun

Izatul Akma Wan Ibrahim
32 tahun

Mazlan Omarbaki
25 Tahun 

Yahya Ali
24 tahun

ANGGOTA PPDA SHAH ALAM :

Adnan Ohman 
33 tahun

Muhammad Hifdzul Malik Shaari
25 tahun

Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan yang beriman. Amin.