Search This Blog

Showing posts with label Selamat. Show all posts
Showing posts with label Selamat. Show all posts

SALAM AIDILFITRI 2016M/1437H


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua saudara-mara, kawan-kawan tak kira di mana jua anda berada ... Ampun dan maaf andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terpinjam harta-benda, terumpat bila-bila; semoga dimaafkan ...

Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat kita semua ...
Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga ...

Dalam kita bergembira jangan lupa pada mereka-mereka yang telah tiada dan mereka-mereka yang teraniaya ...



#‎PrayForGaza‬
 #PrayForPalestine
#PrayForSyria
#PrayForMalaysia 
‪#Save‎Gaza
‪#‎SavePalestine
#SaveSyria 
#SaveMalaysia

SALAM RAMADHAN 1437H | 2016M


Assalamualaikum semua ... 
Dikesempatan ini nak ucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua ...

Harap2 semoga Ramadhan kali ni akan
lebih baik dari tahun2 yang lalu ...

Insyallah kita semua
akan mula berpuasa pada 6/6/2016 (Isnin)

Yang paling penting jgn lupa niat puasa yer!!!!!







Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu siangnya engkau sibuk berzikir ... Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu ... Mendayu ... merayu ... Kepada- NYA Tuhan yang satu ...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu ... Solat yang dikerjakan ... Sungguh khusyuk lagi tawadhu' ... Tubuh dan qalbu ... Bersatu memperhamba diri ... Menghadap Rabbul Jalil .. Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu ... Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja ... Di setiap kesempatan juga masa yang terluang ... Alunan Al-Quran bakal kau dendang ... Bakal kau syairkan ...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu malammu engkau sibukkan dengan ... Bertarawih ... Berqiamullail ... Bertahajjud ... Mengadu ... Merintih ... Meminta belas kasih ...
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang ...

Mari kita meriahkan Ramadhan ... Kita buru ... Kita cari ... Suatu malam idaman ... Yang lebih baik dari seribu bulan ...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir ... Mempersiap diri ... rohani dan jasmani ... Menanti-nanti jemputan Izrail ... Di kiri dan kanan ... Lorong-lorong redha Ar-Rahman ...

Duhai Ilahi ...

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami ... Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti ... paling berseri ... Menerangi kegelapan hati kami ... Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi ... Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti ...

Namun sahabat semua ... Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui ... Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya ... Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha ... bersedia ... meminta belas-NYA ...

Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu namun tak pula aku sanggup ke  Nerakamu ... Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah  jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa ... Ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua  ibubapa kami, dosa-dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah  meninggal dunia"
Amin.....
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya ...
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN


Jom Tambah Ilmu :

    1'st BIRTHDAY RAYYAN RIZQIN



    Alhamdulillah ... Semalam mendapat jemputan daripada anak sedara untuk meraikan birthday anak dia yang pertama ... Meraikan Cucu Sedara yang pertama ... Kih kih kih ... Tua nyer aku ...


    Maka seperti biasa anak-anak lah yang paling gembira ... Bersiap lah kami ala kadar ...


    Rayyan bersama Mommy dan Daddy nyer ...


    Belon ... Memanglah menjadi pujaan anak-anak ...

    Menu nyer banyak ... Kari kambing ... Kari Ikan ... Ayam Masak Merah ...Ayam Sup ... Sayur-sayuran ... Kuih-muih ... Air pun banyak pilihan ... Sedapppp ... Alhamdulillah ... Kenyang sampai malam ...


    Menu tambahan "ESCAPAL" ... Oklah ... Macam ABC jugak ... Tapi style bebudak sekarang lah ... Ada perisa blueberry, strawberry, coklat dan green tea ...


    Nie bahan-bahan nyer ... Yang besar gedabak tu mesin nyer ...


    Putra menikmati ais kepal ...


    Kek yang cantik dan sedapppp ...



    Selamat Hari Lahir Rayyan ... Semoga sentiasa sihat dan ceria ... Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ... Semoga sentiasa dibawah rahmat Ilahi ...


    Selamat Hari Guru 2016



    Selamat  Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia ... Khas utk guru-guru ku di Tadika Kemas,  Gombak Setia, SRK Gombak 1, SM Convent Sentul, SM Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pusat Asasi n Universiti Malaya ...

