JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2015

Haaa ... Jadual dah keluar ...
Get ready yer anak2 ...




Tawa Dalam Tangisan

Tak de keje betul lah ... Pepagi tadi sementara tunggu nak masak, layan YouTube jap ... Layan lagu rock lama2 tu ... Banyak jugak ... Kat bawah nie antara nyer lah ... Terbaaeeekkkk ... Layannzzz ...

**********

Terhenti langkah seketika
Pandangan tersasar
Jiwaku bergelora
Sendiri ku dirundung sepi
Mengenang kembali
Saat yang telah pergi

Apa erti teman
Kini jadi lawan
Racun kau lemparkan
Diriku terseksa
Biarlah ku menanggung keperitan

Sesalan... diriku mula terasa
Kenangan ... jadikan pengajaran
Tak mudah... untuk aku melupakan
Demi persahabatan...
Tawa dalam tangisan

Terbongkar segala rahsia
Selama ini ku tak pernah menduga
Apakah cuba kau lakukan
Terbuktilah engkau
Gunting dalam lipatan

**
Apa erti teman
Kini jadi lawan
Racun kau lemparkan
Jiwaku terseksa
Biarlah ku menanggung keperitan

Sesalan... diriku mula terasa
Kenangan ... jadikan pengajaran
Tak mudah... untuk aku melupakan
Demi persahabatan...
Tawa dalam tangisan

( ulang dari ** )

**********

Link nyer klik SiNi

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ... Innalillahiwainnailaihirojiun


Sedih sungguh ... Lewat petang tadi tamat lah riwayat tukang cuci yang dah berkhidmat ngan aku selama hampir 12 tahun ... Lama tu ... Setia sungguh dia berkhidmat ... Tak pernah merungut ... Tak pernah membantah ... Ikut jer ape saje arahan yang aku beri ...

LG 6.5 kg

Berikutan kehilangan yang tak dijangka ... Pengganti nyer pun dah aku temui ... Lebih besar plak tu ... Tapi kini dengan GST 6% ... 

Midea 9.0 kg

Moga-moga pengganti ini turut memberikan khidmat tanpa ragu-ragu ... Berkhidmat lah dengan setia ... Berkhidmat lah tanpa jemu ... Berkhidmat lah dengan jujur dan ikhlas ... Aku selaku tuan punye tak diiktiraf berjanji akan membelai pengganti baru nie ... Huhuhu ... Ape punyer entry daaa ...

Alhamdulillah ...

TAZKIRAH JUMAAT #32 | ISTEMEWA NYA WANITA@IBU@UMMI@MAK@MOMMY ...


Kisah nie aku dapat daripada group whatsapp kengkawan ... Saje kongsi untuk manfaat bersama ... Berdiri bulu roma bila membaca nya ...

Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"      



Allah menjawab : "Sudahkah
engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".    

Malaikat menjawab dgn takjub, "Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, "Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."      

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Allah melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita. Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri ... Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.


Dia berkorban demi orang yang dicintainya, Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, Dia begitu bahagia mendengar suara kelahir ...

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."    
   
"CINTANYA TANPA SYARAT"



Allahuakbar ... Ditujukan khas kepada semua  wanita yang membaca entry ini. Istimewanya seorang IBU dan beruntungnya dijadikan sebagai seorang wanita ... Hargailah mereka sementara masih ada kesempatan ...

Wallahua'lam ...
Semoga bermanfaat untuk semua ...


Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

Entry #throwback, hutang kena lah bayar kan ... Episod jalan2 tahun lepas ...

Sambungan cerita dari episod-episod yang lepas ... Setelah kekenyangan makan kenduri ... Dan tido kepenatan kat RTR ... Keesokkan pagi nyer kami pun jalan-jalan sekitar Lenggong ... Banyak tempat-tempat menarik kat sini sebenar nyer ... 

Lembah Lenggong nie merupakan tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak zaman batu @ Paleolitik telah ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Galeri Arkeologi Lembah Lenggong jer kami sempat singgah ... Bagus tempat nie ... Banyak info diperolehi ... Teringat plak zaman belajar sejarah dulu-dulu ...


Aku pening sebenar nyer, muzium ker galeri ... Adoiii ... Oooo, rupe nyer dulu muzium, ler nie baru  tukar ke galeri ... OK 


Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak (Perak Man), rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990.





Rangka manusia paling tua ditemui di Malaysia terdapat di Lenggong. Tengok tu, Perak Man pun ada ic tau ...



Kehidupan masa zaman batu ...


Pada 2012, UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO.


