Misi Perabih Duit ...

Haaa ... Aku ada misi anak beranak ari nie .... Dah lama aku plan misi nie ... Dekat nak seminggu jugak lah ... Bukan main excited lagi anak-anak aku ... Abang Ngah ler yang paling gembira sekali ... Suke ler dia orang nak melaksanakan misi perabih duit nie ...


Pameran Buku di Dewan Gombak Setia ...


Nampak tu ... Banyak komik nak dipilih kat belakang tu ...

Maka ari nie pagi-pagi lagi dah bangun dan tak sabar-sabar dah ... Biasa nyer kalau hari cuti bukan main susah lagi nak bangun ... Selagi ibu nyer tak jadi singa sedap jer dia orang dok golek-golek ... Hari nie macam senang ler sikit ... Suruh sume cepat jer buat ... Bebudak, biasalah kan ...

Pameran bukak pukul 10 pagi ... Dekat jer ngan umah aku, maka kami anak beranak + uwan nyer bersama-sama menyihatkan badan dengan berjalan kaki ... Alhamdulillah selamat sampai, laju jer memasing ... Masih awal kot, maka orang tak berapa ramai lagi ...


Nie hasil rembatan Fatiha ...


Nie untuk ibu & abah nyer ...


Nie plak hasil rembatan Abang Long ngan Abang Ngah ...
Bebudak nie, komik jer yang dia orang tau ...

Kalau ada yang berminat leh ler singgah ...
Ada diskaun ...
Kelengkapan lain seperti alatulis pun ada ...
Dewan Gombak Setia ...
10.00 pagi - 10.00 malam ...
Jommmm ...

WordLESS Wednesday - 41




Photo: ‎Terkini | Gaza 10.50 pm | Perang Hari ke-51

Apabila berkumpulnya warna hijau al-Qassam, warna hitam Sarayaa al-Quds, dan warna kuning Fatah, maka sesungguhnya ianya adalah kemenangan rakyat Palestin di Gaza dan para pejuangnya yang diketuai oleh al-Qassam dan Sarayaa al-Quds.

Sumber : غزة الان

#BulanKemarahanUmmah
#GazaUnderAttack
#DedaunHancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تنتصر

Menderma ke Palestin bersama Aman Palestin ;
http://on.fb.me/1zoCkpO

Million Souls Fight For Gaza Petition :
http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html‎



#PrayForGaza
#SaveGaza
#SavePalestine

Alhamdulillah ... Al Qassam Terbaeekkk ...



Alhamdulillah ... Akhirnya genjatan senjata selama sebulan telah dipersetujui antara Hamas dan Israel ... Dalam tempoh tersebut Tuntutan Palestin akan terus dibincang dan diperhalusi lagi ...



Mereka sedang meraikan kemenangan dengan bertakbir dan bertahmid ... Pemimpin Hamas pula sedang ditemuramah oleh wakil media antarabangsa ... Sementara ITU pemimpin Israel enggan ditemuramah ... He he he ... Malu ler tu ...
,
Kita amat berharap kemenangan yang nyata ... Sementara itu semua umat islam perlu bersedia, takut2 Israel mencabuli gencatan senjata / merancang sesuatu yang lebih menyayat hati ... Kalau gencatan senjata bermakna belum menang secara rasmi ... Al Qassam sentiasa perlu bersedia ...


Umat Islam perlu bersatu menentang penjajahan Zionis laknatullah, korbankanlah apa sahaja samaada harta, wang ringgit, tenaga dan masa untuk saudara-saudara kita yang dizalimi di Palestin. Hantarkanlah doa kalian semua setiap hari selepas solat demi kebaikan dan kesejahteraan saudara-saudara kita disana. Bacalah qunut nazilah diwaktu solat subuh sebagai satu doa untuk keselamatan saudara-saudara kita di Palestin, semoga Allah SWT hancurkan musuh-musuh Islam yang zalim yang sedang meratah darah saudara-saudara kita di sana.



Sumner : Aqsa Syarif

#PrayForGaza
#SaveGaza
#SavePalestine.

Sayu nyer ... Pilu nyer ...

