KHALIFAH - ASSALAMUALAIKUM USTAZAH


TERTUNDUK-TUNDUK
TUMPANG MINGIR BU
ITU SUARA MERDU DIDENGARIKU
CUBA KU LIHAT SIAPA ITU
BERTUDUNG LABUH
BAJU BERWARNA BIRU

USTAZAH BARU DI SEKOLAH KU
MENJADI BUAH MULUT KAWAN KAWAN KU
ADA PERASAN JUGA BERANGAN
PADA USTAZAH ADA YANG GILA BAYANG

KU JUMPA DIA KU TANYA DIA
USTAZAH SIAPA NAMA
KENAPA DIA JADI CERITA
SEMUA KAWAN KAWAN KU

HANYA SUARA DIA BERKATA
TIDAK BERPANDANGAN MATA
TUNDUK DIMEJA WAJAH BERPURDAH
SITI FATIMAH NAMANYA....

INDAH NAMANYA
JUGA TINGKAHNYA
MEMANG MENJADI BUALAN DI SINI SANA
KIRIMAN BUNGA PENUH DIMEJA
UCAP ASSALAMUALIKUM USTAZAH

Lirik : Yabang Khalifah
Lagu : Harry Khalifah

TMJ PRESIDEN FAM BARU


TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim  menang tanpa bertanding jawatan Presiden FAM yang baru... Ini adalah  kerana Tan Sri Annuar Musa telah menarik diri dari bertanding jawatan tersebut... Sama-sama kita nantikan perlantikan rasmi nanti... 

Aku berharap dengan pelantikan baru ini dapat meningkatkan lagi mutu bolasepak negara kita... Majulah sukan untuk negara... Tanpa rasuah... Tanpa pilih kasih... Tanpa segala mak nenek yang tak patut & tak perlu... 

SENYUM SEMULA


Mulut ini biar kita jaga elok-elok. Jangan guna untuk aibkan orang lain. Takut nanti ALLAH tarik nikmat berkata-kata...
🤐🤐🤐

Menegur dan mengkritik tak semesti sebab tak suka; Memuji dan memuja bukan bermakna sokong segala; Setiap tindakan, perlakuan malah perkataan perlu diambil kira dari dua sudut berbeza, positif dan negatif, tanpa meminggirkan langsung setiap satunya; Paling penting, semuanya dipertimbangkan dengan rasional, bukan emosional; Berasaskan iman dan ilmu, bukan rasa yang keliru; Pasti yang baik-baik saja keputusannya nanti... InsyaAllah...
🤔🤔🤔

Kepada yang ada dendam, lepaskanlah dan maafkn si dia, bukan untuk si dia, tapi sebagai tanda sayang kepada diri sendiri untuk membolehkn kita senyum semula...
😊😊😊

NAFAS TERAKHIR


Hidup bererti ujian ... Namun, ia bukan penamat kehidupan ... Panjatkan doa kepada-Nya ... Mohon jadikan setiap ujian sebagai pencetus semangat untuk terus mara mencapai bahagia yang diredhai-Nya ...

Kita tak mungkin miliki segala yang kita ingini malah ada masanya kita perlu terima sesuatu yang tak kita inginkan sebagai 'bayaran' atas 'harga' sesuatu yang kita miliki...

Di saat kita sedang menarik nafas, ada yang telah pun menghembuskan nafas yang terakhir. Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk hidup...

Manusia merancang, Allah juga merancang... Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik ... 

TAZKIRAH JUMAAT #70 | MAHKOTA BUAT SAHABAT


Assalamualaikum & Salam Jumaat penghulu segala hari buat kengkawan semua... Hari nie nak cerita pasal MAHKOTA... Semua orang suka kot,  letak nyer cantik atas kepala... Bersinar-sinar... Mahkota untuk orang beriman pula ada tujuh... Jom kita baca jap, tambah ilmu skit... 

