Search This Blog

BONDA MB SELANGOR MENINGGAL DUNIA


Dengan dukacita nyer dimaklumkan bonda MB Selangor telah meninggal dunia pada awal pagi tadi... 

Hajjah Che Tom binti Yahaya telah kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar KPJ Damansara pada jam 2.14 pagi, 18 Februari 2017 bersamaan 22 Jamadilawal 1438H pada usia 82 tahun akibat serangan angin ahmar... 

URUSAN JENAZAH

7.00 pagi: Urusan jenazah dan solat jenazah di Masjid Darul Ehsan.

8.30 pagi: Jenazah berlepas dari Masjid Darul Ehsan ke Kampung Klang Gate Baru.

9.00 pagi: Jenazah dijangka tiba di Kampung Klang Gate.

11.00 pagi: Jenazah dibawa ke tanah perkuburan di Kampung Klang Gate.

Didoakan semoga Almarhumah Bonda Hajjah Che Tom Binti Yahaya dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT serta mendapat husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat.


WAKAF AL-QURAN 2017


Jom berwakaf Al-Quran dari serendah RM15 sahaja senaskhah. Kami memerlukan sumbangan Al-Quran wakaf untuk disumbangkan ke institusi yang memerlukan. Klik untuk info lanjut & berwakaf.




DEMAM CAMPAK | PANDUAN UNTUK IBU BAPA DAN PENJAGA


Demam Campak (measles) merupakan antara penyakit berbahaya semasa di peringkat kanak-kanak. Kebanyakan kes demam campak berlaku kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun kerana mereka belum menerima pelalian demam campak. Ia adalah sejenis penyakit yang dsebabkan oleh virus campak dan boleh membawa kepada kompikasi yang serius. Jangkitan virus ini tersebar dengan mudah melalui udara. 

Kita sebagai ibubapa tentu risau jika anak-anak dijangkiti demam campak. Nak-nak kalau anak yang perlu dihantar ke pusat penjagaan. Kalau dah kena ibubapa perlu membawa anak yang disyaki dijangkiti ke klinik atau hospital. Kena lah bercuti panjang nampak gaya nyer... 

DEMAM CAMPAK? 

Demam campak merupakan sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit dan menyebabkan :

✔Demam panas (suhu tinggi) 
✔Ruam merah kecil
✔Selsema dan hidung berair
✔Batuk
✔Mata merah berair/konjuktivitis

Demam campak boleh menyebabkan komplikasi berikut :

⏩Pneumonia (radang paru-paru) 
⏩Jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak
⏩Mata merah,  bengkak dengan lelehan berair atau nanah yang boleh menyebabkan buta
⏩Radang otak (encephalitis)
⏩Kematian

PENYEBAB DEMAM CAMPAK

❗Demam campak disebabkan oleh virus campak
❗Virus disebarkan melalui titisan kecil air liur dan titisan hidung yang terpercik semasa batuk,  bersin atau bercakap
❗Virus juga boleh tersebar apabila menyentuh permukaan yang tercemar
❗Virus mampu bertahan selama 2 jam

GOLONGAN BERISIKO
⁉ Bayi berumur kurang setahun
⁉ Kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi
⁉ Sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat demam campak atau tidak pernah mendapat pelalian demam campak

RAWATAN
❇Tiada rawatan khas bagi demam campak
❇Komplikasi boleh dielakkan jika demam campak dapat dikenalpasti dengan segera
❇Kita perlu membawa anak ke klinik kesihatan atau hospital dengan segera jika disyaki dijangkiti

PENCEGAHAN
Demam campak dapat dicegah dengan memberi pelalian kepada anak-anak kita...


PERANAN IBUBAPA DAN MASYARAKAT
Kita sebagai ibubapa hendaklah memastikan anak-anak kita mendapat pelalian MMR pada umur 9 bulan,  12 bulan dan 7 tahun... Kalau korang dapat kenal pasti ada anak-anak kecil ini tidak mendapat pelalian,  kita perlu memainkan peranan dengan menasihati mereka agar segera mendapatkan pelalian untuk anak-anak tersebut... Kanak-kanak yang disyaki menghidap demam campak hendaklah segera dibawa untuk menjalani pemeriksaan supaya jangkitan kepada kanak-kanak lain dalam masyarakat dapat dicegah... Rawatan segera pula dapat harus diberi untuk mengelakkan komplikasi...



TINDAKAN AWAL SELAMATKAN NYAWA

Sumber :
www.myhealth.gov.my
www.infosihat.gov.my