Tak dapat aku menahan air mata selepas melihat anak kepada Allahyarhamah Mastura Mustaffa menangis di sisi jenazah ibu nya.







Sayu melihat anak yang sudah paham tentang erti kasih sayang dan erti sebuah kematian ... duduk sendirian terjelepuk memeluk keranda bonda tersayang ...

"Tolong la buka skit pon tak pe la ...
Adik nak tengok muka mama, adik nak cium pipi mama ..."

Itu lah kata-kata yang diungkapkn oleh Muhriz Marzaidi - 10tahun, anak Allahyarhamah Mastura Mustapa yang ingin menatap dan mengucup pipi ibunya.

Ya Allah, Kau Berikanlah Kekuatan Dan Ketabahan Yang Tinggi Kepada Anak Ini Untuk Menempuh Ujian Mu Yang Hebat Ini ...

Antara foto-foto lain yang menyentuh jiwa aku hari nie ...


Alif Hazim, 2, anak kepada mangsa krew penerbangan pesawat MH17, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin memeluk keranda arwah ibunya sebelum disembahyangkan. FOTO Salhani Ibrahim


Abderrahman kehilangan bapanya, Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang menjadi mangsa korban nahas MH17 ... Didukung oleh sahabat arwah semasa solat jenazah ...

Sumber : FB

TAZKIRAH JUMAAT #17 : RUMAH ALLAH


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

*********

Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T. Orang Islam menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.

Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

PADA keseluruhannya Kaabah adalah suatu binaan mulia yang penuh dengan keberkatan. Al Tabrani meriwayatkan di dalam al-Mu`jam al-Kabir daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW menyatakan: “Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas Kaabah, setiap hari 60 untuk orang yang melakukan tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya.”

Hajarul Aswad
Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga. Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu.
Semoga info ini berguna untuk kengkawan ... Amat berharap dapat mengunjungi Rumah Allah ini ... Insyaallah ...

Lokasi Pengkebumian @ Persemadian MH17

MH17 : Senarai Lokasi Pengkebumian @ Persemadian Jenazah.


PUTRAJAYA:
----------------------
1. Ahmad Hakimi Hanapi (L)- Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 2

2. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20


KUALA LUMPUR: 
-------------------------------
1. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Tanah Perkuburan Batu Muda, Gombak.

2. Dora Shahila Kassim (P) - Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara.

3. Mabel Anthony Samy (P) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi).

4. Paul Rajasingam / Sivagnanam (L) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi).


SELANGOR: 
---------------------
1. Foo Ming Lee (L) - Nirvana Memorial Park, Shah Alam.

2. Karamjit Singh Karnail Singh (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

3. Ng Qing Zheng (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

4. Angeline Premila Rajandaran (P) - Jenazah dihantar ke Bandar Bukit Tinggi 2, Klang.


NEGERI SEMBILAN: 
----------------------------------
1. Mastura Mustafa (P) - Tanah Perkuburan Paroi, Negeri Sembilan.

2. Lee Hui Pin (P) - Taman Peringatan Nilai.


JOHOR:
-------------------
1. Elisabeth Ng Lyeti (P) - 14-21, Lorong Perkasa, Jalan Haji Jaib, Muar.

2. Mohd Ali Md Salim (L) - Tanah Perkuburan Kg.Raja, Muar.

3. Hasni Hardi Parlan (L) - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Segamat.


PERAK:
---------------
1. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun.

2. Chong Yee Pheng (P) - Paradise Memorial Park, Chemor.

3. Azrina Yakob (P) - Tanah Perkuburan Masjid AL Hidayah, Taiping


SARAWAK: 
------------------
1. Ariza Ghazalee (P) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching.

2. Muhammad Afif Tambi (L) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching.

Salam Takziah MH17


Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ... Semoga roh mereka2 ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Semoga keluarga redha dan tabah menghadapinya ... Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... Al-Fatihah ...

Princess Tiha Demam ...

