JAGA PERUT


Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering  berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal  kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita.

Seperti mana Sabda Rasulullah s.a.w, kesayangan kita maksudnya:   

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.”
(Riwayat ad-Dailami)   

Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan  dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari  organ-organ pencernaan.   

Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit. Banyak penyakit yang berpunca dari perut.

6 punca penyebab penyakit dari perut :-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik. 

2. Terlalu berlebihan semasa makan. 

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat  jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah  keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian  angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu  sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung  penyakit.”
(Riwayat Abu Hurairah)   

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya. 

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.   
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak  (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha  kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk  bersiwak (menggosok gigi).” 
(Riwayat Ibnu Majah)   

6. Selalu lah membaca Bismillah semasa minum dan makan apa-apa. Lagipun kita memang digalakkan memulakan sesuatu pekerjaan itu dengan Bismillah.

Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.   

Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.”
(Riwayat Abu Hurairah)

Wallahua'lam ...

SALAM KEMERDEKAAN 2016 #SEHATISEJIWA


Salam Kemerdekaan 2016 untuk semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada ... Dengan pelbagai masalah yang melanda Malaysia semakin suram sambutan kemerdekaan ... Apa2 pun saya masih rakyat Malaysia ... Moga Malaysia sentiasa dilindungi Allah s.w.t ... Semoga Malaysia terus aman ...



‎Merdeka kah jiwa kita ?
Merdeka kah hati kita ?
Merdeka kah akal kita ?
Apakah erti kemerdekaan jika minda masih dijajah ?

🌺Selamat Hari Merdeka 🌺


      SEMOGA ...

Merdeka Akidah  dari Kesyirikan.
Merdeka Syariat dari Kefasikan.
Merdeka Minda dari Kejahilan.
Merdeka Nafsu dari Keburukan.
Merdeka yg Haq dari yg Batil.

🌸 Mantapkan iman tingkatkan amal,

Utk meraih Rahmat dan Redha Allah,
Itulah janji Allah dengan Syurga,

🌸 Mohon Allah bebaskan dari Neraka,

Barulah merdeka dari siksa Nya,
Itulah merdeka yg sebenar,
Itulah merdeka yg dicari.

🌸 Ampun dan maaf dipohon kini,

Seandainya ada terguris di hati,
Kehidupan dunia jangan khianati,
Di Akhirat nanti tidaklah rugi.

#sehatisejiwa

"bilamana remaja menghayati kemerdekaan dengan konsert
 jangan disalahkan mereka bila ditanya apa pengertian kemerdekaan 
kelak kan mereka menjawap merdeka itu cuti, 
merdeka itu cool, merdeka ada konsert gergasi 
itu suara kami, kata mereka"

~asamadsaid~

SANTAI MALAM MERDEKA


πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“’πŸ“’πŸ“’
*SANTAI MALAM MERDEKA*  
πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“’πŸ“’πŸ“’

Tarikh: *30 Ogos 2016 (Selasa)*
Masa: *9 malam - 12 tengah malam*
Tempat: *Dihadapan Restoren Abe Man Klate (Pusat Perdagangan Selaseh 2)*

Penampilkan: 
πŸŽ‰ Man Raja Lawak
πŸŽ‰ Halim Devotees
πŸŽ‰ Fazli Aziz (Selebriti TV Al-Hijrah)
πŸŽ‰ Ustaz Halim Hafiz
πŸŽ‰ Buskers VR2
πŸŽ‰ Buskers The Prism
πŸŽ‰ Revolusi

🎁🎁 Pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik menanti anda. 

Jom jemput hadir beramai-ramai.

Anjuran: 
JKP Zon 5 MPS & Amal Youth Club (AYC) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia dan PeBT Zon 5 MPS

*Mohon sebarkan.*

KISAH RIO 2016

Alhamdulillah ... Olimpik Rio 2016 dah lama berlalu ... Atlet Malaysia berjaya dengan cemerlang ... Tahniah buat kontinjen Malaysia ke Rio, Brazil ...

Yang aku nak cerita kan adalah kisah-kisah yang berlaku dalam keluarga kami ...

Kisah 1
Meng Suping, China

Aku tengah layan Olimpik 2016 acara angkat berat ... Kagum aku tengok depa nih badan besar pun boleh masuk Olimpik lagi ... Kalau aku peratikan kat Malaysia nih ramai jer yang obesiti tapi kenapa acara nie tak popular kat Malaysia ... Kalau tengok jumlah beban yang dia orang angkat ... Gilerrr ... Sambil tu aku tukar jugak tengok acara lain ... 