*1. Mahkota Dzikir:*
_Lailaha illallah wahdahu la syarikalahu lahul mulku wallahul hamdu wahua 'ala kulli syai'in qodir._

*2. Mahkota Tasbih:*
_Subhanallah wabihamdihi 'adada khalqihi waridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimatihi._

*3. Mahkota Doa:*
_Rabbana atina fiddunya hasanah wafil 'akhirati hasanatau waqina 'adzabannaar._

*4. Mahkota Istighfar:*
_Allahumma Anta rabbi Lailahailla anta, kholaktani wa ana abdika wa ana ala 'ahdika wawa'dika mas tato'tu, 'audhubika min syarri mashona'tu, wa abu'u laka bini'matika 'alayya wa abu'u bidzambi faghfirli fainnahu la yaghfirudz dzunuba illa anta._
                                 
*5. Mahkota Perlindungan:*
_Bismillahil ladzi layadhurru ma'asmihi syaiun fil Ardhi wala fissamaa'i wahuas samii'ul 'aliim._

*6. Mahkota Pelepas Bencana:*
_Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzdhalimin._

*7. Mahkota Penenang Hati:*
_Lahaula wala quwwata illah bilahil 'aliyyil 'adhim._

Jadikanlah Mahkota² ini menghiasi kepala kita dan membasahi lisan kita... Insyaallah... Kongsi doa-doa ini dengan niat baik... Semoga Allah mengangkat segala ujian dan musibah kita di dunia dan di akhirat kelak... Insyaallah... 

Jangan meremehkan amal sekecil apa pun kerana kita tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam  syurga... Wallahualam...

Penafian Gelombang Panas Semasa Fenomena EkuiNoks


Beberapa hari nie telah tersebar cerita pasal gelombang panas yang akan melanda Malaysia semasa fenomena ekuinoks... Hari nie plak keluar penafian daripada Jabatan Meteorologi Malaysia... 

Apa-apa pun harap semua alert... Aku yang dewasa pun terasa kehangatan dalam dua tiga hari nie... Siang malam panas nyer... So kengkawan semua ... Ambil ler tindakan berjaga-jaga ...
Musim cuaca panas nie apa yang kerap
terjadi adalah kebakaran, kurang nyer bekalan air, jerebu ... Make sure minum air yang banyak... Kalau boleh elakkan atau kurangkan aktiviti luar... 

JATUH TERSUNGKUR


Kengkawan... Ingatlah... 
Terkadang jalan yang lurus berlaku banyak kemalangan kerana kelalaian dan ingin cepat sampai ... Begitu juga dengan kehidupan ini terkadang kesenangan menyebabkan kita leka dan lalai hingga akhirnya jatuh tersungkur ...

Kerana itu beringatlah wahai kengkawan semua, kesenangan tidak akan kekal selamanya... Langit tidak selalu cerah, kengkadang ada mendung kelabu... Laut tidak selalunya tenang kadang ada ombak dan badai... Begitu juga dengan kehidupan ini tidak selamanya sihat, akan ada masa sakit demamnya... Hanya mereka yg pernah sakit dapat merasai nikmat kesihatan... 

Bersyukurlah kerana Tuhan masih memberi kita masa sihat... Gunakanlah dengan sebaik mungkin...

Cheesy Wedges

Tengah mengidam makan Cheesy Wedges?

Bayangkan ubi kentang digoreng panas-panas, disalut pula dengan sos keju home-made dan mayonis.... Dah cuba sekali, pasti nak lagi!

Jangan klik jika anda sedang diet ;) Muahahaha  ...


Bahan-bahan (wedges): 
- 3 biji ubi kentang 
- 1/4 cawan tepung gandum 
- 1 sudu kecil garam 
- 1 sudu kecil lada hitam 
- Minyak 

Bahan-bahan (sos cheesy):
- 3 sudu besar mentega 
- 250 ml susu segar 
- 2 sudu besar tepung gandum 
- 1 cawan keju Cheddar (diparut) 
- 1/2 sudu kecil garam 
- 1/2 sudu kecil lada hitam 
- Pewarna kuning (jika mahu) 

Cara-cara: 
1. Rebus ubi kentang selama 5 minit, kemudian potong menjadi bentuk wedges
2. Gaul tepung gandum dengan garam dan lada hitam, dan salut wedges
3. Goreng. 
4. Dalam kuali lain, cairkan mentega. 
5. Masukkan susu segar dan tepung gandum, kacau hingga tiada gumpalan. 
6. Masukkan keju parut dan gaul hingga sebati. 
7. Masukkan garam, lada hitam dan pewarna kuning. Gaul. 
8. Hidang wedges dengan sos cheesy dan mayonis.

😝😝😝
😋😋😋😋😋
😆😆😆😆😆😆😆

HAPPY BIRTHDAY TO ME


Pejam celik pejam celik dah 40 tahun aku bernafas di atas bumi milik Allah swt ... Alhamdulillah kerana masih bernafas untuk bersama orang-orang yang aku sayang terutama keluarga aku ... Syukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan ini ... 

