Search This Blog

Showing posts with label Selamat. Show all posts
Showing posts with label Selamat. Show all posts

SALAM AIDILFITRI 2017M/1438H


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua saudara-mara dan kawan-kawan tak kira di mana jua anda berada ... Ampun dan maaf dipinta andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terpinjam harta-benda, terumpat bila-bila; semoga dimaafkan ...

Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat kita semua ...

Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga ...

Dalam kita bergembira jangan lupa pada mereka-mereka yang telah tiada dan mereka-mereka yang teraniaya ...

#‎PrayForGaza‬
 #PrayForPalestine
#PrayForSyria
#PrayForQatar
#PrayForMalaysia 

SELAMAT HARI LAHIR PUTRA AL AMIN

Selamat Hari Lahir Muhammad Putra Al Amin ... Alhamdulillah, hari nie genap lah usia Putra empat tahun ... Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu ...

Sempena meraikan birthday boy, cuti Hari Pekerja ari tu dah bawak ler jalan-jalan ... Birthday boy relax jer, abang2 dan kakak yang terlebih teruja ... Kami ker Port Dickson ... Nantikan entry nyer di episod akan datang ... 

Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat ... Kau jadikanlah dia anak yang soleh, yang menjaga solat dan agamanya ... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...

HAPPY BIRTHDAY TO ME


Pejam celik pejam celik dah 40 tahun aku bernafas di atas bumi milik Allah swt ... Alhamdulillah kerana masih bernafas untuk bersama orang-orang yang aku sayang terutama keluarga aku ... Syukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan ini ... 

Alhamdulilah masih dipanjangkan usia untuk memperbaiki apa yg lemah pada aku ... Doakan agar aku sentiasa meletakkan peraturan Allah dalam kehidupan ini ... 

Semoga Allah memberkati kehidupan aku di dunia dan akhirat ... Semoga dapat menjadi isteri yang solehah :-p dan ibu yang baik untuk anak-anak ... Pada semua terima kasih kerana sudi menjadi kawan ...

Ahahaha ...

Duhai diri ... Ingatlah saban waktu kematian semakin rapat menjengah ... Tingkatkan amal seiring bertingkatnya umur ... Insyaallah ...

😝😱😱😱😝
Woiiittt... 
Dah masuk 4series lah... 
😅😭😭😭😅


ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-14 ...


Alhamdulillah ... Genap 14 tahun ...
Syukur tak terhingga ... Mudah-mudahan Allah panjangkan usia perhubungan ini  dengan iman dan ehsan ... Sangat bersyukur pada Allah atas segala apa yang dialami dan sentiasa hargai peluang hidup dan masa yang Allah kurniakan dalam dunia yang sementara ini.

Ya Allah... Yang telah menyatukan kami dengan ikatan yang sah, peliharalah dan suburkanlah cinta kami sebagai mana kami cinta padaMU dan RasulMu ... Dan lindungilah cinta kami dari godaan syaitan ... Aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga ... Walau dalam serba kesederhanaan ... 


Aku juga bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang sempurna (comel, cantik, bijak, hensem, sihat n ceria ...) 

Yang Dinantikan
~2017~
Insyaallah... 

Semoga kebahagiaan ini akan terus kami kecapi ... Semoga kami sekeluarga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik  ... Moga perkahwinan ini akan terus dirahmati dan diberkati oleh Mu Ya Allah ...
Amiinn ...

~~~~~~~~~~~

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.
Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.
Aku wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Amin...

~~~~~~~~~~

SELAMAT HARI LAHIR ABANG NGAH

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-10 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA KE-2 KAMI MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN


Selamat Hari Lahir Abang Ngah ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Ngah dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...


Berbasikal di Taman Tasik Titiwangsa ... Masih lagi manja ... Tapi dah ada sedikit keberanian ... 


Sangat2 suka membaca ... Banyak juga dah koleksi novel nyer ... Tak ralat kalau beli buku kat dia ... Boleh ulang baca balik ... 


Suka jugak aktiviti lasak macam nie ... Tapi rasa takut &_><%_ tu masih ada ...


Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin ...

SALAM MAAL HIJRAH 1438 H

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1438 H kepada seluruh umat Islam ...

