Search This Blog

Nak Cepat Kering ...


SILA BACA UNTUK MENGHIBURKAN HATI ...

Ada seorang pesakit mental berenang dan tiba2 lemas di swimming pool. Kebetulan ada lagi seorang pesakit mental yg berada di situ cepat2 berenang dan berjaya menyelamatkan rakannya itu. Keesokan harinya hero itu di panggil oleh warden.

Warden: Saya ada berita baik dan buruk untuk awak.

Pesakit Mental: Apa dia?

Warden: Pertama, tahniah kerana menyelamatkan rakan anda dari lemas. Anda akan di berikan medal keberanian kerana usaha anda itu.

Pesakit mental: Terima kasih ...

Warden: Berita buruk, rakan anda yang selamat dari mati lemas itu dijumpai mati bunuh diri dengan mengantungkan dirinya semalam dibiliknya. Mungkin dia memang nak bunuh diri masa berenang hingga lemas semalam ...

Pesakit mental: Oh taaakkk ... Bukan macam tu ... Semalam lepas saya keluar kan dia dari swimming pool tu, dia basah kuyup, saya gantung dia supaya cepat kering ...

Hehehe ...

Kisah Erra Fazira & Nurul Izzah ...

Semalam kecoh satu Malaysia pasal cerita Erra & Nurul Izzah bercerai ... Sampai kan cite cam nie pun jadi berita utama ... Kebetulan masa tersiar nyer kisah mereka aku dan anak2 ade ler depan tv ... Menonton sambil dinner ... Macam anak burung jer menganga masing2 ... Pemaleh sungguh dah besar pun nak jugak ibu suap ... Sedang syok2 tu maka berlaku lah satu sesi dialog antara aku dan Luqman @ Abang Long ...
Luqman: Ibu talak tu ape?
Ibu: Ntah ... (Dalam hati : Ape aku nak jawab nie???)
Luqman: Ibu nie sume tak tau ...
Ibu: Hmmm ... Nie cite orang besar Luqman, nanti Luqman dah besar tau ler ...
Erkkk ... Kalau korang cam ner korang nak jawab?
Perlu ker terangkan secara detail?
Perlu ker budah 11 Tahun @ darjah 5 tahu mende2 nih?
Pening jap ibu nyer ...

WordLESS Wednesday - 23


Nama saya Kici ...

Kucing suke sangat datang rumah ... Nie yang terbaru ...

Datang dari sebelah kot ... Merayau-rayau cari makanan ...

Ada dua ekor sebenar nyer ... Yang satu lagi pun warna nie jugak besar pun sama ... Cam kembar ...

Hehehe ... Kena dera duk dalam besen sebab nak amek gambar ...

Yassin


Ini Yassin ...
Yassin sekarang dah besar ...
Badan dah berisi skit ...
Sekarang nie Yassin suke berjalan ...
Kadang-kadang tu dua tiga hari hilang, baru muncul balik ...
Manalah die gie agak nyer ...
Merayau-rayau sambil cari makwe kot ...

Inilah Gigi Saya ...

Haaa ...
Ini lah gigi saya ...
Comel tak ? Comel tak ?

Isshhh .. Putra nie ...
Punye lah susah nak ambik gambar gigi die ...
Punyer lah kedekut ...
Ni lah baru dapat ... Dah empat pun gigi nyer ...

TAZKIRAH JUMAAT #10 : BAHAYA UJUB


Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang menyerang pada bila-bila masa tanpa kita sedari.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yg petah berbicara, kagum dgn kepetahannya
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.

Sufyan at-Thawriy mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muttarif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi,
Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,"ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh matan Arba’in)

WALLAHUALAM..
Sumber :

Ustaz Zahazan Mohamed

Panas Nyer ....


Panas nyer cuaca sekarang nih ... Panas yang melampau ...
Kadang2 rase cam nak pening lak ...

Dalam cuaca panas terik nih kan best kalau dapat pekena ABC ker ... Cendol ker ... 



Emmm, tapi masalah nyer dalam cuaca panas cam nih ... nak kuar rumah pun malas ... So, duk diam2 dalam rumah ... Pasang kipas selaju mungkin (umah kita takde ekon) ... Minum air bebanyak ...
Dugaan ...