Princess umah Kami nie demam ... Sian die ... Dari minggu lepas demam ... Makan ubat ok lah demam nyer ... Lepas tu demam balik ... Isnin malam bawak gie hospital, suhu mencecah 39'c ... Tinggi suhu tu untuk kanak-kanak 6 tahun ... Dengan segera ubat demam diberi ... Perlu makan kejap-kejap tu jugak ... Sian princess kena paksa makan ... Buat pengetahuan korang, anak2 aku semua nyer susah makan ubat, tak tau lah kenapa ... Lepas tu tunggu giliran nak jumpa Dr ... Oleh kerana masa menunggu yang terlalu lama semua nyer dah tertewas ... Memang dah lewat sangat masa tu, dah hampir 12.30 pagi ... Dengan hampa kami balik sebab dah tak larat menunggu ... 


Keesokan hari nyer princess kami masih demam ... Aku agak fobia bila bebudak nie demam berlarutan, ini adalah disebabkan kes-kes yang lepas ... Huisshhh, risau korang ... Aku pun bawak ler ke Klinik Kesihatan Gombak ... Dekat jer ngan umah aku nie ... Aku pergi belah petang, coz klinik tutup waktu tengahari ... Agak lewat jugak aku gie coz kebetulan hujan agak lebat tengahari tu ... Sebaik orang tak berapa ramai ... Tapi jenuh jugak ler menunggu ... 


Memula tu jumpa misi ... Misi cakap gusi belakang bengkak & terkoyak mungkin gigi geraham nak tumbuh ... Mungkin ini juga yang menyebabkab princess demam agak lama ... Ulser pun ada jugak, menyebabkan princess xmo makan ... So, agak lambat ler nak recover balik ... Disebabkan demam yang berlarutan misi mencadangkan ujian darah dilakukan ... Huisshhh, aku yang ngeri bab-bab cucuk nie ... Nangis plak princess masa ambik darah nie ... Peh pemeriksaan darah baru lah jumpa Dr ... Berdebar-debar jugak aku masa nie ... Mana lah tau kan ... Alhamdulillah hasil pemeriksaan tidak menunujukkan ape-ape yang menakutkan especially denggi lah kan ... So, dapat ler sebakul ubat-ubatan ... Sekarang nie sedang continue jer ubat-ubatan yang diberi ... Alhamdulillah, ada nampak sihat sket, cuma ulser & bengkak gusi tu ada lagi ... 


Semoga princess umah Kami nie cepat sembuh ... Kembali sihat dan ceria seperti selalu ... Sian Putra takde kawan ...


p/s : Nanti dah sihat kita cari anak patung Elsa eak ... Boleh ler princess nyanyi sama-sama ... "Let it go ... Let it go ..."

Suami Tertekan ...



KISAH SUAMI YANG TERTEKAN

ISTERI : Kenapa abang call?

SUAMI : Abang tertekan.

ISTERI : Abang ok?? Abang adamasalah apa? Citer la kat saya...

SUAMI : ??? Saya tertekan jer...Mana ada masalah apa-apa...

ISTERI : Kalau abang ada masalahcerita laa....

SUAMI : Masalah apa nye... Sayaok jer... Saya cuma tertekanjer...

ISTERI : Ye la... Kalau abangtertekan.. abang kena cerita katsaya...

SUAMI : Adoii… Tertekan pun kenacerita ke? Masa keluarkan telefon dari poket, saya tertekan nombor telefon awak , saya dah cakap‘TERTEKAN’ tapi awak tak faham-faham…ni yg buat aku betul2 tertekan ni!!

ISTERI : Laaaa...

Tuntutan Palestin

Sedar atau tidak perang di Gaza@Palestin dah masuk hari ke-38. Zionis laknatullah terus mengganas. Dalam beberapa hari sahaja jet pejuang dan peluru pepandu Zionis telah meragut nyawa ratusan para syuhada Palestin. Dan ribuan orang tua, wanita dan anak-anak kecil cedera disebabkan pengeboman bertalu-talu tiada peri kemanusiaan oleh musuh Allah Zionis  laknatullah. Bangunan-bangunan tempat kediaman hancur berkecai hasil daripada ledakan bom-bom buatan Amerika yang dibekalkan secara percuma kepada anak emas Amerika ini.

 Lantaran itu usul gencatan senjata telah diberi ... Namun mereka lebih berhati-hati kini ... Mereka tidak mahu tertipu lagi ... Beberapa tuntutan dibuat dan perlu dipenuhi ...