Alhamdulilah masih dipanjangkan usia untuk memperbaiki apa yg lemah pada aku ... Doakan agar aku sentiasa meletakkan peraturan Allah dalam kehidupan ini ... 

Semoga Allah memberkati kehidupan aku di dunia dan akhirat ... Semoga dapat menjadi isteri yang solehah :-p dan ibu yang baik untuk anak-anak ... Pada semua terima kasih kerana sudi menjadi kawan ...

Ahahaha ...

Duhai diri ... Ingatlah saban waktu kematian semakin rapat menjengah ... Tingkatkan amal seiring bertingkatnya umur ... Insyaallah ...

😝😱😱😱😝
Woiiittt... 
Dah masuk 4series lah... 
😅😭😭😭😅


BOOKCAFE | MARCH MANIA


MARCH MANIA 
(3 - 13 MAC 2017)

🔥 1 buku = RM3.33 
(Tajuk & Stok Terhad)

🔥 Diskaun 33% (333 Tajuk)

🔥 Diskaun Permulaan 13% Semua Buku

Klik banner 👆👆👆 kat atas tu... Korang mesti terjebak punyer lah... Banyak buku-buku menarik... 

HUTANG PUNYA PASAL


Kawan rapat jadi musuh
Adik beradik bergaduh
Saudara mara bermasam muka

Masa nak pinjam manis je. Dah dapat senyap pula.
Orang yang memberi hutang pula yang jadi segan nak minta sebab banyak alasan.
Yang berhutang relaks je, macam tak ada apa.

Ingatlah, amalan orang yang berhutang ni tergantung, jiwa pun tak tenang, hidup tak berkat.
Nak selamat jauhilah berhutang, hatipun tenang.
Berhutang hanya merosakkan silaturahim sesama insan.

Peringatan untuk diri sendiri.

SALAM TAKZIAH | TAN SRI JINS SHAMSUDIN

Al-Fatihah 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَها، وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبر.


AL FATIHAH

ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ uﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ
*ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ

Innalillahi wainnailaihirojiunn. 
Perginya seorang lagi seniman tanah air Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin petang tadi jam 6.30 petang. Allahyarham dilaporkan meninggal dunia kerana tercekik... Allahyarham amat terkenal dengan filem ‘Bukit Kepong’ ... 

Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Semoga keluarga redha dan tabah menghadapinya ... Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham ... Sama-sama kita mendoakan rohnya dicucuri rahmat ...

KAKI KOMEN FEBRUARI 2017 #KISAHHIDUPKU ...

Alhamdulillah  ... Sedar tak sedar kita dah pun memasuki bulan ketiga tahun nie ... Bersyukur sangat kerana masih diberi peluang bersama-sama dengan orang yang aku sayang... Bersyukur juga kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki segala kelemahan diri... Insyaallah... 

Dah tu... Dah tu... Jom kita tengok plak kaki komen blog nie bagi bulan Februari 2017 ... Meriah sangat uolls... Ada yang lama, kekal maintain gituuu. .. Ada juga yang baru... Apa lagi jom skodeng blog hebat depa plak sambil-sambil tinggal jejak ...


Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ... Terima kasih bebanyak korang-korang ... Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...
Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...


CPUV NUFFNANG #122 | Mamee Monster Biskidz


Alhamdulillah... Akhirnya masuk gak kempen pada penghujung bulan... Naik geram plak dibuat nyer ... Dekat sebulan tak dapat apa2 kempen... Rupanya ramai kengkawan senasib ngan aku... Kali nie dapat kempen daripada Mamee Monster Biskidz... Jom tengok apemende nyer tu...  


Ooooo... Rupa-rupanya Mamee Monster Biskidz dah dilancarkan di Malaysia ... Mamee Monster Biskidz adalah biskut pertama yang mengandungi DHA, sesuai untuk tumbesaran anak-anak. Dan paling penting sekali, Mamee Monster Biskidz telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia!
Sumber: RTM


Bebudak kan memang memilih sikit bab makan ni. Mamee Monster Biskidz ada macam-macam perisa! Ada perisa susu,  perisa coklat dan perisa rumpai laut... Mesti ada satu yang akan memikat hati anak2 kita... So far, aku dah makan dah perisa susu dan periksa coklat... Tak pernah jumpa plak lagi perisa rumpai laut... Ok lah rase nyer... Sedap dan rangup... 
Kengkawan kalau ada terserempak iklan  menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik... Untuk mereka yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun xpe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#MameeMonsterBiskidz
 #MameeMonster
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...