Search This Blog

OREO CHEESECAKE

Inginkan Sedikit Kelainan Untuk 'Cheat Day' Anda? Cuba Resipi Oreo Cheesecake Senang Ini! 

Korang hanya perlu sejukkan jer, tak perlu bakarUntuk menghasilkan kek no-bake mudah ini, anda hanya perlu gaul beberapa bahan, sejukkan, dan ia sedia dimakan!


Jom cuba?


Bahan-bahan:

- 2 cawan Oreo hancur 

- 1/4 cawan mentega cair 

- 500g cream cheese 

- 1/4 cawan gula 

- 1 sudu kecil esen vanilla

- 1 cawan whipping cream 

- Oreo (dipotong kasar) 



Cara-cara: 


1. Gaul Oreo hancur dan mentega cair hingga sebati. 

2. Tekankan dan padatkan ke dalam bekas kek. Simpan di dalam peti sejuk. 
3. Dalam bekas yang disejukkan, pukul whipping cream hingga pekat dan kembang. 
4. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula, dan esen vanilla. 
5. Masukkan whipped cream dan gaul hingga sebati. 
6. Masukkan Oreo dipotong kasar dan gaul. 
7. Masukkan adunan ke dalam bekas kek berisi Oreo hancur dan mentega itu tadi. 
8. Hias dengan kepingan Oreo dan sejukkan selama 4 jam. 
9. Hidang

KAKI KOMEN MAC 2017 #KISAHHIDUPKU ...

Alhamdulillah  ... Sedar tak sedar kita dah pun memasuki bulan keempat tahun nie ... Bersyukur sangat kerana masih diberi peluang bersama-sama dengan orang yang aku sayang... Bersyukur juga kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki segala kelemahan diri... Insyaallah... 

Dah tu... Dah tu... Jom kita tengok plak kaki komen blog nie bagi bulan Mac 2017 ... Meriah sangat uolls... Ada yang lama, kekal maintain gituuu... Ada juga yang baru... Apa lagi jom skodeng blog hebat depa plak sambil-sambil tinggal jejak ...

10.  Mrs Pip

Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ... Terima kasih bebanyak korang-korang ... Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...

Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...

TERBANG LINTAS (FLYPAST) PESAWAT PEJUANG BLACK EAGLES T-50 MILIK REPUBLIK KOREA

TERBANG LINTAS (FLYPAST) PESAWAT PEJUANG BLACK EAGLES T-50  MILIK REPUBLIK KOREA DI SEKITAR RUANG KUALA LUMPUR DAN KLCC

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30pagi pesawat pejuang Black Eagles milik Tentera Udara Republik Korea (The Republic of Korea Air Force) telah membuat terbang lintas (flypast) di sekitar ruang udara Kuala Lumpur dan KLCC...


Kat rumah aku nih nampak sipi sipi jer... Teruja sungguh Putra... Kejap kejap berlari keluar... Kejap lagi berlari lagi keluar...  Nak tengok jet pejuang... Seronok dengar Putra cite... "Jet pejuang tu tak lawan lawan ibu" ... "Jet tu terbang kawan kawan jer ibu" ... Teruja sungguh dia tadi... Jangan malam karang dia suh aku lukis jet pejuang dah ler... 

Kumpulan pesawat aerobatik Black Eagles ini telah membuat pertunjukan udara di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2017 baru-baru ini...

Sumber kengkawan wasap

Sumber kengkawan wasap

Sumber kengkawan wasap

Aku nak masukkan video tapi tak reti... Tak jadi jadi...