Nabi Yunus alaihissalam, apabila keluar dari negerinya, baginda menaiki kapal. Lalu kapal tersebut dilanda badai.
Mereka terpaksa mengundi siapakah yang akan dicampakkan ke dalam laut. Lalu, undian itu terkena kepada Nabi Yunus alaihissalam.
Apabila dicampakkan ke dalam laut, datang ikan besar menelan baginda.
Ketika di dalam perut ikan tersebut, baginda sentiasa bertasbih dan berzikir.
Allah ta'ala menyebutkan kisah ini di dalam Al-Qur’an:
فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ. لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
"Maka kalaulah ia bukan dari ORANG YANG BERTASBIH, tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur"[Ash-Shaaffat:143-144]
Allah ta'ala sebutkan kesan baik daripada tasbih tersebut
1- Allah campakkan baginda keluar dari ikan tersebut ketika baginda dalam keadaan sakit.
2- Allah tumbuhkan pokok berdaun lebar untuk melindungi baginda yang berada di tanah lapang yang kosong.
3- Allah jadikan kaumnya berjumlah 100ribu atau lebih beriman. Mereka sentiasa bertambah dari masa ke semasa.
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Doa Zun Nun (Nabi Yunus) alaihissalam ketika berdoa di dalam perut ikan,
Tidaklah seorang muslim berdoa dengan doa ini melainkan Allah pasti memperkenankan doanya.” [Sunan Tirmizi]
Bertasbihlah dan berdoalah dengan perkataan yang disebutkan Nabi Yunus. Semoga Allah taala melepaskan semua orang yang beriman daripada segala kesusahan dan mengurniakan mereka segala kebaikan. Ameen
-ARAR-
*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...
Semoga bermanfaat buat kita semua ...
nice sharing
ReplyDelete