Demam Campak Rupe Nyer ...

Lanjutan daripada kisah Saya Demam ... Sian Saya ....


Hari Khamis, 6 Feb 2014 Putra ada monthly check-up di KKIA, Gombak Setia ... Dalam hati risau juga coz aku plan nak bawak Putra jumpa Dr ... Seperti biasa bersiap sedia setelah bebudak pergi sekolah ... Aku siap sediakan bekal biskut untuk Putra, takut dia lapar ... Biasa nyer kalau ke klinik memang lah ramai orang nyer maka lama lah menunggu nyer ...

Sampai di klinik maka menunggu lah sehingga no. giliran dipanggil ... Timbang berat dan ukur tinggi ... Alhamdulillah ok semua nyer ... Misi pun bagi nasihat serba sedikit ... Baik Misi tu ... Peh tu tunggu ler giliran plak untuk berjumpa Dr ... Dr kate demam dah kurang cuma Dr kate nampak ade ruam2 keluar ... Actually nyer ruam2 nih since hari Selasa lagi aku dah perasan cuma masa tu aku ingat ruam panas coz Putra berpeluh ... Aku diarahkan membawa Putra ke makmal untuk memeriksa kandungan darah ... Oh meraung-raung ler Putra semasa mengambil darah ... Kuat sungguh kudrat die meronta-ronta ... Risau nyer lah masa nie ...

Alhamdulillah hasil pemeriksaan, Dr sah kan tak de lah demam-demam yang kronik2 tu ... Sekarang nie kan tengah pemes Denggi ... So, benda2 tu sume memang tak de lah ... Dr just cakap demam virus @  demam campak dalam bahasa pasar kita ... Just dapat ubat demam & calamine lotion untuk tahan gatal-gatal ruam tu ... Selesai semua nyer pulang lah kami ... 

Aku menggunakan kuasa veto yang aku ada mengarahkan BigBoss untuk mencari air kelapa ... Nak bagi Putra minum ... Sikit jer dia minum pun yang lebih nyer Ibu nyer yang minum ... :-p Kalau ikut petua orang dolu-dolu kalau kena campak tak bleh mandi, nanti campak tu tak habis keluar ... Tapi aku tak sampai hati tak mandi kan Putra dalam keadaan cuaca panas dan Puta pun dah berpeluh-peluh ... Aku mandikan jugak ... Lap kering-kering sapu lah lotion tu ...


Masa nie demam dah kebah, campak nyer jer tinggal ...

Yeayy ... Berjaya ambil gambar gigi ...

