Search This Blog

Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

TMJ PRESIDEN FAM BARU


TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim  menang tanpa bertanding jawatan Presiden FAM yang baru... Ini adalah  kerana Tan Sri Annuar Musa telah menarik diri dari bertanding jawatan tersebut... Sama-sama kita nantikan perlantikan rasmi nanti... 

Aku berharap dengan pelantikan baru ini dapat meningkatkan lagi mutu bolasepak negara kita... Majulah sukan untuk negara... Tanpa rasuah... Tanpa pilih kasih... Tanpa segala mak nenek yang tak patut & tak perlu... 

THE FIFA PUSKAS AWARD 2016 | FAIZ SUBRI


Alhamdulillah ... Faiz Subri telah memenangi PUSKAS AWARD kali ini... Anugerah yang diberi kepada pemain yang menghasilkan gol terbaik pada tahun 2016 hasil dari undian peminat-peminat dari seluruh dunia di fifa.com .... Termasuk aku lah tu... Walaupun aku tak tau apa-apa pasal bola,  aku pun mengundi jugak... Hehehe... Kalau korang nak tahu,  Faiz Subri adalah pemain Pulau Pinang... 

Faiz Subri menerima anugerah daripada pemain lagenda Brazil, Ronaldo dalam satu majlis gilang-gemilang di Zurich ...

Pada peringkat akhir,  pemain midfiled ini mendapat undian sebanyak 59.5% mengatasi Marlone 22.86% manakala Rodriguez 10.01% ... Hebat anak muda nih... 


Tahniah Faiz Subri... 
Tahniah Malaysia... 
Semoga terus mengekalkan prestasi cemerlang dan menjadi sumber inspirasi kepada anak muda yang lain... 

Sumber : The Sun

Selangor Juara Piala Malaysia 2015


Alhamdulillah ... Yeayyyy, akhir nyer Selangor berjaya mencapai Misi Ke-33 memenangi Piala Malaysia ... Kira nyer Selangor nie dah selalu menang Piala Malaysia ... Tapi sejak akhir-akhir ini prestasi pasukan agak merosot ... Ramai yang meramalkan Kedah akan menang malam nie ... Yerrr, bola itu bulat ... Hasil kerja sepasukan, Selangor berjaya malam nie weiii ...

Haaa ... Dengar cite Selangor akan diberi cuti hari Isnin nanti ... Tapi aku tak pasti akan kesahihan nyer ... Tapi tadi aku skodeng kat FB, Astro Awani kate cuti ... Yahooo ... Tahniah warga Selangor ... Ape-ape pun tak de efek ape pun kat aku ... Cuma gembira Selangor menang sebab aku duk Selangor ...


Jaringan kemenangan skuad The Red Giants itu diperoleh menerusi sentuhan penyerang mereka, Ahmad Hazwan Bakri, masing-masing pada minit ke-4 dan ke-47. Hazwan jugak diistiharkan sebagai pemain terbaik malam ini ...

Beberapa insiden kekcohan jugak berlaku ... Dah nak habis masa tadi, lebih kurang 7 minit lagi nak habis Penjaga Gol Kedah dapat kad merah ... Ini gara-gara dia dah tertampan bola di luar kotak penalti ... Dapat ler hadiah daripada pengadil ... Kesian ...


Tahniah Pasukan Selangor ...


Final Piala Malaysia 2015


Semalam telah berlansung Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2015 ...

Selangor 2 – 0 Pahang

Kedah 2 – 1 Felda United

Pautan Sumber: mysumber.com

Disebabkan pada separuh akhir pertama ari kedua-dua nyer berkeputusan seri ... So, keputusan malam semalam adalah penentuan nyer ... Bergegar jugak rumah aku semalam dengan jeritan anak-anak aku ... Maka dah terang lagi bersuluh, final nanti Selangor akan bertemu Kedah ... Perlawanan dijadualkan pada 12 Disember 2015 ... Kalau main kat Shah Alam nampak nyer kelebihan lebih kepada Selangor ... Tapi tak tentu jugak sebab bola tu kan booolaattt ... 

Selangor – Kedah 
12 Disember 2015



Errkkk ... Korang sokong mana ? Korang rase sape menang ?

Piala AFF Suzuki 2014


Ngeeee ... Tak sabar rase nyer nak tunggu malam nih ... Dah prepare awal2 dah, laksanakan tugas hakiki peh tu leh ler tengok bola ... Sudah tentu harapan setinggi gunung diletakkan ker atas pemain2 bola Malaysia, skuad Harimau Malaya ...
PERLAWANAN AKHIR

17 Disember 2014
8.00pm 
Thailand 2 vs 0 Malaysia
Stadium Rajamangala
Bangkok, Thailand

20 Disember 2014
8.00pm 
Malaysia 3 vs 2 Thailand
Stadium Bukit Jalil
Kuala Lumpur, Malaysia


Aku tengok kat umah jer anak beranak ... Tak dapat lah nak ke Thailand ... Amat berharap takde dah kejadian yang tak diingini berlaku ... Harap2 pemain dan penonton dapat menjaga kelakuan masing2 ... 

