Video Suspek Kes Penggal Kepala Budak ...


Semalam aku menonton berita ... 
Terkejut dengar berita kanak-kanak kena penggal kepala ... 
Semakin hari semakin kejam manusia ... 
Apa lah salah budak kecik berusia dua tahun tu ???


Mohon hubungi Balai Polis berdekatan jika ternampak atau mengetahui dimana lokasi suspek ...
Isshhh ... Kejam betul lah ...

**********
Kes Bunoh Membabitkan Kanak-Kanak.

Pada 29.5.2014 jam 9.00 malam, pihak polis telah menerima satu panggilan telefon dari orang awam, memberitahu telah ternampak seorang lelaki, sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak2 di tepi Sg. Klang berhampiran dengan Station KTM Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.

Bertindak dari maklumat tersebut sepasukan polis yg tiba di tempat kejadian telah menemui seorang kanak2 berusia lebih kurang 2 tahun 6 bulan, di dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian, mengalami cedera parah dibahagian belakang kepala pecah akibat hentakkan dan kepalanya terputus dari badan. Turut ditemui ditempat kejadian pecahan ceramic bersama kesan2 darah dan sepasang selipar disyaki milik suspek.

Siasatan polis telah berjaya mengesan ibu mangsa berusia 32 tahun, tidak mempunyai pekerjaan hidup secara gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur. Keterangan ibu mangsa menyatakan semasa melepak bersama rakannya di tgkt 4 Kotaraya pada jam 3 petang, ibu mangsa telah pergi ke tandas, sambil meminta kawannya yg sama2 melepak untuk mengawasi anaknya. Lebih kurang 5 minit, sebaik keluar dari tandas, ibu mangsa mendapati anaknya telah tiada bersama-sama rakanya yg sedang melepak. Ibu mangsa bersama-sama rakan cuba mencari anaknya di sekitar bangunan kota raya tetapi gagal menemui anak mangsa.

Hasil dari maklumat awam, seorang saksi ternampak seorang lelaki dipercayai berbangsa India, sedang mendukong seorang kanak-kanak menyusuri Sg. Klang. Orang awam berkenaan turut melihat lelaki berkenaan merebahkan kanak-kanak berkenaan, sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan dan melakukan sesuatu dileher kanak-kanak tersebut.

Melihat kejadian itu orang awam bersama beberapa orang awam bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan sebaliknya lelaki tersebut terus memukul kepala kanak2 berkenaan. Sewaktu saksi berkenaan menghampiri tempat kejadian lelaki berkenaan melarikan melarikan diri dan terjun ke dalam Sg. Kelang. Orang awam yg cuba menangkap lelaki berkenaan menyusuri Sg. Klang bagi mengekori lelaki yang berada di dalam Sungai Klang, dan nampak lelaki tersebut tengelam timbul, terus hilang dibawa arus dan mempercayai lelaki berkenaan lemas dibawa arus Sg. Kelang.
Pihak polis yg dimaklumkan mengenai maklumat ini telah menjalankan gerakan pencarian ke atas lelaki yang dimaksudkan. Gerakan pencarian dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap.

Siasatan ditempat kejadian, pihak polis berjaya mengesan pergerakan mangsa ( kanak-kanak ) sedang diekori oleh seorang lelaki berkulit gelap yg disyaki suspek yg bertanggung jawab melarikan kanak-kanak tersebut.

Kes ini dikelasifikasikan sebagai kes bunoh yang disiasat di bawah sek. 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital HKL utk dibedah siasat.

Motif mengenai kejadian masih disiasat. 


**********

TAZKIRAH JUMAAT #13 : ADAB MENDENGAR AZAN



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakaratul maut’
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya..”


Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin… amin Yarobbala’lamin ..”

Sultan Perak : Al-Fatihah & Tahniah




Penghormatan terakhir ...
Raja Dr Nazrin Shah diisytihar sebagai Sultan Perak yang ke 35. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Kereta anda rosak ? Nak servis ? Perlukan bantuan ... ???


Kereta anda rosak ? Nak servis ?
Perlukan bantuan ... ???

Sila hubungi :

M MAD AUTO SDN BHD.
No 25 Jalan Air Keroh Dalam,
IKS Putra Damai,
53300 Setapak,
Kuala Lumpur

Phone No :  0193001340 (Shahdan)
         :  0173892844 (Razlan)

Sesiapa pengguna kereta yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur @ Selangor, sila datang untuk service serta baikpulih kereta anda dengan harga berpatutan. Mempunyai pengalaman bekerja membaiki kereta selama 16 tahun. 

Terima Kasih ...