    Terima kasih guru yang telah mengajarku membaca, menulis, melukis, mewarna, mengira, mengajarku erti hidup dan mengajarku mengenal diri ... Terima kasih juga buat guru terawal – mak dan abah ...

    Tidak lupa juga para guru di Sek. Men. Keb. Gombak Setia, Sek. Keb. Gombak Setia, Sek. Agama Al-Hilaliah dan  Tadika Sempurna yang telah mendidik anak2 ku ... Jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ... Sampai bila-bila ... Terima kasih, Selamat  Hari Guru ...

    Moga Allah merahmati segala usaha guru dan para pendidik….

    Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016

    Assalamualaikum  n Salam Sejahtera semua ... Buat ape tu ... Mesti korang pun dok kalut cam aku jugak kan ... Maklum ler tak lama lagi nak periksa ... Kira nyer minggu depan Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016  ... So anak-anak kena study lebih sikit minggu nie ...

    J
    Jadual Peperiksaan Abang Ngah ...


    Pilihan soalan untuk Seni Visual ...


    Jadual Peperiksaan Kakak ...

    Hehehe ... Saje aku letak kat sini ... Depa tak reti nak jaga ... Sat gie hilang kalut dok tanya kat aku ... Emak alaf baru memang macam nie kan ... Semua nak letak kat alam maya kan ... Buat anak-anak ... Belajar rajin-rajin noo ... Lepas tu kita enjoyyyy ... Huhuhu ...

    Selamat Menyambut Hari Jururawat (12 Mei 2016)



    Selamat Menyambut Hari Jururawat (12 Mei 2016) kepada semua jururawat di seluruh Malaysia - "Nurses A Force of Change: Care Effective, Cost Effective"



    Hari Jururawat Antarabangsa ialah sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat. Idea tentang sambutan hari ini pertama kali muncul pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mencadangkan agar presiden Dwight D. Eisenhower mengisytiharkan "Hari Jururawat" Bagaimanapun sambutan rasmi yang pertama hanya mula diadakan oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA) pada tahun 1965. 

    Pada bulan Januari 1974, keputusan telah dibuat untuk mengadakan sambutan pada 12 Mei sempena ulang tahun kelahiran Florence Nightingale yang dianggap pengasas kejururawatan moden. Setiap tahun, MJA menyedia dan mengedarkan kit Hari jururawat antarabangsa yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam untuk kegunaan jururawat. 




    Rufaida binti Saad ada merupakan jururawat pertama dalam sejarah Islam ... Barat dan eropah pada zaman kegemilangannya mengagumi semangat dan kecekalan Florence Nightingale, dikenali sebagai pencetus dan pelopor kejururawatan era moden ... Dunia kurang mengenali Rufaida binti Saad (atau juga dikenali sebagai Rufaida Al-Aslamiya) sebagai jururawat Muslim yang muncul dalam era lebih awal daripada Florence Nightingale ...

    Dunia Islam mengagumi Rufaida sebagai seorang jururawat Muslim terawal dan terkenal kerana kesungguhan dan komitmen beliau menguruskan hospital lapangan di beberapa peperangan besar pada zaman baginda Nabi sallalLahu alaihi wa Sallam ... Rufaida merupakan antara golongan awal menerima Islam di Madinah. Beliau merupakan keturunan bani Aslam dari puak Khazraj di Madinah dan yang paling awal menanti kehadiran baginda Rasulullah sallalLahu alaihi wa Sallam ke kota Madinah semasa hijrah Baginda ...

    Rufaida adalah seorang pemimpin, penggerak yang menggerakkan sejumlah muslimah untuk merawat tentera-tentera yang cedera di medan perang ... Beliau dan muslimah lain juga mampu memberi motivasi dan menaikkan semangat jihad kepada kumpulan tentera muslimin ketika itu ... Dikisahkan semasa peperangan Khaibar, Rufaida bersama segerombolan muslimah hadir berjumpa Baginda sallalLahu alaihi wa Sallam meminta izin, “Wahai Pesuruh Allah, kami mahu keluar ke medan perang dan membantu kaum Muslimin dan merawati tentera-tentera yanh cedera di medan” ... Baginda Rasulullah sallalLahu alaihi wa Sallam mengizinkan mereka turut serta ...

