Search This Blog

Poligami - Sunnah ...

"Rasulullah SAW sendiri mengkhabarkan kepada isteri baginda tika perlu keluar dan tika menyangka isteri baginda telah terlelap, baginda keluar melaksanakan perintah Allah dan tika kembali, Rasulullah SAW bertindak menjelaskannya kedudukan sebenar. Betapa baginda Rasulullah SAW seorang yang bijak mengendalikan emosi isterinya. Bukankah molek sunnah Rasulullah SAW ini juga turut digilai para suami, bukan semata-mata sunnah poligami sahaja?"
- lanjut dalam Resipi Hidup, Mingguan Wanita Bil 1495 (",)
- Suzana Ghazali

Published with Blogger-droid v2.0.6

Andai Benar ...

Rasa suka, sayang, kasih dan cinta; tak cukup hanya luahan tetapi perlu diselarikan dengan tindakan.
Andai benar anda suka, pasti anda mengutamakannya.

Andai benar anda kasih, anda takkan biarkan dia tersisih.

Jika benar anda sayang, anda takkan benarkan dia hilang.

Jika benar anda cinta, anda pasti sentiasa ingin membahagiakannya.
Andai benar anda disukai, anda akan sentiasa dihargai.

Andai benar anda dikasihi, anda takkan dibiarkan susah sendiri.

Jika benar anda disayangi, keperluan dan kebajikan anda akan disentiasa dipenuhi.

Jika benar anda dicintai, anda takkan dibenarkan merana di dalam hidup ini...

*FB Suzana Ghazali*

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tentang Cinta ...

Jangan menyalahkan cinta,
Cinta tidak pernah menyebabkan manusia sengsara,
Sengsara itu hadir kerana cinta disalahguna,
Disalahguna kerana tidak mengikut neraca & acuan Agama,
Agama didasarkan atas nama cinta kepada Allah & Rasul-Nya,
Rasul-Nya itulah penyebar cinta yang sempurna.

Bercintalah kerana Allah & Rasul-Nya untuk siapa & apa sahaja kerana itulah sebenar² perasaan cinta. Cinta yang suci & bahagia ツ".

Ya Allah...Yang telah menyatukanku dengan suami ku dengan ikatan yang sah,peliharalah dan suburkanlah cinta kami sebagai mana kami cinta padaMU dan RasulMu ... Dan lindungilah cinta kami dari godaan syaitan.

Ameenn ...

iluvislam.com

Published with Blogger-droid v2.0.6