Berikut adalah beberapa tuntutan- tuntutan delegasi Palestin yang telah  telah didedahkan :

1. Laksanakan gencatan senjata dan tentera Zionis haruslah berundur dengan kadar segera dari semua sudut sama ada darat, udara, dan laut.

2. Membuka laluan- laluan sempadan antara semenanjung Gaza dan Israel serta memudahkan pergerakan barangan- barangan, individu- individu antara Tebing Barat dan Gaza melalui laluan Karem Shalom, dan Erez/Beit Hanoun.

3. Pihak Zionis mestilah menghentikan kawasan penampan atau 'Buffer Zone' di timur semenanjung Gaza serta membenarkan orang- orang awam dan petani- petani bergerak bebas tanpa diancam. Selain menyerahkan kawasan penampan tersebut kepada pihak berkuasa keselamatan Palestin.

4. Meluaskan kawasan penangkapan ikan sehingga 12 batu Nautika serta wajib menghapuskan kepungan dari sudut ekonomi dan harta ke atas Gaza tanpa ada sekatan daripada Israel.

5. Meneruskan projek pembinaan pelabuhan laut serta melepaskan tawanan- tawanan Palestin semasa 'Perjanjian Shalit' yang telah ditawan semula oleh pihak ZIonis.



Umat Islam perlu bersatu menentang penjajahan Zionis laknatullah, korbankanlah apa sahaja samaada harta, wang ringgit, tenaga dan masa untuk saudara-saudara kita yang dizalimi di Palestin. Hantarkanlah doa kalian semua setiap hari selepas solat demi kebaikan dan kesejahteraan saudara-saudara kita disana. Bacalah qunut nazilah diwaktu solat subuh sebagai satu doa untuk keselamatan saudara-saudara kita di Palestin, semoga Allah SWT hancurkan musuh-musuh Islam yang zalim yang sedang meratah darah saudara-saudara kita di sana.

#‎PrayForGaza‬
‪#Save‎Gaza
‪#‎SavePalestine

Ramly Burger


Sekarang nie kan tengah hebat dengan agenda boikot satu produk nie kan ... Tak payah saya nyatakan kat sini kengkawan pun dah tau ... So, lanjutan daripada itu, bila kita nak bokiot, kita mesti lah cari produk alternatif ... #RamlyBurger adalah salah satu alternatif yang boleh dipertimbangkan ... Saya rase ada lagi produk-produk lain yang boleh dijadikan pilihan ...

Berikut senarai cawangan Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café utk rujukan kengkawan ...

Cawangan kiosk Ramly Halal Mart :

1) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
56-G, Tingkat Bawah, Jalan 42/26,
Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603-4021 2896

2) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No 25G & 23G, Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9281 3231 Fax: 603-9281 0146

3) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No. 12, Jalan 29/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6185 3526

4) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
Lot 35, Pesiaran Mewah,
Kawasan Penindustrian Bandar Tun Razak,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9172 6617 Fax: 603-9172 1222

5) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No. 132A, Wisma Akar, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-2691 8952 Fax: 603-2691 42

6) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No 43 & 45 GF, Jalan Kasuarina 2/KS 07,
Bandar Botanik, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-3325 1463

7) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No. 9 & 11G, Jalan Klang Sentral 10/KU5,
Taman Klang Sentral, Bukit Raja Meru,
41050 Klang, Selangor.
Tel: 03-3341 7554

8) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No33 (Ground Floor), Jalan Medan Pusat 2D,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 603-8925 2653 Fax: 603-8925 0289

Selain itu juga, terdapat kiosk yang terletak di LRT dan pusat beli-belah :
- LRT Dato’ Keramat
- LRT Kelana Jaya
- Foodcourt AEON Big Kota Damansara
- 56-G Jalan 42/26, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
- Halal Kiosk cawangan Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur
- Klang Sentral
- Akan Dibuka: Putrajaya (Presint 15 berhampiran Mydin Putrajaya – September 2014)




TAZKIRAH JUMAAT #16 : KISAH NABI IBRAHIM

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim Alaihissalam, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.


Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

Kalau ada rasa sangsi dengan kaedah memboikot ... Renung2kan lah ...