    Begitulah kisah Rufaida al-Aslamiya, serikandi Muslim dan diiktiraf sebagai seorang jururawat profesional pertama dalam sejarah Islam ...

    Selamat Hari Jururawat buat semua jururawat yang berada di seluruh Malaysia ...
    Thanks for everything ...


    Salam Isra' Mikraj



    Assalamualaikum ... Salam Isra' Mikraj buat semua kengkawan ... Mesti ada yang bercuti ... Mesti ada juga yang berpuasa ... Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Ilahi ...

    1. Sebelum Israk dan Mikraj
    Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
    2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
    Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
    i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
    Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
    - Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
    - Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
    - Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
    - Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
    - Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
    - Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
    - Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
    - Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
    - Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
    - Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
    - Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
    - Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
    - Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
    Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
    Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
    3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
    Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
    1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
    11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
    111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
    1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
    v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
    v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
    v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
    11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
    1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
    x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
    Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
    4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
    5. Selepas Mikraj
    Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
    (Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
    Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
    Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
    Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” Surah Al-Israa’: 1).
    Peristiwa di atas diringkaskan seperti berikut ... 
    Wallahua’lam..



    Happy Birthday To Me ...


    Pejam celik pejam celik dah 39tahun aku bernafas di atas bumi milik Allah swt ... Alhamdulillah kerana masih bernafas untuk bersama orang-orang yang aku sayang terutama keluarga aku ... Syukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan ini ... Alhamdulilah masih dipanjangkan usia untuk memperbaiki apa yg lemah pada aku ... Doakan agar aku sentiasa meletakkan peraturan Allah dalam kehidupan ini ... Semoga Allah memberkati kehidupan aku di dunia dan akhirat ... Semoga dapat menjadi isteri yang solehah :-p dan ibu yang baik untuk anak-anak ... Pada semua terima kasih kerana sudi menjadi kawan ...

    Ahahaha ...

    Duhai diri ... Ingatlah saban waktu kematian semakin rapat menjengah ... Tingkatkan amal seiring bertingkatnya umur ... Insyaallah ...



    Welcome 2016


    Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. 

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjO96yQgNH73FuLZpfn20RPEBOjnF_97Ex7wx7rPzKzqIN6zAJclt-w_f2PtRE64SW78VLX4r1-lhKEscxzJUwM39mOsVRECS_AYxFZeMsSkmAexaGnef2PJVQxlSeAahB_NNPcHX15ZDQ/s1600/doa+awal+thn.bmp[doa+akhir+tahun.bmp]

    SALAM MAULIDUR RASUL


    Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam, dan kepada seluruh umat Islam ... Semoga kita dapat menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan lebih menyayangi Rasulullah s.a.w dengan cara menzahirkan melalui tindakan kita selepas ini ... Marilah kita beramai-ramai menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W. dan mencontohi baginda ... InsyaAllah ...


    Ya Nabi Salam ’Alaika Ya Rasul Salam ’Alaika Ya Habib Salam ’Alaika Sholawatullah ’Alaika Anta Syamsun Anta Badrun Anta Nurun Fauqo Nuuri Anta Iksiru Wagholi Anta Misbahush Shuduri Ya Habibi Ya Muhammad Ya ’Arusal Khofiqoini Ya Muayyad Ya Mumajjad Ya Imamal Qiblataini Ya Habibi Ya Muhammad Sholawatullahi ’Alaika

    ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-13 ...


    Kadang-kadang aku rasa akulah
    Isteri yang terlalu banyak menerima
    Sedangkan engkau tak pernah meminta
    Kadang-kadang aku rasa
    Akulah isteri yang baru terjaga
    Sedangkan engkau tak pernah terlena
    Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
    Semua perkataan ku menjadi salah
    Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
    Sementara ku cerita kehidupan isteri
    Harap dimengerti
    Kadang-kadang ku sakiti hati mu
    Bila ku tolak sentuhan mu
    Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu...
    Namun cabaran terlalu banyak ...
    Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu ...
    Tapi sayang, itu tidak benar ...
    Tiada apa yang paling ku hargai ...
    Daripada kehidupan manis bersama mu ...
    Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun ...
    Adalah terlalu singkat ...
    Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku ...
    Betapa syukurnya aku ...
    Kau lah pelindung ku ...
    Kadang-kadang berjauhan dengan mu ...
    Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita ...
    Mencipta kerukunan keluarga ...
    Namun aku tetap aku yang ini ...
    Maafkan aku wahai suami!