Peristiwa Isra' Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

Saya tak reti nak mengarang sendiri pasal peritiwa nie ... So saya cari ler dari sumber2 lain ... Semoga bermanfaat buat kengkawan semua ... Salam Isra' Mikraj ...

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” Surah Al-Israa’: 1). 
Wallahua’lam..

Tak Tau Nak Cite Ape ...


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk berkerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah sumber kunci menuju syurga.

Hidup bererti ujian. Namun, ia bukan penamat kehidupan. Panjatkan doa kepada-Nya. Mohon jadikan setiap ujian sebagai pencetus semangat untuk terus mara mencapai bahagia yang diredhai-Nya

WordLESS Wednesday - 30

Happy Birthday Mak ...


Selamat Hari Lahir diucapkan buat bonda tercinta ...
Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu ...
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ...
Semoga dipermudahkan segala urusan ...

Red Bull Air Race, Putrajaya

Red Bull Air Race, Putrajaya berlansung selama dua hari iaitu pada 17 Mei 2014 hingga 18 Mei 2014 ...
Ramai orang yang hadir termasuk pelancong-pelancong dari luar negara ...
Best, menarik ...
Aku gie hari Ahad jer, tu pun sebab dapat tiket phree ...
Tiket yang dijual teramat mahal ...
So, nikmati ler gambar-gambar kat bawah nie. aku malas nak bercerita ...

Tunggu nak masuk ... Ramai nyer orang ...

Lepas masuk dah ... Yang penting bergambar dulu ...
Orang pun tak ramai lagi ...


Nie bangunan ape ??

Suka sangat Abang Long ...

Pertandingan pun bermula ...

Aku suka tengok kapal terbang nih beraksi ...

Laju gile depa nie bawak ...

Berehat jap ... Sebaik cuaca agak redup, cam nak hujan ....

Hebat ...

Gambar yang paling aku suka ...

Aksi-aksi yang amat menarik ...





Selamat Hari Guru 2014


Selamat  Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia ... Khas utk guru-guru ku di Tadika Kemas,  Gombak Setia, SRK Gombak 1, SM Convent Sentul, SM Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pusat Asasi n Universiti Malaya ...

Terima kasih guru yang telah mengajarku membaca, menulis, melukis, mewarna, mengira, mengajarku erti hidup dan mengajarku mengenal diri ... Terima kasih juga buat guru terawal – mak dan abah ...


Sambutan Hari Guru 2014 di Sek. Keb. Gombak Setia

Tidak lupa juga para guru di Sek. Keb. Gombak Setia & Tadika Sempurna yang telah mendidik anak2 ku ... Jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ... Sampai bila-bila ... Terima kasih, Selamat  Hari Guru ...


Antara guru2 di SKGS ...


Sumbangan kek pemberian YB Adun Gombak Setia ...

Moga Allah merahmati segala usaha guru dan para pendidik….

Domino


Korang reti tak main permainan nih ? Sebenar nyer mende nih Abang Long punyer, dia suh aku ajar cam ner nak main ... Tapi aku tak reti, memang tak tahu lansung ... Memang x pernah main pun ... Korang tau ker main ? Meh ler ajar skit ... Hah kalau yang rajin tu leh ler buat tutorial ...

Menteri Besar Terengganu Letak Jawatan

Heee ... Ari nie aku nak cite pasal politik plak ... Kecoh dah, dekat berita pun dah kuar ...

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya  berkuatkuasa hari ini.

Aku pun tak tau plak ape sebab nyer perletakkan jawatan tu ... Dan pengganti nyer pun dah kecoh2 dah tapi tak sah lagi ler pasal blom angkat sumpah ...

Bakal pengganti yang digembar-gemburkan bakal menggantikan Ahmad Said adalah ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Sekian, terima kasih Pak Google ...

Danial Sakit Kepala ...

Kisah nyer bermula apabila anak2 demam berjemaah ... Tinggal Abang Long jer yang sihat masa tu ... Yang paling teruk Putra ... Ikuti kisah nyer di SiNi dan SiNi ... Masa nih, Danial & Fatiha pun demam, atas nasihat para jururawat dia orang pun di bawa ker Hospital Selayang juge ... Dan telah disahkan bebas dari wabak denggi masa tu ... Lepas jer Putra keluar hospital, Fatiha dah ok, tapi Danial masih kurang sihat ... Kadang-kadang mengamuk-ngamuk mengatakan dia sakit kepala ... Masa nih dah start tak datang sekolah ... Sekolah pun sehari pergi peh tu ponteng dua ari, peh tu pergi balik ... Beberapa kali ker hospital, dan dah dapat ubat2 yang bersesuaian ngan umur ... Tapi aku sebagai seorang ibu perhatikan masih sama jer ... Kesakitan masih berlaku tak tentu masa ... Sampaikan ada dua kali kejadian cikgu call dari sekolah cakap Danial tak sihat ... Kena lah aku gie ambek Danial kat sekolah, berdukung ler bawak balik rumah ... Sebaik ler sekolah depan umah jer ... Kalau korang tengok masa nih, aku nampak tenang jer, cam tak de ape2 yang berlaku tapi dalam hati, Ya Allah ...Tuhan jer yang tahu ... Beberapa kali berjuraian air mata, tapi tak de sape tahu ... Takmo bagi yang lain-lain tu down terutama nyer Mak & Abah ...