BUKAN CINTA BIASA…



Dipegang jubah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu.“Apakah ini kerana Allah?” tanya hampir berbisik.
“Ya, wahai isteri ku. Semua ini kerana Allah,” jawab suaminya lalu segera berlalu. Tanpa toleh, tanpa berpaling.
Mendengar jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi. Mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim AS berlalu pergi. Tega dan redha. Kalau suami ku bertindak meninggalkan aku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.
Itulah sedikit gambaran perpisahan kerana Allah. Nabi Ibrahim AS rela meninggalkan isteri dan anaknya Ismail di bumi yang kering kontang. Satu lembah yang gersang jauh daripada manusia, haiwan dan tumbuhan. Ya, itu semua perintah Allah. Demi cinta khalik yang lebih tinggi dan suci, ditinggalkannya cinta terhadap anak dan isterinya. Itulah hati Nabi Ibrahim. Jika dulu dia diuji dengan bakaran api, kini dia diuji lagi oleh perpisahan dengan anak dan isteri.
Jangan disangka hanya Siti Hajar sahaja yang menderita ditinggalkan, tetapi bayangkanlah juga derita suaminya Nabi Ibrahim yang “meninggalkan”. Kekadang orang yang meninggalkan lebih perit dan sakit penanggungannya daripada orang yang ditinggalkan. Namun apakah pilihan Ibrahim, bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa…
Mengapa hanya kata-kata “apakah semua ini kerana Allah?” yang diminta kepastian oleh Siti Hajar terhadap suaminya Nabi Ibrahim? Mengapa tidak ada ucapan yang lain? Mengapa tidak diucapkan, “kenapa sampai hati kau buat begini?” Tidak, ucapan seumpama itu sama sekali tidak terkeluar daripada mulut isteri solehah seperti Siti Hajar. Apa yang hendak dipastikannya hanyalah satu… semua itu dibuat oleh suaminya kerana Allah. Bila kerana Allah, tenanglah hati Siti Hajar… Tuhan pasti tidak akan mengecewakannya. Suaminya tidak akan menganiayanya.
Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Itulah tradisi dalam cinta para solihin dan muqarrabin. Dan iktibar buat kita, untuk mengekalkan cinta dalam rumah tangga inilah juga teras dan asasnya. Jangan ada “kerana” yang lain. Jika ada yang lain, pasti cinta itu tergugat jua walaupun bagaimana teguh sekali pun janji dan peneguhan kata yang pernah dimeterai. Untuk mengekalkan cinta, ini sahaja prinsipnya – berbuatlah apa sahaja kerana Allah. Lurus, tulus dan telus tanpa belok dan bengkok.
Sekalipun terpisah, namun cinta Nabi Ibrahim dan Siti Hajar tidak pernah luntur. justeru kedua-dua berpegang kepada asas cinta yang kekal… cintakan Allah. Dan bila mereka bertemu kembali, beberapa tahun kemudiannya, cinta itu teruji lagi. Kali ini Nabi Ibrahim diperintahkan pula oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim tekad, Ismail mesti dikorbankan. Tetapi bagaimana Siti Hajar?
Siti Hajar teruji lagi. Nilai anak bagi seorang ibu, kekadang melebihi nilai suami kepada seorang isteri. Ikatan hati antara ibu dan anak jauh lebih teguh dan kukuh daripada ikatan suami dan isteri… begitu kekadang pakar-pakar psikologi mengungkapkan. Namun itu sedikit pun tidak menjejaskan jiwa Siti Hajar, sekali lagi “jika itu kehendak Allah” dia pasrah. Allah tidak akan mengecewakannya. Siti Hajar rela “kehilangan” anak dan suami berkali-kali. Seperti air zam-zam yang menyuburkan lembah Makkah yang gersang maka begitulah iman yang memperkasa jiwa Siti Hajar. Sekali lagi dia rela dan tega.
Ah, agungnya sejarah itu. Namun di mana asas kekekalan cinta itu masa kini? Kadar perceraian melonjak semakin tinggi. Janji hidup bersama, mati berdua hanya jadi mainan kata sewaktu bercinta. Tetapi sebaik musim bulan madu berlalu, cinta semakin hari semakin terhakis. Dan akhirnya usahkan untuk mati bersama, hidup berdua pun sudah tidak mampu lagi. Suami jemu dengan kerenah isteri. Isteri bosan dengan tingkah laku suami… tak berubah-rubah, macam-macam tu juga. Akhirnya, perceraian pun tidak dapat dielakkan lagi.
Mengapa ini berlaku? Jawabnya, kerana dalam hati suami dan isteri itu tidak ada lagi prinsip “kerana Allah”. Rasa syak wasangka, marah melulu, kecewa, jemu, jeran dan terancam mula bersarang dalam jiwa apabila “bukan kerana Allah” menjadi begitu dominan dalam sanubari suami dan isteri masa kini. Semakin lama berumah tangga semakin ketara segala kelemahan dan kesalahan.
Pada mulanya dicuba-cuba juga bersabar. Ah, demi cinta ku pada nya, begitu pujuk-pujuk hati. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, segala-galanya masih “gitu-gitu” juga. Bila suami sampai di muka pintu (pulang daripada bekerja), muka isteri mencuka, keluhan atau leteran pun bermula, tidak ada lagi salam berkucup tangan, tidak ada lagi wangian dan haruman, tidak ada jawapan salam yang sopan…
Dulu pernah suami menegur bersulam kata dengan kiasan dan perlambangan. Namun isteri buat tidak tahu kerana di hatinya juga ada “dendam”. Ah, kau sahaja yang ingin aku berubah, kau pula bagaimana? Aku jemu melihat kau umpama raja dalam rumah tangga yang menyuruh aku membuat segala-galanya. Sejak bangun tidur aku bagaikan hamba sahaya yang asyik membersihkan, memasak, mengasuh, mengemas dan seribu satu kerja lagi, gerutu hati isteri.
Kau tidak pernah berubah wahai suami. Pakaian bersepah. Tingkah laku mu jauh daripada yang ku kenal dahulu. Pantang ditegur, ego mu meledak. Kau semakin bungkam dan bisu ketika aku ingin meluahkan dan menceritakan segala-galanya. Dan perlukah aku meluahkannya lagi, setelah berkali-kali kau seakan tuli untuk mendengarnya!
Jiwa yang kecil akan membesarkan masalah yang remeh apatah lagi masalah yang memang besar. Bila di hati tidak ada lagi “kerana Allah”, rumah tangga akan semakin goyah. Di dalam hati sudah timbul bibit-bibit ingin berpisah… Berpisah secara rasmi dengan jatuhnya talak bersendikan syarak atau berpisah secara sepi, dengan putusnya ikatan cinta tanpa kemesraan dan keharmonian hati.
Jasad rapat, tetapi hati kian jauh terpisah. Sesetengah pasangan nekad terus mengambil keputusan untuk berpisah. Jika begini apa gunanya ditunggu lagi, kita bercerai! Dan sesetengah pasangan pula tetap di situ mempertahankan cinta yang bagaikan hidup segan mati tak mahu – “better bend than break” (biar sekah asalkan tak patah). Golongan ini sabar mengharungi perkahwinan yang tidak bahagia.
Mereka yang memilih bercerai, inginkan bahagia di tempat, di suasana atau dengan keadaan yang lain (dan mungkin juga dengan orang yang lain?). Tidak ada gunanya mempertahankan perkahwinan yang tidak bahagia… cari sahaja bahagia di tempat yang lain. Mereka yang bertahan pula mungkin merasakan, jika pasangan ku ini pun tidak memberikan aku bahagia, sedangkan aku yang mencari dan dicarinya dulu, mana ada jaminan aku bahagia dengan orang atau di tempat yang lain? Biarlah, aku bertahan sahaja…

