Search This Blog

Hantu atau Buaya ?






Sakit hati ku memikirkan kamu

Sakit mata ku melihat wajah mu

Dimana sayang mu dimana kasih mu
Bila ku pilu engkau jauh engkau jauh
Dimana dirimu dimana waktu ku
Bila ku perlu engkau jauh

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Andainya aku kau ingin semula
Maafkan aku ku tak mahu ku tak rela

Dimana sayang mu dimana kasih mu
Bila ku pilu engkau jauh engkau jauh
Dimana diri mu dimana waktu ku
Bila ku perlu engkau jauh

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

WANITA HEBAT



Wanita hebat bukan kerana dia "cantik" ...

Wanita hebat bukan kerana dia "kaya" ...

Wanita hebat bukan kerana dia "Pintar"

Wanita hebat bukan kerana "disampingnya ada lelaki kacak dan bergaya" ...

Tapi wanita hebat adalah wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan
masalahnya ...

Mampu berdoa dan percaya bahawa Allah adalah sumber "Kekuatan" ...

Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan ...

Bersabar saat tertekan ...

Tersenyum saat hati menangis ...

Diam saat terhina ...

Mempesona kerana memaafkan ...

Jadilah wanita hebat di zaman ini ...

CPUV Nuffnang #54 | McDonald's Family


Alhamdulillah ... Dapat jugak akhir nyer ... Punye lah kedekut #nuffnang ... Tunggu punye tunggu ... Berjanggut beruban dah ... Dah nak penghujung bulan dah ... Baru ler dapat satu ... Berbeza sungguh dengan bulan lepas ... Ape ker hal nyer ntah ler ... 

Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... 
Sob ... Sob ... Sob ... 


Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ... 

p/s :- Boikot !!!

TAZKIRAH JUMAAT #33 | Kisah Hassan Al Basri Dan Anak-anak



Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau men inggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,.. Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. 

Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang. 
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari. 

 Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju. 

 Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,  Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ? Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah. Si ibu : Apa ayah mu pesan ? Jawab si adik : Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah. 


 Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya. Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ? Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah. Si ibu : Apa ayah mu pesan ? Jawab si abang: Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai. Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari. 

 ๐Ÿ’ž Moral of the story ```````````````````````````````````

Perbezaan mentafsir sesuatu perkara boleh menjadikan arah hidup seseorang itu berbeza dengan yang lain. Jadi, belajarlah dengan ramai guru, banyakkan membaca untuk tambah ilmu, minta Allah SWT beri petunjuk dan mohon agar Allah SWT bimbing kehidupan kita. Semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah kpd kita semua "Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman". 

 Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin Pesona D'Zahrah IKIMfm.

Pedofilia

Sumber : Says.com

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kes seorang pelajar, Fitri Azmeer Nordin yang disabit bersalah kerana memiliki gambar dan video pornografi kanak-kanak ...

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memahami apa itu pedofilia demi menjaga keselamatan kanak-kanak di negara ini ...

Sumber : Google.com

Sejauh mana anda tahu apa itu pedofilia?

Secara kasar nyer pedofilia adalah satu orientasi seksual dimana seseorang itu mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun ...

Pedofilia dijelaskan sebagai keinginan seseorang untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak-kanak. Sering kali pedofilia datang daripada golongan lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan secara seksual.

Meskipun seseorang itu hanya mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak, walaupun tanpa menyentuh mereka, dia masih dianggap sebagai pedofilia ...

Ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak melakukan perkara yang boleh menarik perhatian pedofilia terutama sekali di laman sosial ...

Kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan seksual mungkin akan mengalami trauma seumur hidup mereka ...




Aurat Bukan Sekadar Rambut ...


Artikel yang aku copy n paste utk peringatan aku dan kawan2 ...
Harap2 berguna n membantu 


12 Aurat Wanita Dalam Islam


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah


Pintu Terakhir Kesopanan ...


Wallahua'lam ...

Selamat Hari Guru 2015



Selamat  Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia ... Khas utk guru-guru ku di Tadika Kemas,  Gombak Setia, SRK Gombak 1, SM Convent Sentul, SM Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pusat Asasi n Universiti Malaya ...

Terima kasih guru yang telah mengajarku membaca, menulis, melukis, mewarna, mengira, mengajarku erti hidup dan mengajarku mengenal diri ... Terima kasih juga buat guru terawal – mak dan abah ...

Tidak lupa juga para guru di Sek. Keb. Gombak Setia, Sek. Agama Al-Hilaliah dan  Tadika Sempurna yang telah mendidik anak2 ku ... Jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ... Sampai bila-bila ... Terima kasih, Selamat  Hari Guru ...