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya ... Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya ... 

Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah ... Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama ... Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu ...

Di kesempatan ini juga, saya menyusun jari sepuluh andaikata saya ada terkata secara sengaja ataupun tidak ... Malahan saya ingin memohon maaf andaikata gurau senda & kata2 saya selama ini mengguris hati & perasaan anda semua ... Saya berharap anda semua dapat memaafkan saya ...

Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri ...

Selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah ...

INFO

Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1438H / 2016M adalah Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah ... Sambutan kali ini akan diadakan pada 2 Oktober 2016 bertempat di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS) ... 

Doa akhir tahun (1437H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar) pada 29 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan 1 Oktober 2016 Masihi 


Doa awal tahun (1438H) pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan 1 Oktober 2016 dan boleh juga dibaca pada 1 Muharram 1438 Hijrah bersamaan 2 Oktober 2016 Masihi selepas menyempurnakan fardhu Maghrib ...


Sumber : mysumber.com

Datuk Dr. Haron Din Meninggal Dunia

BELANGSUNGKAWA
DATUK DR. HARON DIN
1940 - 2016

Di pagi Jumaat yang penuh barakah Allah tarik nyawa beliau ... Kini kita kehilangan seorang lagi ulama tersohor di bumi Malaysia ... Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman ... Allahumma Amin ...

Allah lebih menyayangi beliau, Innalillah waiina ilaihi rajiun ... Alam ini menjadi sayu lagi ... Tiada kata yang mampu di ucap ... Tiada kalimah yang mampu dituliskankan lagi ... Kembalilah Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din di pagi Jumaat ini, saat jam 10:10 minit pagi tadi ...

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَها، وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبر.

AL-FATIHAH

ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ*
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ*
ﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢ*
ْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ*
ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ*

SELAMAT HARI MALAYSIA 2016


SELAMAT HARI MALAYSIA untuk semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada ... Dengan pelbagai masalah yang melanda Malaysia semakin suram sambutan Hari Malaysia ... Apa2 pun saya masih rakyat Malaysia ... Moga Malaysia sentiasa dilindungi Allah s.w.t ... Semoga Malaysia terus aman ...


Sedikit info saya kongsikan untuk ingatan kita bersama ... Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963 ... Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia ...
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6 ... Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama ... Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak ...

Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Mencari Nilai Hari Malaysia
Semoga Malaysia sentiasa aman dan sentiasa dibawah rahmat Ilahi ...

Salam Aidil Adha 2016

Esok kita seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha ... Tak de persiapan ape2 pun ... Just guna baju raya lepas jer ... Buat semua ... Harap maaf atas salah dan silap terlanjur kata ... Kami beraya di sini jer, tak balik kampung pun ... Kepada sahabat2 yang pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalanraya ...


Saat berderai jatuh
Titisan air mata suci IBRAHIM
Melihatkan keteguhan iman
Anaknya ISMAIL
Dikala itulah bermula
Sejarah agung
ERTI SEBUAH PENGORBANAN ...

********************

Di sini saya kongsikan sedikit maklumat untuk ingatan kita bersama ...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji ... Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah ... Merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia ... Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri ... Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban ... Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah ...

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 



Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

SELAMAT HARI LAHIR ABANG LONG


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-13 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA SULONG KAMI MUHAMMAD LUQMAN ALIFF B. SHAHDAN


Selamat Hari Lahir Abang Long ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Long dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai ... Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...


Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat ... Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah ... Yang menjaga solat dan agamanya ... Yang menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Yang menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Yang tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2016

Hai kengkawan ... Hari nie bermula lah Peperiksaan UPSR 2016 di seluruh negara ... So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar ...
Sebelum korang nak gie peksa tu kenalah ...
1. Semak jadual 
2. Siapkan peralatan alat tulis
3. Tidur rehat secukupnya
4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa ....
5. Berdoa dan bertawakal
Kepada para Ibu atau bapa pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.


3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



Insyaallah ... 
Allah tu kan Maha Mengasihani ...

Semoga dilapangkan dada dan diterangkan hati untuk menjawab peperiksaan nanti ...

Good Luck !!!