Pemenang pingat acara angkat berat ...

Tengah syok-syok layan angkat berat tu ... Bebudak nih tanya "Apesal semua besar besar Ibu?" ... "Nak angkat mende berat kena lah besar, kalau kurus mana nak larat angkat" ... "Ooooo" panjang o depa ... Aku pun sambung ... "Tu pasal Ibu gemok, makan banyak, Ibu nak masuk Olimpik" ... Hehehe ...

Kisah 2
Kisah nyer masa tu aku tengah syok layan kemenangan LCW melawan Lin Dan ... Macam nak gugur jantung dibuat nyer layan game kali nie ... Rase-rase aku sepanjang aku nengok depa dua nih berlawan mesti LCW kalah ... Tapi kali nie menang gembira betul lah ... 

Lepas game nih ada game-game lain lagi ... Aku bagi can kat bebudak nie layan tv sementara menunggu final beregu ... Tengah syok2 relax tu BigBoss balik keje ... Sekali dia ajak pie makan luar ... Isshhh, memang dugaan sungguh ... Aku memang malas nak gie sebab nak tengok final kannn ... Tapi disebabkan nak masuk Olimpik Angkat Berat nanti, gigih jugak ikut cakap BigBoss ... Huhuhu ... 


So, game final tu aku layan kat kedai jer lah ... Nak gugur jantung dibuat nyer, tapi agak sopan skit lah sebab kat kedai ... Dah habis makan excited nak balik rumah sebab nak tengok game set ketiga, set penentuan ... Game set pertama Malaysia ... Game kedua China menang ... Details nyer korang tengok kat [RIO2016] LAGI PINGAT PERAK MENERUSI BEREGU LELAKI


Maka layan lah kita orang set penentuan tu dengan penuh penghayatan ... Yang lain dah terlelap dah kecuali Putra ... Putra leka buat kerja sendiri ... Melukis dah mewarna ... Perlawanan set penentuan memang mendebarkan ... Kedudukan mata tidak jauh berbeza ... Walaupun Malaysia kalah tapi bermaruah ... 


Tapi korang tengok lah apa yang jadi kat Putra semasa keasyikan kami melayan game final tadi ... Huwaaa ... Ada kah Putra nie kreatif ? Atau dia terikut-ikut nak bertatoo ... Esok nyer dia bangun tanpa rasa bersalah pun ... 

Tu jer kisah nyer ... Tragedi sungguh ler ... Korang rase hilang tak dakwat pen marker tu ? Jenuh ler nak menyental ... Korang korang pernah jadi cam nie ? Ada petua nak hilangkan dakwat kat badan or baju ? Huhuhu ... Oklah tu jer ... Ehhh, lagi satu korang rase dapat tak aku masuk Olimpik ? Ehehehe ... Gurau jer ...

RESEPI ONDE ONDE



Bahan-bahan:



- 1/2 cawan tepung pulut 

- 1 sudu besar tepung beras 
- 80ml ekstrak daun pandan 
- Gula melaka (dipotong kiub) 
- Kelapa parut 
- Garam

Cara-cara: 

1. Gaul kelapa parut dengan garam. 
2. Dalam mangkuk yang lain, gaul tepung pulut, tepung beras dan ekstrak daun pandan hingga boleh digentel. 
3. Ambil secubit adunan, leperkan dan letakkan kiub gula melaka di tengah. 
4. Bentukkan adunan menjadi bola. 
5. Dalam air yang mendidih, rebus bebola.
6. Apabila bebola mula timbul ke permukaan, angkat dan gaul bersama kelapa parut. 

7. Hidang!

CPUV NUFFNANG #100 | DYSON PURE COOL LINK



Alhamdulillahh, dua hari lepas ada lah dapat kempen daripada DYSON PURE COOL LINK ...



Banyak betul produk-produk macam nie dikeluarkan sekarang nie ... Yelah memandang cuaca di Malaysia yang agak selalu jugak dilanda jerebu ... Ruang udara kita dah tak berapa sihat ... Maka berlumba-lumba lah produk untuk meningkatkan kualiti udara dikeluarkan ...




Ada dua jenis; tower dan desk ... Ada dua warna; biru dan silver ...