Kat luar galeri nie ada sudut santai ... Dia orang letak beberapa permainan tradisional ... Layanzzz ... 


Lenggong pun terkenal kerana hidangan ikan air tawarnya. Makanan istimewa tempatan adalah pekasam, iaitu ikan yang diperap bersama garam dan beras bakar, dan biasanya diperam dalam tempayan ... Apelagi memborong ler Kami ...

Tamat sudah cerita percutian singkat Kami kali ini ... Agak terkilan tak sempat singgah Lata Kekabu ... Cuaca dan masa yang tak mengizinkan ...

Tq Wikipedia ...

CPUV Nuffnang #52 | TGIF - Meal For Two, CPUV Nuffnang #53 | DiGi Postpaid


Punyalah huru-hara sampai nak update entry pun Tak sempat ... Ditambah plak penyakit malas datang bertandang ... Alhamdulillah, rupe2 nyer ada jugak rezeki saya ... Kali ni kempen daripada TGIF - Meal For Two & DiGi Postpaid ...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... 
Sob ... Sob ... Sob ... 


Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ... 



Wordless Wednesday - 64 | Hujan ...


Bantu Azzri Fickri Lawan Kanser Tulang

Image viaYoutube Finn Tan

Siapakah Azzri Fickri?

Azzri Fickri bin Md Yusslin berumur 24 tahun merupakan seorang graduan jurusan perniagaan di UiTM Puncak Alam, Selangor.

Walaupun masih muda, Azzri Fickri telah menghidap penyakit kanser tulang yang serius sejak lebih kurang empat tahun lalu

Tahap kesihatan Azzri Fickri kini semakin tenat memandangkan penyakit kanser yang dihidapinya bertambah buruk dari masa ke semasa. Sel-sel kanser itu telah merebak ke bahagian tulang belakang, hati, bahagian tulang yang lain dan juga ke otaknya. Azzri kini lumpuh sepenuhnya di bahagian kanan badan, manakala hanya bahagian kanan paru-parunya yang masih berfungsi.


Harapan terakhir Azzri adalah untuk sentiasa berada di samping isteri tercinta serta melihat 3 orang adik perempuannya membesar dan berjaya dalam hidup ...

Ikuti kisah selanjut nyer kat SiNi dan bantu beliau untuk kembali pulih ...

TUNDUKKAN PANDANGANMU



Reminder to all of us
____________________________

بِيسمِ اللَّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم 

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:

1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.

3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.

Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"

Suami menjawab,"Ya, mahu."

Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."

Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"

Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah,
tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."

Rasulullah bersabda:

"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "

"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.

Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"

Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."

Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."

Kalau Tak Suka, Pulangkan ...

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama. 



Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.



“Horey! ...Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.

Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma...
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

————————————————————

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

————————————————————

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

—————————————————————

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..

Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.


Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..


Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan ...

CPUV Nuffnang #49 | Sunsilk Pink Variant, CPUV Nuffnang #50 | Winpro Unza - Safi Rania Gold, CPUV Nuffnang #51 | Asiapromoted : HITV Immunotherapy

CPUV Nuffnang #49 | Sunsilk Pink Variant,
 CPUV Nuffnang #50 | Winpro Unza - Safi Rania Gold,
 CPUV Nuffnang #51 | Asiapromoted : HITV Immunotherapy

Ishhh, malas plak rase nyer nak wat entry pepanjang ... So ringkas jer lah kali nie ... Terima kasih #nuffnang ... Harap2 banyak lah pendapatan nyer nanti ... Errkkk ada GST ker ??? 

Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... 
Sob ... Sob ... Sob ... 


Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ... 

CPUV Nuffnang #46 | Audi Brand Campaign [PC], CPUV Nuffnang #47 | Expedia BPG (MATTA) Media, CPUV Nuffnang #48 | Mc Donalds Frozen Fanta

Alhamdulillah ... Nampak seperti satu permulaan yang baik untuk bulan April 2015 ... Seawal minggu pertama bulan ini, #nuffnang dah bagi hadiah ... 

CPUV Nuffnang #46 | Audi Brand Campaign [PC]
Tengah promote kete Audi kot ...
Cantik design nyer ...

CPUV Nuffnang #47 | Expedia BPG (MATTA) Media
Klik ler banner kat atas nie untuk mengetahui promosi terkini ...

CPUV Nuffnang #48 | Mc Donalds - Frozen Fanta 
Ehhh ... 
Boikot ... Boikot ...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... 
Sob ... Sob ... Sob ... 


Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 




Alhamdulillah ...