Masa nih Danial tengah sakit sangat sampai mintak ubat tahan sakit yang cocok punyer ... 
Tertido dah tu ...

Ramai jugak yang macam tak percaya Danial nih sakit kepala ... Kot2 dia berlakon coz of stress ker ... Hmmm, aku pun tak tau ler nak cakap ... Dah jenuh siasat, tapi tak de bukti-bukti yang boleh mengukuhkan pernyataan tersebut ... Lagi satu Danial nih memang jenis bercerita kalau ada ape2 kat sekolah yang dia tak puas hati or tak tau ...Masa Danial nih kena sakit kepala pun tak tentu ... Pagi, petang, malam ... And yang paling mengejutkan aku boleh tengah syok2 tido tu dia terjaga meraung-raung cakap kepala dia sakit ... Tak ker confuse aku tu ... Kekerapan sakit kepala semakin kerap, kalau pada mule nyer selang sehari, peh tu hari-hari, and paling teruk dua kali sehari ... Ya Allah, sedih nyer lah tengok Danial meraung-raung masa tu, memang sakit sangat-sangat coz habis timbul urat2 nak ker kepala tu ...Masa nih nak suh makan ubat pun susah sangat ... "Makan ubat pun pun sakit jugak" ... Masa nih memang nampak lah ubat2 tuh tak memberi kan kesan dah ... Sorry ler kengkawan, keadaan amat serabut masa tu, so memang tak ingat ler tarikh-tarikh penting kejadian sakit kepala nih berlaku ... 


Jumpa Dr. coz malam sebelum nyer kena sakit kepala yang agak lama, masa bawak jumpa Dr. nih sakit kepala dah ok, so macam main-main jer kan ... Dr. pun macam tak percaya ... Nak bagi ubat pun, tak tau dah coz ubat yang dapat tu dah tinggi ler dos nyer untuk Danial ... So, mintak masuk wad supaya Dr. boleh siasat ...

Masuk Wad 8B jugak ... Sama ngan Putra ari tu, cuma katil jer lain ...

Muka tak berapa larat, senyum terpaksa 


Masa di Hospital Danial menjalani beberapa prosedur ... Memula sekali periksa mata ... Sebab kalau ikut Dr rabun & silau pun boleh menyebabkan sakit kepala ... Rabun xde, silau yang agak kuat, Dr nasihat kan buat spek ... Cam ner lah nak buat spek dah kalau orang nyer dalam wad ... Lepas tu Dr suh peksa kot2 ada sinus, sebab Dr cakap kalau bebudak ada sinus pun boleh menyebabkan sakit kepala ... Masa aku bawak Danial xray untuk sinus nih ari Jumaat, so BigBoss balik untuk semayang Jumaat, tinggal ler aku sorang ... Prosedur-prosedur nih memakan masa yang lama ... So, Danial dah nak mengamok-ngamok dah ... Sebaik ler anak sedara aku ade masa nih, dia ler yang tolong aku menenangkan si Danial nih ... Masa nih Dr pun Danial nak sepuk tau ..."Sakit ler ... Tak tahan ... Tak tahan ..." Ya Allah masa nih memang ler mengharapkan bantuan Yang Maha Kuasa jer untuk meredakan sakit kepala Danial nih ... Dah ler BigBoss takde ... Kudrat aku yang kuat mana nih gigih jugak mendokong Danial nak bawak balik ker wad ... Huffhhh ... Mencabar sungguh ... 

Jiran Danial di wad; Kugentiran ...

Sepanjang Danial di wad BigBoss ler yang jaga ... Aku dapat datang siang jer, Putra, Mak aku yang jaga, sian Uwan ... Sian kat Putra jugak masa nih ... Dah ler baru baik dari demam denggi ... Dan yang paling sedih nyer aku terpaksa bagi Putra susu segar coz aku memang tak de buat stok susu ibu kot kot ade emergency ... Sian uwan nyer jenuh memujuk Putra minum botol ... Sorry Putra, ibu terpaksa ...