Siapa antara kedua golongan ini yang lebih bernasib baik? Yang bercerai untuk mencari bahagia atau yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia? Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu mereka yang bersabar degan perkahwinan yang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai!
Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman. Dan dalam iman itulah tersemat roh kalimah “kerana Allah”. Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang sabar. Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya bukan orang yang bijak, cantik dan ternama… tetapi oleh orang yang sabar.
Justeru, walau seteruk mana kerenah pasangan kita, belajarlah menerima dia seadanya. Bersabarlah dengan sikapnya kerana dia pun hakikatnya sedang belajar bersabar dengan kerenah kita. Jangan marah jika dia tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki kerana kita juga hakikatnya tidak berubah mengikut apa yang kita sendiri kehendaki.
Kita tidaklah setabah Siti Hajar dan pasangan kita pun tidak sebaik Ibrahim… namun setidak-tidaknya kita mengakui dan sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata “kerana Allah”. Ingatlah, ragam, karenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya untuk diselesaikan. Seperti juga masalah-masalah hidup yang lain ada yang dapat diselesaikan dan ada yang tidak.
Bagaimana menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan? Ya, ada masalah yang kita “kena hidup dengannya.” Selama-lamanya. Ia memang tidak dapat dan tidak perlu diselesaikan… Mengapa? Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita merintih, merayu dan bergantung kepada-Nya.
Oh, rupa-rupanya Allah pasangkan kita dengan pasangan kita untuk kita saling merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji kita melalui dia, Allah menguji dia melalui kita. Inilah yang kita belajar daripada cinta dan sabar dalam rumah tangga Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar. Sesungguhnya, cinta mereka itu bukan cinta biasa!

Facebook Closed




Hehehe...
Nampak nar nipu nyer ...
Perasan tak kengkawan???

Pemenang Maharaja Lawak Mega 2013

Mesti ramai yang menonton rancangan MLM 2013 semalam kan ...
Mesti kengkawan pun ada pilihan pemenang kan ..
Haa pada yang tak tau lagi mari ler terjah ...
Gambar xde ...

Tempat kelima di menangi oleh NABIL !

