Search This Blog

Showing posts with label #8share. Show all posts
Showing posts with label #8share. Show all posts

Rendang Ayam



Bahan-bahan:

- 1 ekor ayam
- 750ml santan 
- 2 sudu besar kerisik
- 2 helai daun kunyit - dihiris halus
- 4 helai daun limau purut
- 1 sudu besar gula 
- 1 asam keping
- Garam 
- Minyak untuk menumis

Bahan-bahan pes rendang:

- 2 sudu besar cili giling
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 2 batang serai
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 1 biji buah keras

Cara-cara:

1. Blend kesemua bahan pes rendang. 
2. Tumis pes sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daun limau purut.
4. Masukkan ayam dan masak lebih kurang 10 minit. 
5. Masukkan santan dan masak hingga pekat. 
6. Masukkan kerisik, garam, gula, dan asam keping. 
7. Masukkan hirisan daun kunyit dan padamkan api. 
8. Hidang bersama lemang atau ketupat.

[OFFICIAL TRAILER] The Legend of Tarzan

Kecik-kecik dulu suka tengok kartun dia... Laa nie dah ada kat wayang plak... Jom pakat pie tengok... 



UDANG MASAK LEMAK CILI API


KLIK BANNER UNTUK TENGOK VIDEO ...

Bahan-bahan:

- 500g udang
- 10 cili padi
- 2 inci kunyit hidup
- 1 cawan santan pekat
- 1 batang serai
- Garam
- Air
- Minyak masak
- Daun kunyit (dihiris)

Cara-cara:

1. Kisar cili padi dan kunyit hidup.
2. Panaskan minyak dan tumis pes cili padi dan kunyit hidup.
3. Masukkan santan dan serai, dan kacau sentiasa.
4. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
6. Masukkan garam dan kacau.
7. Tabur dengan hirisan daun kunyit dan hidang.

Simpan jangan tak simpan segala macam resepi nih ... Nanti berguna di kala tak tau nak masak apa ... Tambahan nak masuk bulan puasa nie ... Semua lauk nak rasa di tekak ... Simpan ... Masak nyer tak tau lah bila ... Ekekekek ...

KARIPAP ROTI


Bahan-bahan: 
- 1 dada ayam (dipotong kiub) 
- 1 biji kentang (direbus dan dipotong dadu) 
- 1 biji bawang merah (dicincang) 
- 2 ulas bawang putih (dicincang) 
- 2 sudu besar serbuk kari 
- garam secukup rasa 
- 1 pek besar roti 
- 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan air)
- Minyak masak 

Alat-alat: 
- Acuan karipap 
- Rolling pin 

Cara-cara: 
1. Tumis bawang merah dan bawang putih. 
2. Masukkan daging ayam dan tumis sehingga masak. 
3. Masukkan kentang, serbuk kari dan garam. Gaul sebati dan tutup api. 
4. Gunakan rolling pin dan lenyekkan roti 
5. Letakkan roti di atas acuan karipap, dan sesudu inti ke atas roti 
6. Sapukan bancuhan tepung gandum di sekeliling inti 
7. Kelimkan karipap menggunakan acuan; koyakkan roti yang berlebihan 
8. Goreng sehingga keemasan 
9. Enjoy!

Cara Buat Thai Green Tea Latte

Dalam keadaan cuaca panas yang teramat sekarang nie, memang syok ler kalau dapat minum segelas Thai Green Tea Latte ... Dengan tekstur nyer yang lemak berkrim ditambah pulak dengan warna yang menarik ... I like green ... Memang tak boleh tahan ler ... Setiap kali makan kat kedai Thai mesti kena order jugak segelas ... Kadang-kadang tu kena tambah plak order kannn ... Tapi sekarang nie dah banyak gerai-gerai minuman dah ada Green Tea Latte nie dalam menu ...


Tapi, korang tahu tak sebenarnya minuman ni sangat senang nak dibuat sendiri di rumah? Cuma antara rajin ngan tak jer ... Kalau bahan-bahan ada ape salah mencuba ...



Bahan-bahan:
- 2 sudu besar teh hijau Thai 
- 6 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar susu cair
- 500ml air panas
- Ais


Kalau nak lagi best:
- Serbuk teh hijau
- Whipped cream
- Extra susu cair


Cara-cara:
1. Bancuh teh hijau dan biarkan selama 5 minit
2. Tapis air teh dan blend bersama susu pekat dan susu cair
3. Hidang dalam jag / gelas berisi ais 
4. Kalau nak lagi berkrim: Tambah susu cair! 
5. Kalau tak berapa kisah pasal diet: Tambah whipped cream dan taburkan serbuk teh hijau!