Boleh ke website DYSON PURE COOL LINK untuk mengetahui lebih lanjut pasal produk nih ... Skodeng ler mana tau bermanfaat ...



Kengkawan kalau ada jumpa iklan  DYSON PURE COOL LINK menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...


Terima kasih #nuffnang  # DYSONPURECOOLLINK #DYSON ...
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...



Kombo Bookcafe : Novel Ramlee Awang Murshid

Kombo Bookcafe : Novel Ramlee Awang Murshid (A)

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=902
RM127.60 RM100.00
Kombo ini mengandungi Novel :
Tombiruo (Penunggu Rimba)
Aku Bercerita
Rayyan Fantasi
Sunan Nanggaroe Sang Kembara
9 Nyawa 
Satu Janji

RM119.40 RM100.00
Kombo ini mengandungi novel:
Rahsia Perindu
Hatiku di Haruju
Cinta Sang Ratu
Mandatori
Mikhail
Semangat Hutan

Emmm ... Korang kenal ker sape Ramlee Awang Murshid nih ? 
Jom skodeng beramai-ramai sat ...


Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002). 

Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu

Karya pertama beliau berjudul. IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel yang pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995. Pada tahun 2010, Ramlee telah terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik daripada Alaf 21.

Ramlee Awang Murshid seorang penulis novel melayu yang berjaya lari dari tema cinta. Beliau telah membuka ruang untuk genre lain untuk bertapak dalam pasaran novel melayu. Genre thriller yang diselaminya berjaya dihayati oleh ramai pengikut setia hingga kini. Kejayaan beliau membuka mata ramai pihak dan dicemburui oleh pesaing dalam pasaran novel. Namun beliau berdiri dalam cara dan gaya penulisan beliau yang tersendiri sehingga beliau dilabel sebagai Penulis Thriller No.1 Malaysia.

Memetik kata Pengerusi PTS, Ainon Mohamad melalui laman UNIKA PTS “RAM telah berjaya membuka Laut Biru pasaran fantasi Melayu dengan sangat berkesan. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar.” Ramlee Awang Murshid bukan sahaja berjaya menhasilkan novel terlaris di pasaran tapi juga novel bersiri yang digilai ramai. Contohnya novel dari Siri Tombiruo dan Laksaman Sunan, epik Laksamana Sunan adalah siri yang paling berjaya sentiasa dinanti sambunganya dari kalangan peminat setia selain terus menarik perhatian peminat baru.

Melalui pendapatan beliau dalam bidang penulisan, ini diakui oleh Ramlee sendiri beliau telah dapat membeli sebuah rumah dan kereta idaman untuk keluarga beliau. Beliau dan keluarga dapat menikmati hidup senang hasil daripada kejayaan novel-novel beliau.


Tanda-tanda Tidak Sihat


Sepanjang kehidupan kita pasti akan ada hari kita akan jatuh sakit @ tak sihat ... Kita terpaksa akur dengan tubuh kerana ia tanda tubuh minta direhatkan ... Demi tuntutan kerjaya, ramai yang lupa dan leka untuk menjaga kesihatan ... Tubuh yang tidak sihat mempunyai makna yang luas ... Jom kengkawan kita semak antara tanda-tanda tubuh tidak sihat ... 

1. Keadaan kulit yang tidak elok.

2. Masalah tidur malam.

3. Sukar membuang air besar atau kecil.

4. Bibir pecah-pecah.

5. Kuku jadi buruk.

6. Suhu badan berubah-ubah.

7. Fikiran berserabut.

Jika kat badan korang dah ada tanda-tanda nih ... Cepat-cepat lah ambil tindakan ... Minum air masak yang banyak ... Jaga pemakanan ... Rehat @ pergi bercuti ... 

Sumber :
Rapi, Bil.272, Jun2016


CPUV NUFFNANG #99 | SCOTTS DHA GUMMIES PR LAUNCH


Alhamdulillah ... Semalam dapat kempen daripada SCOTTS DHA GUMMIES ... Rase nyer semua orang dah tahu ... Scott's boleh membantu si manja anda menjadi KUAT, CERDAS dan SIHAT ... Di dalam produk Scott's ada DHA ... DHA penting untuk perkembangan minda si manja ... DHA adalah asid lemak polyunsaturated Omega-3 penting yang membantu fungsi dan perkembangan otak si manja - ini adalah penting kerana 90% daripada perkembangan minda si manja berlaku sebelum umur 6 tahun ... Rase nyer ramai mak-mak dah tahu nie ... 