Ensiklopedia Solat


Semalam dapat parcel ... Aku kat belakang masa tu and terdengar bunyi hon lori ... Bingit sungguh bunyi nyer ... Aku pun jengok cepat-cepat ke luar ... Oh ada orang hantar barang rupe nyer ... Tu ler die barang nyer ... 


Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga. Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:

  • Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  • Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  • Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  • Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  • Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  • Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.


Tengok lah tu macam-macam ada kan ... Aku tak beli pun buku nie ... Aku menang  contest kat blog ... Hadiah terbaik pernah aku menang setakat nie ... Aku rase bertuah sangat coz dapat memiliki buku nie ... Semoga memberi manfaat buat kami seisi keluarga ... 








Terima kasih jugak aku ucapkan kepada penganjur contest nie ... 
Jom terjah kengkawan ...



Soalan UPSR Susah ...

...Sebenar nyer aku dapat soalan nie dari semalam lagi ... Dari salah satu group whatsapp yang aku ada ... Excited gile aku nak menyelesaikan nyer ... Baca sepintas lalu, eleh kacang jer nih ... Baca lagi sekali, eh cam pelik jer ... Baca lagi nak bagi paham, eh cam tak cukup sifat jer soalan nie ... Tengok sekali imbas, rase tak boleh selesai soalan nie ... Sebenar nyer soalan nie boleh diselesaikan ... Bagi saya lah gaya soalan cam nie cam tak sesuai jer untuk UPSR ... Kengkawan rase cam ner ? Kengkawan tahu ker jawapam nyer ? Try ler jawab kengkawan ... Bagi sel-sel otak berhubung balik ... Hehehe ...

WordLESS Wednesday - 39

Adab Menziarahi Kubur ...



Alhamdulillah ... Rase nyer dah hampir seminggu kite semua beraya ... Ramai antara kita yang balik ke kampung, malah dah ade yang kembali ke kota dan dah start keje dah pun ...

Semasa cuti beraya ari tu macam-macam hal berlaku ... Aku plak terkejut bila dapat whatsapp gambar sorang mamat nie, sape ker name & rupe aku tak buh lah ... Mamat nie dah bergambar selfie atas kubur ... Aku tak berapa setuju ngan tindakan mamat nie ... Habis satu Malaysia kecoh ... Biasa lah kan Orang Malaysia ... Berbakul-bakul ler makian yang mamat tu dapat ... Orang lain buat hal, satu Malaysia dapat dosa ... Hehehe ... Biasa lah kan Orang Malaysia ...

Dengan rasa rendah diri, aku anggap lah Mamat nie tak tau adab-adab menziarahi kubur ... Aku rase ramai jugak antara kita yang tak tahu ... Aku sendiri pun ada yang tak tahu jugak ... Maka dengan ini gigih ler aku mengorek sana sini ... Teringin plak nak kongsi ngan korang ilmu yang aku dapat nie ... Mungkin ler adab nie ada banyak sebenar nyer, tapi aku senaraikan yang penting je lah ...

Islam sebagai agama yang syumul tidak meninggalkan sesuatu amalan atau perkara melainkan ia membimbing kita kepada apa yang bermanfaat dan menjauhkan kita dari apa yang memudaratkan. Begitu lah juge ngan amalan ziarah kubur di mana Islam telah memberikan sejumlah adab yang perlu kita perhatikan, iaitu:

[1] Membetulkan Tujuan Ziarah Kubur.

Tujuan ziarah kubur ialah supaya ia memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.

Oleh kerana itulah kita turut dibolehkan menziarahi kubur orang bukan Islam kerana yang dikehendaki ialah manfaat bagi penziarah dan bukan yang diziarah.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menerangkan :

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah ziarah ke kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang-orang di sekeliling baginda turut menangis. Maka baginda bersabda: “Aku pernah meminta izin Tuhanku untuk meminta ampun kepadanya namun aku tidak diizinkan. Aku pernah meminta izin kepada-Nya untuk ziarah kuburnya dan aku diizinkan. Maka ziarahlah kubur kerana sesungguhnya ia mengingatkan kalian kepada kematian.”