Tempat keempat di menangi oleh  JAMBU !

Tempat ketiga di menangi oleh BOCEY !

NAIB JUARA DI MENANGI OLEH SHIRO !

DAN JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 DI MENANGI OLEH SEPAHTU  !!!!!!!!!!!!!!

Tahniah buat pemenang2 :)

Sudip Kesayangan ...


Nie sudip kesayangan saya ...
Dah hampir 12 tahun berkhidmat ngan saya ...
Tapi sekarang dah nyawa-nyawa ikan ...
Saya perlu kan pengganti ...
Tapi mesti tak dapat sama ngan yang nie ...
Sedih nyer ...


Saya Demam ... Sian Saya ....

Photo: Saya demam ... Doakan saya cepat sihat yerr ... Sian ibu, risau jer ...

Alhamdulillah ... Hari nie genap usia Putra 9 bulan .... Perkembangan yang amat memberangsangkan ... Gigi dah tumbuh empat batang ... Malang nyer gambar gigi masih belum dapat nak ambil lagi ... Kedekut sungguh Putra nie ... Selain tu Putra dah boleh berdiri di tepian ... Dah pandai nak ikut BigBoss naik motor ... Menangis meraung nak ikut bila nampak BigBoss bersiap ... Tak kira lah nak gie keje ker , nak hantar Abang2 & kakak gie sekolah ker ... Pantang dah nampak ibu pakai tudung, mesti takmo kat sape2 dah ... Sangat suka bermain ngan Abang2 & Kakak, mesti tersengeh-sengeh bila nampak die orang balik sekolah ... 

Tapi hari nie Putra tak sihat ... Demam ... Dah dua hari ... Lepas makan ubat kebah ler demam nyer .... Tak lama lepas tu demam balik .... Selama nie xpernah demam, cucuk pun xdemam ... Nie ler demam lama skit ... Risau ibu dibuat nyer ... Tak berapa selera makan ... Sebaik ada susu ibu ... Semoga Putra cepat sembuh eak ...

Awat Ler Tak Bertambah Lagi Nuffnang ... ???


Awat ler tak de income lagi tahun 2014 nie ...
Kengkawan yang hebat-hebat mesti mencanak-canak tambah nyer ...
Ape petua ? Ape rahsie ?

Kerja Kosong - Admin Assistant ...

Meh kengkawan semua ...
Ada kerje kosong nie ...
Area Gombak/Selayang...
Sesiapa yang berminat leh ler mohon ...
Tapi pastikan korang-korang LAYAK tau ...

Jangan marah eak kengkawan ... Gurau jer ...

Kata Adjektif dan Ayat Majmuk

Kejadian berlaku hampir setiap malam ...

Situasi nie berlaku malam semalam ...
Arahan telah diterima ...

Bina ayat majmuk menggunakan kata adjektif ... 

"Ibu, tolong Luqman buat ayat" ...
"Aiyooo lah ...“ 
Kejap jd cikgu math ... Kejap jd cikgu tadika ... 
La nie jd cikgu BM plak ...
Sebaik ler ibu nie masih ingat apa die kata adjektif dan ape dia ayat majmuk ...
Kena semak kengkawan, nanti kena tanya takde lah kelam kabut ...

Layan kan aje ... Grrrr ...

*****
Sila semak yer kengkawan ...

Kata Adjektif :

Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu kata nama seperti  
    benda, orang, tempat, keadaan 
dan sebagainya. Kata Adjekfit juga dikenali sebagai Kata Sifat.


Contoh : nakal, garang,besar, tebal, lurus

Ayat Majmuk :

Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat-ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. Ayat Majmuk nie pun sebenar nyer ada banyak jenis , kengkawan kena semak sendiri lah .... Kang panjang nar plak entry nie, jadi cikgu BM plak ibu nie ...

Contoh : Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. 



Sumber : Pak Google ...

TAZKIRAH JUMAAT #9 : SOLAT SUNAT DHUHA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

.

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)


Cara Mengerjakan Solat Dhuha


Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah  lapan rakaat.

Niat Solat Dhuha

Inline image 1

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

.

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;

ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;

iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.

.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.

ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas


3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:


Inline image 1

.