Scott’s DHA Gummies

Tersedia dalam perisa Oren dan Strawberi yang lazat, Scott’s DHA Gummies dengan teknologi DHA mikrokapsul, mengunci kebaikan zat minyak ikan tanpa rasa dan bau ikan. Sebagai tambahan kepada DHA, Scott’s DHA Gummies juga mengandungi Vitamin D, yang amat penting untuk tumbesaran yang sihat dan perkembangan tulang dalam kanak-kanak dan fungsi ketahanan yang sihat.

Menarikkan ... Kali nie Scott's keluarkan dalam bentuk gummies plak ... Rase nyer bebudak mesti lebih suka ...


Kengkawan kalau ada jumpa iklan SCOTTS DHA GUMMIES menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...

Terima kasih #nuffnang  #SCOTTSDHAGUMMIES #SCOTTS ...
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

TAZKIRAH JUMAAT #62 | SOLAT DI HUJUNG WAKTU


Assalamualaikum kengkawan ... Meh baca kisah orang-orang yang melewat-lewatkan solat ... Kisah untuk mengingatkan saya dan sahabat-sahabat ... Harap-harap dapat manfaat bersama ...

______________________________


Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam ... Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya ... Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya ...

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya ... Para malaikat Jahannam terus mengheret dia ... Mereka telah semakin hampir dengan neraka ... Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir ... Dia teringat ... 

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata; 
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka" 

Dia mula menjerit; 
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" 
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka ... Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya ... Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya ... Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam ... Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api ...

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan ... Dia ditarik kembali ke atas ... Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang ... Kelihatannya lelaki itu sangat daif ... Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, 

"Siapakah anda?" 
Orang tua itu menjawab, 
"Saya solat anda" 
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur ... " 
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, 
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!" 
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud ... Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh ... Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak ... Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu ... Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi ... Dia sedar kesalahannya kini ... Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar ...


______________________________

Kongsikan kisah ini kepada kawan-kawan korang dan keluarga ... Mungkin, korang boleh membantu seseorang mengetuk pintu hati mereka ... Siapa tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman ...Peringatan untuk saya juga ...

-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang-

Kombo Bookcafe : Karya Magnum Opus (Masterpiece) Buya Hamka

Karya Magnum Opus (Masterpiece) Buya Hamka


RM80.00 RM72.00

Dalam kombo ini terdapat 4 buah buku Hamka ...

1. Falsafah Hidup - HAMKA : RM24.00

2. Lembaga Hidup - HAMKA : RM21.00

3. Lembaga Budi - HAMKA : RM15.00

4. Tasawuf Moden - HAMKA : RM20.00


Emmm ... Korang kenal ker sape HAMKA nih ? 
Jom skodeng beramai-ramai sat ...

buya-hamka

Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan julukan HAMKA adalah seorang ulama, sasterawan, sejarawan, dan juga politikus yang sangat terkenal di Indonesia. Buya HAMKA juga seorang pembelajar yang otodidak dalam bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun Barat. Hamka pernah ditunjuk sebagai menteri agama dan juga aktif dalam perpolitikan Indonesia. Hamka lahir di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, 17 Februari 1908 dan meninggal di Jakarta, 24 Juli 1981 pada umur 73 tahun.

Hamka juga diberikan sebutan Buya, iaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang berarti ayahku, atau seseorang yang dihormati. Ayahnya adalah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906. Beliau dibesarkan dalam tradisi Minangkabau. Masa kecil HAMKA dipenuhi gejolak batin karena saat itu terjadi pertentangan yang keras antara kaum adat dan kaum muda tentang pelaksanaan ajaran Islam. Banyak hal-hal yang tidak dibenarkan dalam Islam, tapi dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat sehari-hari. Putra HAMKA bernama H. Rusydi HAMKA, kader PPP, anggota DPRD DKI Jakarta. Anak Angkat Buya Hamka adalah Yusuf Hamka, Chinese yang masuk Islam.

WORDLESS WEDNESDAY - 125 | ALONE

Happy Birthday BigBoss ...

Happy Birthday BigBoss ...

Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu,  meniti usia tua bersama ... Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga; melindungi kami sekeluarga ... Ya Allah, Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah; lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ini ... Amin ...

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku …

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu … Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati … Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku … Dan rezekikan kami zuriat yang soleh@solehah yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia …

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku … Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya … Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya ... Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku … Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha …

Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...