Berdasarkan hadis di atas dapat kita pelajari bahawa:

    Dibolehkan ziarah kubur orang bukan Islam.

    Dilarang berdoa kepada ahli kubur orang bukan Islam.

    Tujuan ziarah ialah mengingatkan penziarah kepada kematian. Sekali lagi, tujuan ziarah ialah supaya memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah.

Jika seseorang itu ingin memberi manfaat kepada ahli kubur yang muslim seperti berdoa dan menghadiahkan pahala, dia boleh melakukannya di mana jua. Ini kerana yang akan mengabulkan doa dan memberikan pahala ialah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Allah boleh melakukan semua itu tanpa mengira di mana lokasi jenazah.

[2] Tidak Melakukan Perjalanan Jauh Untuk Ziarah.

Oleh kerana tujuan ziarah kubur ialah memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah, Islam melarang kita daripada melakukan perjalanan jauh semata-mata untuk ziarah kubur. Ini kerana mana-mana kubur berhampiran dengan tempat bermastautin seseorang sudah cukup untuk dijadikan sebagai amalan ziarah.

Islam melarang kita dari melakukan perjalanan jauh untuk tujuan ibadat melainkan perjalanan ke tiga lokasi: Masjid Nabawi di Madinah, Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid al-Aqsa di Palestin. Apa-apa perjalanan jauh selain ke tiga lokasi mulia tersebut adalah dilarang, termasuklah perjalanan ke kawasan perkuburan.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Tidak boleh bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid, iaitu al-Masjid al-Haram (di Mekah), Masjid Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Palestin).
Berdasarkan hadis ini, tidak boleh mengadakan satu perjalanan yang khusus atas tujuan ibadat kecuali ke tiga masjid di atas. Ibadat yang dimaksudkan ialah apa yang lazim dilakukan dalam masjid dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala (taqarrub) seperti solat, iktikaf, doa, zikir dan membaca al-Qur’an.

Ada pun perjalanan selain itu, seperti dakwah, jihad, menuntut ilmu, berniaga, ziarah ahli keluarga, mengambil iktibar dari kesan kemusnahan umat yang lalu dan melancong mengecapi keindahan alam ciptaan Allah, ia tidak termasuk dalam perbincangan hadis. Dalilnya adalah amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat pada zaman baginda, mereka lazim melakukan perjalanan kerana dakwah, jihad, menuntut ilmu, berniaga dan menziarahi ahli keluarga. Ada pun perjalanan demi ibadat, mereka tidak melakukannya melainkan ke tiga masjid yang utama di atas.

Hikmah terbesar larangan di atas ialah untuk menutup sebarang pintu-pintu kesyirikan yang mungkin berlaku di kalangan umat Islam, seandainya di antara mereka ada yang menyakini sesuatu lokasi umpama perkuburan, masjid dan lain-lain memiliki keberkatan lalu melakukan perjalanan semata-mata ke sana untuk beribadat.

[3] Tidak Melakukan Perayaan Di Perkuburan.
Perayaan adalah satu sambutan di mana orang-orang berhimpun pada tarikh tertentu dan kadangkala ia diulang-ulang pada kekerapan tertentu, umpama setiap tahun. Islam melarang kita dari menjadikan perkuburan atau amalan ziarah kubur sebagai satu perayaan.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah ke atasku kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku di mana jua kalian berada.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang paling mulia sepanjang zaman. Nah! Jika kita dilarang menjadikan kubur Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai tempat perayaan, sudah tentu kubur-kubur lain turut dilarang untuk dijadikan tempat perayaan.

Haaa ... korang sedar atau tidak, ia sebenarnya adalah satu perayaan di mana kaum keluarga berhimpun pada pagi 1 Syawal setiap tahun di perkuburan kaum keluarga yang tersayang. Perayaan seperti ini dilarang sebenar nyer ... Wallahhua'lam ...

Hadis di atas memiliki beberapa pengajaran lain yang tidak kurang penting:

    Dianjurkan membuat sambutan perayaan di dalam rumah dengan kekerapan tertentu di mana kaum keluarga berhimpun untuk saling bertanya khabar dan mengeratkan silraturahim. Tarikh ini tidak terhad kepada 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri) dan 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidil Adha) tetapi boleh diperluaskan kepada tarikh-tarikh lain yang dianggap sesuai bagi semua kaum keluarga.