Pisang Cheese Rainbow



Bahan-bahan:

- 1 sikat pisang
- ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras 
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu kecil garam
- 1 telur
- 400ml air
- Minyak masak
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar susu pekat
- Keju parut (cheddar)
- Kelapa parut
- 6 jenis pewarna (merah jambu, jingga, kuning, hijau, biru, ungu)

Cara-cara: 

1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur, kunyit, garam dan air 
2. Gaul sehingga sebati
2. Pisang dipotong dua, tetapi jangan sehingga putus 
3. Celupkan pisang dalam adunan tepung 
4. Panaskan minyak dan goreng pisang 
5. Asingkan kelapa parut menjadi 6 bahagian 
6. Tambah satu pewarna untuk setiap bahagian kelapa
7. Dalam mangkuk lain, cairkan mentega dalam microwave
8. Campurkan dengan susu pekat
9. Salut pisang goreng dalam sos mentega-susu pekat
10. Tabur keju parut ke atas pisang 
11. Hias pisang dengan kelapa berwarna-warni!

Sumber :
Julie Mokhtar — 15 Mar 2016

[OFFICIAL TRAILER] Batman v Superman: Dawn of Justice

Kepada pencinta pencinta wayang semua ... Meh nak kabor ... Dua superhero ternama ciptaan Amerika nih akan bertarung di pawagam bermula 24 Mac 2016 nih ... Kate nyer pertarungan paling epik dalam sejarah ... Sesape yang suka, berminat dan teruja boleh ler terjah nanti ...


Pengumuman Tarikh Cash Out 8Share

Image result for 8share
Dapat e-mail dari Yuna 8Share ...
So, kepada anda yang ada akaun 8Share jangan nangis eak ...
Simpan tahun depan tau ...
Kumpul banyak-banyak dulu ...


Image result for 8share

Hi Hani, 
Kami ingin maklumkan kepada anda yang 
tarikh cash out seterusnya adalah pada 4 Januari 2016.
Anda masih boleh menghantar cash out request 
tetapi cash out tersebut hanya akan diproses pada 4 Januari 2016. 
Jika terdapat sebarang pertanyaan, Yuna sedia membantu anda.
Terima kasih dan selamat bercuti
intercomavatar

Image result for 8share

Pedofilia

Sumber : Says.com

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kes seorang pelajar, Fitri Azmeer Nordin yang disabit bersalah kerana memiliki gambar dan video pornografi kanak-kanak ...

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memahami apa itu pedofilia demi menjaga keselamatan kanak-kanak di negara ini ...

Sumber : Google.com

Sejauh mana anda tahu apa itu pedofilia?

Secara kasar nyer pedofilia adalah satu orientasi seksual dimana seseorang itu mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun ...

Pedofilia dijelaskan sebagai keinginan seseorang untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak-kanak. Sering kali pedofilia datang daripada golongan lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan secara seksual.

Meskipun seseorang itu hanya mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak, walaupun tanpa menyentuh mereka, dia masih dianggap sebagai pedofilia ...

Ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak melakukan perkara yang boleh menarik perhatian pedofilia terutama sekali di laman sosial ...

Kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan seksual mungkin akan mengalami trauma seumur hidup mereka ...




Bantu Azzri Fickri Lawan Kanser Tulang

Image viaYoutube Finn Tan

Siapakah Azzri Fickri?

Azzri Fickri bin Md Yusslin berumur 24 tahun merupakan seorang graduan jurusan perniagaan di UiTM Puncak Alam, Selangor.

Walaupun masih muda, Azzri Fickri telah menghidap penyakit kanser tulang yang serius sejak lebih kurang empat tahun lalu

Tahap kesihatan Azzri Fickri kini semakin tenat memandangkan penyakit kanser yang dihidapinya bertambah buruk dari masa ke semasa. Sel-sel kanser itu telah merebak ke bahagian tulang belakang, hati, bahagian tulang yang lain dan juga ke otaknya. Azzri kini lumpuh sepenuhnya di bahagian kanan badan, manakala hanya bahagian kanan paru-parunya yang masih berfungsi.


Harapan terakhir Azzri adalah untuk sentiasa berada di samping isteri tercinta serta melihat 3 orang adik perempuannya membesar dan berjaya dalam hidup ...

Ikuti kisah selanjut nyer kat SiNi dan bantu beliau untuk kembali pulih ...

Harga Rokok Naik


Haaa ... Sempena menyambut GST pada 1 April 2015 nanti harga rokok akan naik ... Nie rokok original ... Rokok fake aku tak tau plak cam ner ... And aku pun sebenar nyer tak tau pun harga rokok sekarang ... Ada aku kisah ... Pada aku original ker fake ker, dua-dua tak elok, merbahayakan kesihatan dori sendiri dan juga orang lain ... Membazir pun yer jugak ...

Yang elok nyer, berhentilah merokok ...

Apa Yang Tak Perlu Sebenarnya Dalam Perkahwinan ?


Perkahwinan merupakan antara detik terindah dalam kehidupan seseorang, malah agama Islam juga menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Tetapi, ramai orang zaman sekarang lebih mementingkan adat daripada tuntutan agama.

Semua orang pun mahu kahwin bukan? Tetapi, kenapa masih ramai yang belum berkahwin atau memilih untuk menangguhkan perkahwinan?

Jom  baca KISAH selanjut nyer ...