Search This Blog

1 Syawal 2012

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk meraikan Syawal kali ini ... Tahun nie Kami sekeluarga beraya di Jengka17, Pahang Darul Makmur ... Terasa seperti kurang meriah, ntah kenapa ... Kami pun duk rumah jer ... Mungkin keletihan ... Tapi anak2 ok jer bergembira ngan sepupu2 nyer ... Rumah Mak Mertua pun kurang mendapat kunjungan tetamu, layan tv je lah dulu ... Relax2 anak-beranak, hari pun hampir gelap ... Mata hampir terlelap, tiba2 dikejutkan dgn panggilan tipon dr adik terchenta "Pois" ... Dlm hati spt dah dpt agak kenapa adik aku nih tipon ... "Dah bc twitter ?" "Tak lg, nape ?" "Nak beritau, uwan dah meninggal, cuma blom dpt pengesahan dr pihak Hosp." "Ooo, ok" ... Tak terkata ... Dada sebak ... "Hosp. dah sah kan ..." Aku sampaikan kabar sedih ini pada BIGBOSS n Mak Mertua ... Kami ambil keputusan blk Batu Kikir, N9 mlm tu jgk, kalau tunggu esok tkt x sempat ... Sampai agak lewat mlm ... Aku n BIGBOSS sempat bacakan bbrp mukasurat Al-Qur'an ... Kami kemengantukkan ... Aku ckp kat anak2 aku yang Onyen dah meninggal dia orang x berapa paham ... "Onyen dah mati, nak tanam masuk kubur" Baru ler dia orang paham ... Jenazah selamat dikebumikan selepas Solat Zohor ... Semoga damai di sana ... Al-Fatihah ...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sorry ...

Today I think we should take the opportunity to say sorry to anyone we've hurt intentionally or unintentionally ... :))
"I'm sorry for anything I've said or done that hurt you!"

Published with Blogger-droid v2.0.6

Nusyuz ...

INFO: Di dalam kitab Nizam al-Usrah fil Islam menjelaskan perempuan nusyuz ialah perempuan yang meninggi diri daripada suaminya, meninggalkan perintahnya, menjauhkan diri daripadanya termasuk enggan berpindah bersama si suami, mengelak diri dari suaminya termasuk enggan melayani keperluan seks si suami atau menyebabkan suaminya marah. Prof. Dr Wahbah menjelaskan dua tanda isteri dianggap nusyuz. Pertama; melalui perbuatan dengan menjauhkan diri, bermasam muka dan bersikap degil atau enggan ketika dipanggil. Semua ini berlaku setelah sebelumnya dia bersikap mesra. Kedua; melalui perkataan seperti berinteraksi dengan suami dengan perkataan yang kasar, ia berlaku setelah sebelumnya dia bercakap lembut.

INFO: Bagi seorang suami pula, nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri (tidak menggaulinya atau berkomunikasi dengannya), tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya termasuklah kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (Said Hawa, Asas fi at-Tafsir)

- Suzana Ghazali

Published with Blogger-droid v2.0.6