    Boleh berselawat kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana jua kita berada kerana ia akan tetap sampai kepada baginda. Amalan “kirim salam kepada Rasulullah” yang dititip kepada para jama’ah haji dan umrah adalah amalan bagi orang yang tidak memiliki ilmu dalam agama.

[4] Mengucapkan Salam.

Apabila memasuki kawasan perkuburan Muslim, ucapkanlah salam kepada mereka. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mengajar beberapa ucapan, salah satu darinya ialah:

Salam sejahtera ke atas kalian wahai penduduk negeri kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian.

[5] Tidak Mengucapkan Perkataan Yang Keji Dan Batil.
"Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil."

Perkataan keji dan batil terdiri dari tiga jenis:

    Berbicara urusan dunia seperti naik turun harga saham, kenaikan harga barang runcit dan petrol, urusan pejabat, urusan keluarga dan lain-lain. Semua perbicaraan ini akan menjauhkan penziarah dari tujuan ziarah, iaitu “…melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat.” Perkataan seumpama ini menzalimi diri penziarah itu sendiri.

    Mencela, mengkritik dan menyebut aib jenazah yang dikebumikan di perkuburan itu. Perkataan seumpama ini menzalimi jenazah dan dosa kesalahan akan kembali kepada penziarah itu sendiri. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

Jangan mencela orang-orang yang sudah meninggal dunia kerana mereka sudah sampai kepada apa yang mereka lakukan.

    Berdoa kepada jenazah, meminta sekian-sekian hajat dan perlindungan dengan harapan jenazah dapat memakbulkan doanya atau jenazah memberi pengaruh kepada Allah agar Allah memakbulkan doanya. Ini menzalimi Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana doa adalah hak Allah, kepada Allah jua kita memanjatkan doa dan kepada Allah jua kita mengharapkan ia dikabulkan.

[6] Tidak Memakai Kasut Atau Selipar.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah melihat seorang lelaki yang berjalan di antara kubur dengan memakai sepasang kasut, lalu baginda menegurnya:

“Wahai pemilik kasut al-Sibtiyyah! Celakalah engkau! Lemparkanlah kasut al-Sibtiyyah engkau itu.”

Maka lelaki itu menoleh lalu tatkala mengenali yang menegur itu ialah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dia membuka kedua-dua kasutnya itu dan melemparnya.

Oleh itu apabila berjalan di antara kubur atau di celah-celah kubur, tanggalkanlah kasut atau selipar. Jika kawasan perkuburan itu tidak sesuai untuk berjalan tanpa alas kaki, maka memadai berdiri di tepi kawasan kubur. Ini kerana manfaat ziarah kubur dapat diperolehi oleh penziarah dengan berdiri di tepi perkuburan, tidak semestinya di tengah-tengah perkuburan.

[7] Tidak Solat Di Kubur.
Kita dilarang dari mendirikan solat di kubur kecuali solat jenazah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

Laksanakanlah dalam rumah kalian sebahagian dari solat-solat kalian dan jangan kalian jadikannya kuburan. 

Kita juga dilarang dari solat menghadap kubur :

Jangan duduk di atas kubur dan jangan solat kepadanya.

Pengecualian diberikan kepada solat di dalam Masjid al-Nabawi di Madinah kerana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pembesaran masjid telah menyebabkan kubur Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terletak di dalam masjid. Ini menyebabkan sebahagian jamaah terpaksa solat dengan menghadap kepada kubur baginda. Suasana ini dimaafkan dengan syarat orang itu tidak sengaja memilih tempat di belakang kubur baginda untuk solat dan hati serta fikirannya tidak tertuju kepada kubur baginda ketika solat.

[8] Tidak Membaca al-Qur’an Di Kubur.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.

Hadis ini mencakupi dua maksud:

    Rumah yang tidak dibacakan al-Qur’an umpama perkuburan, maka bacalah al-Qur’an di dalam rumah khasnya surah al-Baqarah.