SALAM KEMERDEKAAN 2016 #SEHATISEJIWA


Salam Kemerdekaan 2016 untuk semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada ... Dengan pelbagai masalah yang melanda Malaysia semakin suram sambutan kemerdekaan ... Apa2 pun saya masih rakyat Malaysia ... Moga Malaysia sentiasa dilindungi Allah s.w.t ... Semoga Malaysia terus aman ...



‎Merdeka kah jiwa kita ?
Merdeka kah hati kita ?
Merdeka kah akal kita ?
Apakah erti kemerdekaan jika minda masih dijajah ?

🌺Selamat Hari Merdeka 🌺


      SEMOGA ...

Merdeka Akidah  dari Kesyirikan.
Merdeka Syariat dari Kefasikan.
Merdeka Minda dari Kejahilan.
Merdeka Nafsu dari Keburukan.
Merdeka yg Haq dari yg Batil.

🌸 Mantapkan iman tingkatkan amal,

Utk meraih Rahmat dan Redha Allah,
Itulah janji Allah dengan Syurga,

🌸 Mohon Allah bebaskan dari Neraka,

Barulah merdeka dari siksa Nya,
Itulah merdeka yg sebenar,
Itulah merdeka yg dicari.

🌸 Ampun dan maaf dipohon kini,

Seandainya ada terguris di hati,
Kehidupan dunia jangan khianati,
Di Akhirat nanti tidaklah rugi.

#sehatisejiwa

"bilamana remaja menghayati kemerdekaan dengan konsert
 jangan disalahkan mereka bila ditanya apa pengertian kemerdekaan 
kelak kan mereka menjawap merdeka itu cuti, 
merdeka itu cool, merdeka ada konsert gergasi 
itu suara kami, kata mereka"

~asamadsaid~

Happy Birthday BigBoss ...

Happy Birthday BigBoss ...

Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu,  meniti usia tua bersama ... Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga; melindungi kami sekeluarga ... Ya Allah, Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah; lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ini ... Amin ...

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku …

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu … Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati … Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku … Dan rezekikan kami zuriat yang soleh@solehah yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia …

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku … Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya … Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya ... Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku … Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha …

Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...



Aidilfitri 2016

Alhamdulillah Rabu lepas bersamaan dengan 6 Julai 2016 semua umat Islam menyambut Syawal setelah sebulan berpuasa ... Kami sekeluarga beraya di Gombak kali ini ... Syok ??? Biasa biasa jer ... Alhamdulillah semua adik beradik aku bali, so gegak gempita jugak ler rumah uwan dengan keletah anak masing-masing ... Seawal 8.30 pagi semua nyer bergegas ke surau berdekatan untuk menunaikan semayang raya ... Malas nak cite banyak2 meh ler nengok gambar-gambar tak semenggah kami ...

Borak-borak ... Makan-makan ... Sambil menunggu jemaah surau bertakbir ...

Menyambut ketibaan jemaah ...

Salam ngan Mak Abah ...

Anak-anak bersalaman ...

Sambil menunggu sedekah daripada PokCik dan MokCik ...Terima kasih ...

Lepas habis aktiviti bersalam-salaman sambil mengumpul duit raya ... Maka harus lah diadakan sesi bergambar ... Inikan raya ...

Keluarga Besar Kami ...

Free style ...

Mak ngan Abah aku ...
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dibawah rahmat Ilahi ...

Keluarga Along ...

Kami Sekeluarga ...
Panas weiii ...

Keluarga Faizal ...

Keluarga Faiz ...
Insyaallah ada pertambahan ahli tahun depan ...
Alhamdulillah ...

Lepas habis sesi bergambar , kami sekeluarga bergerak balik ke Jengka 17 ... Agak lewat jugak lebih kurang pukul 11 pagi ... Raya di Jenka pun biasa-biasa jer ... 

Masa nie dah nak gerak balik ke Gombak ...

Putra nak merajuk dah ...

Bergambar lah selagi boleh ...
Senyum ... Senyum 

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan beraya bersama dengan orang-orang yang aku sayang ... Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat Ilahi ... 
Lepas tu ... Lepas tu ... Lepas tu ...
Hmmm ...