#AFFSUZUKICUP2014

Piala Malaysia 2013

Pahang menewaskan Kelantan malam nie ...
Keputusan akhir  :
 Pahang 1 Kelantan 0.
Nie plak penjaring gol tunggal malam tadi ...
Matias Conti 

Sumber : Pak Google

Tahniah kepada yang berjaya menjadi juara dan yang kalah harap terima kekalahan dengan hati terbuka. .. Sob, sob, sob ...


Putra layan bola ...


Putra pun layan bola semalam
Alhamdulillah ...
Akhir nyer TRW melangkah ke Final ...
Biar pun seri semalam 2-2, TRW menang ngan agregat 4-3 ...
ATM pun main best gak ...
Sian tengok Hai-O frust, termenung jer kat padang ...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2013

Jumaat (04/10/2013)
ATM 4 - 1 Lions XII
(ATM mara dengan agg 4-2)
PKNS 1 - 2 Pahang
(Pahang mara dengan agg 3-5)

Sabtu (05/10/2013)
Kelantan 6 - 1 Johor Darul Takzim
(Kelantan mara dengan agg 8-5)
Sarawak 3 - 1 Sime Darby
(Sarawak mara dengan agg 3-1)

Tahniah pasukan The Red Warrior dan Bujang Senang untuk persembahan menarik ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kelantan Juara Piala FA 2013

Aku tengok kat rumah jer ... Aku tak terre bab bola nih ... So ulasan adalah ikut suka aku ... Bagi aku mase separuh masa pertama tadi nampak Kelantan lebih mendominasi ... Hasil nyer gol pertama telah dijaringkan pada minit ke-16 oleh Farhan ... Masuk separuh masa kedua pada aku nampak lebih seimbang, cuma masa dah nak last-last tu nampak Johor bersungguh-sungguh mencari gol ... Tapi usaha tak berbaloi ... Tambahan masa 5minit diberikan, kedua-dua pasukan berusaha menambahkan jaringan ... Namun gagal ... Keputusan nyer The Red Warrior berjaya menjuarai Piala FA 2013 ... Syabas ...

Foto animasi ciptaan peminat setia Bolasepak Kelantan En. Ikhsan Ise

Milik Siapa ???

http://www.arenabola.com/data/31_1619_piala_dunia_fifa.jpg
 
PERLAWANAN AKHIR

HOLLAND - SPAIN (12 Jul,2.30am,TV1,Astro)

Agak2 nyer sape ler pemenang World Cup kali nih ... Cam lebih berminat pada Spain jer ... Mari kita saksikan beramai-ramai ... Ramai lak yang tetiba jer cuti sakit esok ...




JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR

JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR
URUGUAY - HOLLAND (7 Jul,2.30am,TV1,Astro)
GERMANY - SPAIN (8 Jul,2.30am,TV1,Astro)

Wehhh ... Subuh nie ada game ... Tak berapa minat n tak mengenali sangat negara yang akan main nanti ... Berdasarkan game2 yang lepas macam Holland jer best ... Kawan2 cam ner ??


http://www.1000goals.com/wallpapers/netherlands-holland-football-team-3.jpg
Holland


http://www.conti-online.com/generator/www/uk/en/contisoccerworld/themes/02_fanzone/05_teams/10-wm-teams/group-b/img/wm_team_gre_01_en.jpg
Uruguay

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR II, WC2010

Mesti ramai yang ternanti-nanti perlawanan bola malam nih ... Pasti juga ramai yang sakit hati dengan keputusan semalam ... Ape2 pun, Hidup mesti diteruskan ...

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR
ARGENTINA - GERMANY (3 Jul,10pm,TV1,Astro)
PARAGUAY - SEPANYOL(4 Jul,2.30am,Astro)


KEPUTUSAN PERLAWANAN 2 JUL 2010
HOLLAND 2 - 1 BRAZIL
URUGUAY 1(4) - 1(2) GHANA (penalti)

Sumber : Klik SINI

Ish ... Ish ... Dah tak tau nak sokong mana ... Argentina pun best ... Jerman pun best ...
Sudah semesti nyer Sepanyol mesti menang ...

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR, WORLD CUP 2010

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR
 
HOLLAND - BRAZIL (2 Jul,10pm,Astro)
URUGUAY - GHANA (3 Jul,2.30am,TV1,Astro)
ARGENTINA - GERMANY (3 Jul,10pm,TV1,Astro)
PARAGUAY - SEPANYOL (4 Jul,2.30am,Astro






Sumber : Klik SINI

Bola Sepak : Jerman lwn England ...

Hahaha England kalah kepada Jerman ...
Jerman berjaya menyumbat 4 gol manakala England hanya mampu membalas satu gol sahaja ... Mungkin Jerman akan bertemu Argentina nanti ...
Detail macam kat bawah nie ...

20'M. Klose [1 - 0]

32'L. Podolski [2 - 0]

37'
[2 - 1]M. Upson

48'A. Friedrich


67'T. Müller [3 - 1]

70'T. Müller [4 - 1]

82'

G. Johnson
http://livescore.com/

Ade kes dalam perlawanan nih ... England dah jaringkan gol tapi pengadil tak nampak ... Pengadil nampak bola dah kat luar ... So tak gol kate nyer ...


Miroslav Klose


Lukas Podolski


Thomas Mueller


Matthew Upson

Ape kena lah aku ari nih cite bola lak nih ....