.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:



Inline image 2


5. Berdoa


Inline image 3

WordLESS Wednesday - 20


Nak Pintu Murah???

Semua orang nak yang murah sekarang nie kan ...
Nie saya nak bagi yang murah nyer ...
Meh ler kita amalkan untuk menampung kos hidup yang makin meningkat ...
Hehehe... Saya tak jual pintu2 kat atas tu ...

Jangan marah eak ... Gurau petang2 nie ...

Ape Ade Dalam Mesin Basuh ???

Kejadian berlaku 2 bulan lepas rase nyer ... Lebih kurang lah ... Aku sibuk2 kemas rumah ... Bebudak sibuk tengok tv .... Dah mengemas tu, aku kutip ler segala kain baju kotor ... Elok jer aku nak masukkan dalam mesin basuh, aku dapati ada sesuatu dalam mesin basuh ... Punya terkejut aku ... Cam nak pengsan jer rase nyer ... Korang tengok lah mende ape tu ...
Eee ... Korang nengok ler tu ... Sebaik tak pengsan ibu nie kan ... Dalam banyak2 tempat situ plak yg dipilih nyer ... Mujur tidak sesuka hati membuat onar kat dalam tu ....
Haisshh lah ...
Yassin ... Yassin ...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Salam Maulidur Rasul


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam, dan kepada seluruh umat Islam ... Semoga kita dapat menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan lebih menyayangi Rasulullah s.a.w dengan cara menzahirkan melalui tindakan kita selepas ini ... Marilah kita beramai-ramai menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W. dan mencontohi baginda ... InsyaAllah ...

Ya Nabi Salam ’Alaika Ya Rasul Salam ’Alaika Ya Habib Salam ’Alaika Sholawatullah ’Alaika Anta Syamsun Anta Badrun Anta Nurun Fauqo Nuuri Anta Iksiru Wagholi Anta Misbahush Shuduri Ya Habibi Ya Muhammad Ya ’Arusal Khofiqoini Ya Muayyad Ya Mumajjad Ya Imamal Qiblataini Ya Habibi Ya Muhammad Sholawatullahi ’Alaika

Hari Kangkung 1Malaysia ...

Hahaha ... Lawak betul hari nie ... Sana sini semua dok cite pasal kangkung ... Macam-macam cara rakyat Malaysia meluahkan perasaan ... Tengok ler gambar-gambar kat bawah nie ...
Kangkung Goreng Belacan, siap ade resepi lagi, malas nak letak resepi ...

Jemputan minum petang ...

Mc Kangkung; menu sihat ...

Filem Kangkung; hehehe ....

Kadar tol ...

Makcik Kangkung Free ...

Cobaan Berdiri ...

Kuatkan semangat eak ...
Semoga berjaya Putra Al Amin ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

TAZKIRAH JUMAAT #8 : BERSYUKUR


Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran, nikmat yang dianugerahkan yang diberikan oleh ALLAH Taala. Syukur juga bukan hanya meliputi terhadap perkara-perkara nikmat, malah ianya juga meliputi syukur kerana terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana yang menimpa.

Setiap muslim dituntut supaya bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah s.w.t berikan. Sekiranya kita hitung nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita sudah tentu terlalu banyak sehingga tidak terhitung oleh kita. Antara nikmat yang telah diberikan oleh Allah itu seperti nikmat Islam, Iman, Akidah yang benar, kelapangan waktu, kesihatan tubuh badan, ketenangan jiwa, kebahagian rumah tangga, ilmu dan sebagainya 

Oleh itu :
- Apabila kamu melihat orang kafir hendaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kamu dilahirkan sebagai seorang Islam dan jangan lupa berdakwah dan berdoa semoga mereka juga akan diberi hidayah oleh Allah s.w.t. Janganlah kita menghina dan membenci mereka sebaliknya , adakah kita telah berdakwah dan memberitahu tentang kebenaran Islam kepada mereka seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.?

- Apabila kita melihat orang melakukan maksiat dan engkar perintah Allah s.w.t maka hendaklah kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kita dianugerahkan oleh Allah s.w.t sifat Taqwa dan sentiasa menurut perintah Allah s.w.t dan janganlah untuk mengajak mereka melakukan ketaatan dan menjauhi segala perkara maksiat sebaliknya janganlah kita umpati mereka.

