Search This Blog

Kelantan Juara Piala FA 2013

Aku tengok kat rumah jer ... Aku tak terre bab bola nih ... So ulasan adalah ikut suka aku ... Bagi aku mase separuh masa pertama tadi nampak Kelantan lebih mendominasi ... Hasil nyer gol pertama telah dijaringkan pada minit ke-16 oleh Farhan ... Masuk separuh masa kedua pada aku nampak lebih seimbang, cuma masa dah nak last-last tu nampak Johor bersungguh-sungguh mencari gol ... Tapi usaha tak berbaloi ... Tambahan masa 5minit diberikan, kedua-dua pasukan berusaha menambahkan jaringan ... Namun gagal ... Keputusan nyer The Red Warrior berjaya menjuarai Piala FA 2013 ... Syabas ...

Foto animasi ciptaan peminat setia Bolasepak Kelantan En. Ikhsan Ise

Dirang - Pembunuhan Kejam dan Tragis

Dirang

JOHOR BAHRU – Tangisan Muidin Maidin, lelaki yang membunuh dan membakar budak perempuan, Dirang, 5, sebaik dihukum ke tali gantung tidak dapat memadam perlakuan kejam lelaki itu yang berpunca akibat dendam kesumat terhadap nenek si mati.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman memutuskan hukuman mandatori itu selepas mendapati keterangan pembelaan Muidin, 26, gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Abdul Halim ketika menjatuhkan hukuman itu menyifatkan Muidin sebagai penjenayah paling kejam, berbahaya dan tidak layak bersama masyarakat kerana bernafsu binatang.

“Asid deoksiribonukleik (DNA) kamu didapati ada pada anus dan vagina si mati. Dia seorang insan kerdil (berusia 4 tahun ketika itu) tidak mengerti apa-apa.

“Kamu telah menekup si mati hingga lemas dan tak bernyawa, kemudian kamu cuba lupuskan dia dengan cara membakarnya.

“Kamu fikir kamu bijak, tapi berkat solat hajat, doa dan harapan daripada rakyat negara ini akhirnya Allah memberi jalan hingga jasad Dirang ditemui.

Digantung sampai mati ...

“Kematian Dirang sangat kejam dan tragis. Hanya ada satu hukuman untuk kes ini dan dengan itu mahkamah memutuskan kamu digantung di leher sampai mati,” tegas beliau.

Final Piala FA 2013

Hahaha ... Aku layan je bola ... So, malam nie sudah tentu tercongok depan tv tengok Final Piala FA 2013 ... Kali nih antara Kelantan lwn Johor ... Sape agak nyer menang eak ? Korang2 sokong mana ? Ada yang ke stadium ker ?