Moga Allah merahmati segala usaha guru dan para pendidik….

Jaga Ikhtilat @ Pergaulan



Assalamualaikum dan Selamat Pagi kengkawan ... Hari nie nak kongsi pasal isu ikhtilat @ pergaulan ... Bukan hanya di alam nyata tetapi juga di alam maya ... Dengan tercipta nyer pelbagai jenis gajet dan pelbagai jenis aplikasi ... Perkara ini harus diambil berat ... Ramai orang sekarang yang dah tak hirau kan benda nie ... Baik budak2 nak meningkat naik, mahupun yang dah berkeluarga dan beranak pinak ... Tengah berblogwalking tadi tersentap jap baca entry kat satu blog nie ... Jom baca ... Saya kongsi sebahagian kat bawah nie ...
Klik untuk lebih jelas


Maaf jika ada yang terasa ...
Aku tegur tak bermakna aku sempurna. Aku tegur tak bermakna aku tak pernah buat hal sedemikian. Kerna aku juga dalam perjalanan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik sebagai persediaan sebelum bertemu dengan Pencipta ...




Klik untuk lebih jelas

Wallahua'lam ...

Untuk Awak

Untuk Awak ...


Maaf gurau kasar memalam nie ...
Nie ler jadi kalau tak tau nak update ape ...
Haisshhh ...
Buntu teman ... 

Selamat Hari Ibu




**********

Janganlah kamu memaksa isteri kamu bercantik2 d rumah selagi mana ketika dia di dapur berhempas pulas menumbuk sambal, blender bawang, menyiang ikan,mencincang daging.. sedangkan kamu duduk di depan tv menonton televisyen. Dia tidur lewat sebab tidurkan anakmu, bangun seawal pagi untuk membuat susu, setiap hari begitu sehingga wajahnya lesu dan bawah matanya hitam lebam membiru. Kamu hanya sekadar mengatakan isterimu tak pandai menjaga wajah dan menghilangkan selera kamu. Dia menahan bebanan 9 bulan dalam perut, meronta kesakitan untuk melahirkan anakmu, punggung melebar, perut berparut. Kamu hanya tahu menyuruhnya menjaga badan semula sedangkan kamu yang tak pernah mengandung pun perut boroi macam baru lepas telan seekor lembu. Sama2 lah membantu dalam urusan keluarga. Biar dia boleh cantik untukmu. Andai dulu dia dipandang cantik sebagai anak dara, kini apalah salahnya kamu pandang dia cantik selayaknya seorang ibu. Yang menjadikan mereka cantik adalah pandangan matamu. Kadang2 mereka dah cantik tetapi kamu yang tak mahu memandangnya begitu.

Hargailah isteri kamu
Selamat Hari Ibu
Mei 2015

~ Fedtri Yahya ~

Wordless Wednesday - 66 | CINTA DAN KASIH


Selamat Hari Lahir Putra Al Amin


Selamat Hari Lahir Muhammad Putra Al Amin ... Alhamdulillah, dua hari yang lepas genap usia Putra dua tahun ... Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu ...


Sempena meraikan birthday boy, bawak ler jalan-jalan ... Birthday boy relax jer, abang2 dan kakak yang terlebih teruja ... Kami ker Pantai Morib ... Nantikan entry nyer di episod akan datang ...



Suka makan coklat ... Eeee, comot nyer ...
Makan@minum semua nak buat sendiri ... Banyak yang ke lantai daripada yang masuk mulut ...


Pantang nampak IBU nyer pakai tudung ... Mesti nak ikut ... Sudai kain nak ikut ... Buang sampah nak ikut ... Haisshhh ... Alhamdulillah, masih lagi meneruskan nenen IBU dengan jaya nyer ...

Pandai dah nak main macam2 ... Hand phone, tab, laptop semua dia nak ... Last2 nangis ... Huwaaa ...

Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat ... Kau jadikanlah dia anak yang soleh, yang menjaga solat dan agamanya ... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...


Kaki Komen April 2015 #KisahHidupKu ...


Haaa ... Nie lah kaki komen blog nie bagi bulan April 2015 ... Meriah nyer ... Ada yang baru ... Ada yang masih kekal ... 

Terima kasih ler kat korang semua ... Yang rajin datang singgah + komen kat blog aku nih ...

Jom terjah blog dia orang plak ...

Kisah Hearty


Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ...
Terima kasih bebanyak korang-korang ...
Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...
Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... 
Nie saje suke-suke ...