- Apabila kita melihat orang jahil dengan ilmu Allah s.w.t hendaklah kita segera bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Allah s.w.t telah memberikan kita kefahaman ilmu agama kerana memahami agama juga merupakan rezeki yang Allah s.w.t akan kurnikan kepada mereka yang dipilih dan disayangiNya sahaja. Oleh itu hendaklah kita berdoa kepada Allah s.w.t agar orang yang jahil dalam kalangan umat Islam diberikan nikmat kefahaman Ilmu agama. Allah akan memberikan dunia ini kepada orang yang Dia suka dan orang yang Dia benci sebaliknya Allah s.w.t akan memberikan agama atau akhirat kepada orang yang Dia sayang sahaja. Adakah kita tergolong dalam golongan yang disayangi Allah s.w.t.?

- Apabila kita melihat orang terkena musibah sama ada sakit, susah, atau terkena sebarang bencana hendaklah kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kita telah diberikan kesihatan, kesenangan, kekayaan dan sebagainya oleh Allah s.w.t. Oleh itu hendaklah kita berdoa dan berusaha untuk menolong orang yang lebih susah dan lebih memerlukan daripada kita.Allah s.w.t jadikan seseorang itu susah supaya mereka bersabar di atas kesusahan itu lalu mereka mendapat pahala, pada masa yang sama juga orang yang senang akan mendapat pahala juga dengan cara memberi pertolongan kepada mereka yang susah. Fikir-fikirkanlah ...

Bukan itu saja, banyak lagi rahmat yang dikurniakan Allah kepada kita. Wajarkah manusia lupa terhadap Allah? Tidak pernah mengingati dan menyebut nama Allah, tidak pernah bersyukur dan memuji Allah, bahkan tidak pernah beribadah menyembah Allah?

Allah menyeru manusia supaya selalu ingat dan jangan lupa terhadap-Nya dalam firman yang bermaksud: “Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan sebanyak-banyaknya.” (Surah Al-Ahzab, ayat 41)

Orang yang sentiasa mengingati Allah, Allah akan sentiasa mengingatinya, jiwanya menjadi tenang, hatinya tenteram, jauh dari perasaan gelisah. Hasilnya, lahirlah budaya pekerti dan tutur kata mulia. Semua orang merasa senang dan bahagia bersamanya, walaupun kehidupannya serba kekurangan.

Firman Allah yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah hanya dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

Sebaliknya, mereka yang melupakan zikrullah dan hanya memikirkan keseronokan kehidupan dunia, hatinya semakin lama akan menjadi keras membatu. Hati yang lalai kepada Allah akan membentuk tingkah laku dan tutur kata yang kasar. Dosa dan kemungkaran menjadi amalan biasa padanya.

Marilah kita bersama berzikir dengan membaca al-Quran, doa dan wirid daripada Rasulullah seperti diajar kepada sahabatnya, Muadz Bin Jabal iaitu: “Ya Allah tolonglah aku, supaya (dapat) sentiasa mengingatiMu dan mensyukuri serta memperbaiki ibadatku kepadaMu.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Tidak kira di mana pun kita berada, sentiasa hadirkan Allah dalam diri kita. Sesungguhnya, kita adalah hamba-Nya yang hebat di dunia, berjaya di akhirat kelak.

Wallahua'lam ...

Sumber : SiNi , SiNi

Meh Makan ...

Lapo ler plak ...
Jom masak ...

Bismillahirrahmannirrahimm ...

Jemput makan semua ...
Nasi Goreng Simple jer haa ...

Burrppp ...
Alhamdulillah ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

MY BABY THIS WEEK

Putra is  8-month-old this week ...

Many babies are pulling themselves up now, grabbing on to any available piece of furniture and then standing while holding onto it in a wobbly way. Some babies walk as early as eight months, others not until well into their second year. All are still well within the normal range. Most babies work out how to stand up fairly easily on their own. The thing that stumps many of them is sitting back down again! When your little one pulls himself to a stand and then cries for you to sit him back down, don't rush to pick him up. Instead, show him how to bend his knees so his journey back down doesn't end with such a thud.