    Perkuburan bukan tempat membaca al-Qur’an, kerana itulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadikan perkuburan sebagai perumpamaan rumah yang tidak dibacakan al-Qur’an di dalamnya.

Jika seseorang ingin menghadiahkan bacaan al-Qur’an kepada sesiapa yang sudah meninggal dunia, dia boleh melakukannya di mana jua. Dia tidak perlu duduk di sebelah jenazah di perkuburannya.

[9] Tidak Melakukan Penyembelihan Di Kubur.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

“Tidak ada penyembelihan untuk dipersembahkan di dalam Islam.” Berkata ‘Abd al-Razzaq (pengarang kitab hadis al-Musannaf): “Dahulu mereka (orang jahiliyah) menyembelih lembu dan atau kambing di sisi perkuburan untuk dipersembahkan (kepada ahli kubur).”
Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani hafizahullah menerangkan:

Apabila penyembelihan dilakukan di perkuburan sebagai amalan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah maka ia adalah bid’ah. Namun jika penyembelihan dilakukan untuk ahli kubur, maka ia adalah syirik besar yang mengeluarkan pelakunya dari Islam.

[10] Tidak Memijak Kubur.

Jabir radhiallahu ‘anh menerangkan:

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang dari mengkapur kubur, menulis di atasnya, membuat binaan di atasnya dan memijaknya.

Terdapat empat larangan dalam hadis ini:

    Dilarang mengkapur kubur, yakni mensimenkannya atau membuat binaan konkrit, jubin, marmar dan sebagainya. Kapur ialah teknologi binaan zaman Rasulullah sebagaimana simen pada zaman kini.

    Dilarang menulis di atasnya, umpama menulis nama dan doa-doa di batu nisan atau menulis ayat-ayat al-Qur’an di binaan sekeliling kubur. Namun boleh membuat tanda untuk mengenali kubur umpama susunan batu berdasarkan tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang meletak batu di sebelah kubur ‘Utsman bin Mazh’un radhiallahu ‘anh dengan sebab :

 Aku memberi tanda dengan batu ini untuk kubur saudaraku dan di sinilah akan dikebumikan sesiapa yang meninggal dunia dari kalangan ahli keluargaku.

    Dilarang membuat binaan di atas kubur umpama masjid, kubah, tembok dan sebagainya. Jika dibimbangi kubur akan rosak disebabkan kesan alam (hujan lebat, angin kuat, peralihan tanah), boleh membuat binaan yang tingginya tidak lebih sejengkal sekadar untuk memelihara keutuhan kubur.

    Di larang memijak di atas kubur. Boleh berjalan di antara dan di sekitar kubur namun jangan di atas kubur.

[11] Tidak Bersandar Kepada Kubur.

 ‘Amr bin Hazm al-Anshari radhiallahu ‘anh menceritakan :

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat aku bersandar kepada sebuah kubur lalu baginda berkata: “Jangan menyakiti ahli kubur ini”

[12] Tidak Duduk Di Atas Kubur.

Dilarang duduk di atas kubur berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam :

Sungguh, jika seseorang kalian duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai kulitnya lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur.

Larangan di atas ditujukan kepada orang yang duduk tepat di atas kubur. Dibolehkan duduk di tepi kubur sebagaimana hadis berikut daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anh, dia berkata :

Kami menyaksikan kematian puteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (yakni Umm Kaltsum radhiallahu ‘anha). (Anas menyambung): “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk di atas kubur, maka aku melihat kedua-dua matanya menitiskan air mata."

Maksud duduk di atas kubur dalam hadis di atas ialah duduk di tepinya ketika proses perkebumian.

[13] Tidak Membuang Hajat Di Perkuburan.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

Sungguh, berjalan di atas bara api atau pedang atau aku ikat kasutku dengan kakiku lebih aku sukai dari berjalan di atas kubur orang Islam. Tidak ada beza keburukannya bagiku sama ada membuang hajat di tengah perkuburan atau di tengah pasar (kedua-duanya amat buruk, maka jangan melakukannya).

Wallahhua'lam ...

Itu jelah yang dapat dilongsikan di sini ... Haaa, ade yang kita tak tau kan ... Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama ... Insyaallah ...