    Alhamdulillah ... Genap 13 tahun ...
    Syukur tak terhingga ... Mudah-mudahan Allah panjangkan usia perhubungan ini  dengan iman dan ehsan ... Sangat bersyukur pada Allah atas segala apa yang dialami dan sentiasa hargai peluang hidup dan masa yang Allah kurniakan dalam dunia yang sementara ini.

    Aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga ... walau dalam serba kesederhanaan ... Aku juga bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yg sempurna (comel, cantik, bijak, hensem, sihat n ceria ... ooppsss lupa lak nakal ...) "Ya Allah, aku berjanji kepadaMu, anak-anak ini akan ku didiknya menjadi seorang insan yang beriman dan bertakwa kepadaMu ya Allah. Insyaallah. Itu janjiku padaMu!!"

    Semoga kebahagiaan ini akan terus kami kecapi ... Semoga kami sekeluarga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik  ... Moga perkahwinan ini akan terus dirahmati dan diberkati oleh Mu Ya Allah ...
    Amiinn ...

    SELAMAT HARI LAHIR PRINCESS IBU

    SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-7 DIUCAPKAN KEPADA PUTERI KAMI
    NUR FATIHA NADHIRAH BT. SHAHDAN


    Selamat Hari Lahir Kakak ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Kakak dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ... Semoga menjadi muslimah sejati bila dah besar nanti ....

    Nie masa memula masuk darjah satu ... OK jer ... Nak masuk darjah dua dah baru nak masuk tujuh tahun ... Huhuhu ...

    Sayang princess IBU nie ... Dah pandai nak melawa ... Dah pandai nak bergaya ... Sangat rajin tolong ibu kemas rumah ... Sangat rajin tolong ibu jaga Adik ... 

    Tengah-tengah update entry nie, terasa sebak plak ... Meleleh dah nie ... Ntah lah aku pun tak tahu kenapa ... Kakak agak rapat ngan aku, maklum ler breastfeed agak lama jugak ... Hampir 4 tahun, huhhhh ... Tiba-tiba aku takut anugerah2 nie kena tarik balik ... Oh Tidak!! Maklum lah mereka nie pinjaman jer ... Ya Allah berikanlah aku kesempatan untuk lihat mereka membesar ... Sehingga mereka boleh berdikari sendiri ...

    Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya ... Yang menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Yang menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ...  Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Amin ... 

    Selamat Hari Lahir Abang Ngah

    SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-9 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA KE-2 KAMI MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN

     
    Selamat Hari Lahir Abang Ngah ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Ngah dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...


    Semoga membesar dengan sihat walafiat ... Tak mo sakit kepala dah ... Semua orang risau ... Semua orang susah hati ... Ikuti kisah nyer kat Danial Sakit Kepala ...

     
    Berani budak nie pegang ular ... Abang Long pun tak mo, aku lagi ler ...

    Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin ...

    Salam Maal Hijrah 1437 H


    Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1437 H kepada seluruh umat Islam.

    Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah. Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

    Di kesempatan ini juga, saya menyusun jari sepuluh andaikata saya ada terkata secara sengaja ataupun tidak. Malahan saya ingin memohon maaf andaikata gurau senda & kata2 saya selama ini mengguris hati & perasaan anda semua. saya berharap anda semua dapat memaafkan saya dengan setulus hati dgn penuh ikhlas.

    Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri. Dan halalkan makan minum saya.

    Selamat menyambut tahun baru maal hijrah.

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjO96yQgNH73FuLZpfn20RPEBOjnF_97Ex7wx7rPzKzqIN6zAJclt-w_f2PtRE64SW78VLX4r1-lhKEscxzJUwM39mOsVRECS_AYxFZeMsSkmAexaGnef2PJVQxlSeAahB_NNPcHX15ZDQ/s1600/doa+awal+thn.bmp[doa+akhir+tahun.bmp]
    Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT.