K-Pop ...

King Shazz Kingshazz


Satu hari, si anak mengajak si ayah membawanya ke Putrajaya untuk melihat konsert K Pop di Hari Belia.


Anak: Ayah, jom gi Putrajaya malam ni. Saya nak tengok K Pop live n ambil gambar diorang.


Ayah: Ok. Tapi sebelum tu, kita makan malam dulu ye.


Anak: Orait.


Sebelum makan, si ayah memberitahu sesuatu yang sangat mengejutkan sang anak.


Ayah: Makanlah tomyam ni. Sedapkan bau dia. Tapi tadi, ayah campur sikit tahi kucing. Tapi, tak berubah pun rasa, bau dan warna dia.


Anak: Eeeii.. Ape ni ayah? Kotor la. Tahi kucing tu kan najis. Macam mana kita nak makan.


Ayah: Cuba la sikit, ok je rasa dia.


Anak: Ayah, kita kan orang Islam. Lagipun, tak logik akal nak makan benda yang bercampur dengan najis.


Ayah: Hmm.. Kalau kita ni manusia biasa pun bijak untuk menilai, makanan ni kotor sebab bercampur dengan najis. Allah mesti lagi bijaksana untuk menilai program malam ni baik atau buruk sebab ia da bercampur perkara maksiat. Apatah lagi melihat orang yang terkinja-kinja menari, dedah aurat sana sini, duduk pula bercampur laki perempuan, semua tu melebihi batas yang Islam dah gariskan.


Anak: Gulpp.. Hebatnya perumpamaan ayah ni. Saya dah tak selera nak makan tomyam lagi dan yang lebih penting, saya tak selera nak minat K Pop lagi


Ayah: Alhamdulillah kalau anak ayah faham. Islam tak pernah larang umatnya berhibur. Asalkan jangan melampau. Hiburan ni macam garam dalam makanan la. Kalau terkurang, tawar. Kalau terlebih, masin. Jadi, letaklah secukup yang perlu saja. Biarlah hiburan yang kita cari itu mendidik jiwa, dan lagi cantik kalau hiburan tu dapat bawa kita ingat Allah.


Anak: Asal tadi nak tengok K Pop, tapi sekarang dapat dengar tazkirah daripada ayah pulak. Betullah, Allah beri apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita NAK. Terima kasih ayah.


Sumber : http://on.fb.me/KoFB0F


Published with Blogger-droid v2.0.4

Doa ...

~~Sekadar renungan bersama~~


Tertundanya pemberian,

setelah kamu mengulang-ulang permintaan.

Janganlah kamu berputus asa dan harap.

Allah menjamin pengabulan doa, sesuai dengan apa yang Dia pilih buat kamu..,

bukan menurut apa yang kamu pilih sendiri.

Dan pada yang Dia kehendakki, bukan pada waktu yang kamu ingini...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Dari Putrajaya ke Shah Alam

Mari ramai-ramai ke Karnival di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam ... Hari nie n esok .... Macam-macam ada ... Jangan lupa singgah booth no.22 ... Malam esok Ustaz Azhar Idrus ceramah ...


Published with Blogger-droid v2.0.4