How your baby is growing

Your baby's newfound mobility means she's about to enter the land of bumps and falls. These are an inevitable part of growing up. Your heart may occasionally skip a beat or two, but now's the time to enjoy watching her explore her surroundings and discover her limits.

Holding back your desire to protect your baby allows her to learn for herself. However, to help your baby explore her environment fully, do try to make your home safe.

Try crawling around the floor, as getting down to her level helps you spot possible hazards. Secure fragile objects so they won't topple, for example, and keep any rickety furniture in rooms she doesn't use much.

Sumber : Baby Center

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saya hantar anak ke taska sihat, terima dengan tubuh kaku ...



Putrajaya: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi mereka berusia empat bulan meninggal dunia ketika mengambilnya dari TASKA di Desa Pinggiran Putra, semalam.

Lebih menyayat hati kejadian itu langsung tidak disedari pengasuh yang menyangka bayi berkenaan sedang tidur nyenyak.
Ibu bayi itu, Rossmaine Sulaiman, 38, berkata dia dan suaminya mengambil anaknya, Azeem Rifhan kira-kira jam 2.15 petang selepas waktu bekerja.
“Ketika mengambilnya dari tangan pengasuh, saya dapat rasakan tangan keras dan langsung tidak ada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk.
“Melihat kejadian itu, saya dan suami bergegas ke Hospital Putrajaya dalam usaha menyelamatkan anak kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Dia berkata, sepanjang perjalanan, mereka cuba meletakkan tangan di atas dada Azeem namun tiada sebarang tindak balas, malah doktor cuba memberi bantuan pernafasan sebaik tiba di hospital tetapi gagal menyelamatkan bayi terbabit.
“Segalanya berlaku dengan pantas. Bayangkan, saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi akhirnya menerima tubuhnya yang kaku,” katanya.
“Saya menangis hingga lembik kerana tidak menyangka Azeem pergi begitu cepat. Baru semalam dia bergelak ketawa ketika bermain bersama abang-abangnya, pemergiannya pasti akan dirindui,” katanya sebak.
Rossmaine berkata, dia cuba menghubungi pemilik taska berkali-kali namun taliannya dimatikan, sebelum suami pemilik taska itu menghubungi bagi bertanya dengan lebih lanjut. “Suami kepada pemilik taska berjanji untuk datang ke sini (hospital) tapi sampai sekarang (malam tadi) kelibatnya belum muncul”, katanya.
Menurutnya, dia amat kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya kerana pihak taska seolah-olah lepas tangan dan tidak mengambil berat terhadap anak-anak yang dijaga mereka hingga langsung tidak menyedari kematian bayinya.
Lebih menyedihkan, katanya hanya dua pengasuh yang bekerja di situ untuk menjaga puluhan bayi dan kanak-kanak.
Dia berkata, suaminya sudah membuat laporan di Balai Polis Dengkil, petang semalam.
Menurutnya, bayi berkenaan disembahyang dan dikafankan di HPj sebelum jenazahnya dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu. -BH

Sumber : SiNi
********************************

Jadi lagi kes chengini ... Hmmm ... Geram jer rase ... 
Memang ler Ajal Maut Jodoh Pertemuan tu Allah s.w.t yang tentukan ...
Orang bagi upah suruh jaga dgn baik, tp ini yg terjadi disebaliknya ... Bila kita diamanahkan untuk menjaga mereka patutnyer jaga seperti anak anak kita ... mereka tidak tahu apa-apa ...

Sudah sampai masa pihak berkuasa patut menguatkuasakan akta berkaitan pusat asuhan kanak-kanak serta mengeluarkan garis panduan (SOP) bagi pusat-pusat tersebut. Masyarakat memerlukan pusat asuhan kanak-kanak yang mana mempunyai pengasuh yang terlatih, cekap dan bertanggungjawab. 
perlu ada panduan n had jagaan untuk berapa orang penjaga boleh jaga kanak2 ... Ker memang dah ada ??? Hmmm ...Pengusaha Taska/Pusat Asuhan plak perlu lebih bertanggungjawab, jangan asyik nak kejar keuntungan semata2, pantau kakitangan anda ...

Ya Allah tabahkan hati ibu ini...Al-Fatihah....