Danial belajar ...

Sebaik ler ade sekolah nie ...
Tak de ler Danial boring sangat ...


Masa nih tengah hot Kes MH370 ...Aku pun gigih ler membawa alatulis & buku untuk Danial hilang kan keboringan nyer ...


Macam-macam jadi masa Danial masuk wad nih sebenar nyer ... Setelah semua prosedur telah dibuat, peksa mata, peksa hidung ... Tapi semua nyer tak memberikan bukti-bukti nyata ape kah penyakit Danial, so Dr dah macam nak suh balik rumah jer ... Tapi kita orang berkeras jugak, bertekak ler skit dengan dr-dr tu ... Sampaikan Ketua Jabatan pun ada ... Kena ler sembur skit2 ... Ade ker nak suh kita balik and continue ubat yang ade sedang kan memang dah tau ubat2 tu tak memberikan kesan ... Kita orang tanya lah pasal prosedur CT Scan or MRI ... Dia orang macam keberatan nak buat coz Danial tak menunjukkan lansung tanda-tanda yang memerlukan prosedur2 tu dibuat ... Hmmm, hangin betul aku ngan BigBoss masa nih ... Bertekak lagi ... Dalam hati aku, takkan ler nak tunggu dah kritikal baru nak buat prosedur2 tu ... Bukan guna duit dia orang pun kan untuk menggunakan peralatan untuk menjalani prosedur2 tu ... Huh ... Hangin tol masa nih ...

Hasil keras kepala kita orang, bertekak dua tiga kali ... Baru ler satu tarikh untuk menjalani MRI dibuat ... Appointment orang putih kate ... Berdebar-debar plak aku, BigBoss kate prosedur nie agak lama & bising ... Macam-macam bunyi ade, macam nak jadi transformers jer kate nyer ... Aku plak yang cuak ...Disebabkan Danial nih kanak2 prosedur dijalankan pagi, kenalah dia berpuase ... Maka macam ada lah tanda2 nak mengamok lapar + macam nak kena sakit kepala lagi masa tuh ... Dapat ler ubat untuk menidurkan Danial ... Jenuh pujuk makan ubat, tapi takde plak dia nak tertido lepas makan ubat tu ... Haisshhh ... Berdebar-debar dah aku ... Danial dah dibaringkan atas katil dan dah bersedia untu ditolak ker Bilik MRI ... Sampai kat Bilik MRI, Pakar Bius dah ade, Pakar Kanak2 pun ade, beberapa prosedur lagi dilakukan untuk menidurkan Danial ... Tak lama lepas tu tertido ler Danial ... Baru jer nak angkat Danial untuk diletakkan di Mesin MRI tu, ada sesuatu berlaku ... Kejadian yang sampai ari nie aku fikir, haisshhh ... Boleh bilik tu banjir, so semua prosedur kat bilik tu dibatalkan kot2 kena kejutan elektrik plak kang ... Masa nih hanya Yang Maha Kuasa jer tempat mengadu ... Aku redha dengan ujian Mu Ya Allah ... 

Kita orang pun tak tau nak cakap ape ... Berjalan pulang ke wad 8B ... Dalam beberapa langkah jer tak lama lepas tu "Puan Hani, tak pe lah kita try CT Scan" ... Walaupun aku tau CT Scan nih agak merbahaya, tapi nak wat cam ner ... Danial pun dah tido, takkan nak biar kan jer, cam rugi plak ... Sekali lagi aku berdebar-debar,  sebaik ler prosedur nyer tak lama ...Berkampung ler kami kat wad dulu sementara nak tunggu result nyer ... Alhamdulillah, tiada tanda-tanda yang menunjukkan terdapat nyer ketulan darah, lebihan air ker or ape2 lah yang luar biasa ... Alhamdulillah sesangat ... Tak terkira rase nyer ... Masa nih Dr. dah set tarikh baru untuk MRI jugak ... Dr. bagi Danial balik rumah dulu ... Bertimbun-timbun bekalan ubat diberikan, begitu juga pelbagai nasihat ... Danial punye lah gembira, melompat-lompat sambil berlari satu wad 8B tu ... Habis sume orang tau dia dah boleh balik ...

Alhamdulillah ... Mengambil peluang setelah dibenarkan keluar hospital, kami pun ke kedai membuat spek mata untuk Danial, susah jugak nak cari yang sesuai ... Hijau juge yang menjadi pilihan ... Kami juga mengambil kesempatan itu membawa Danial menjalani rawatan alternatif ... 

Alhamdulillah selepas keluar hospital tiada lagi kejadian sakit kepala ... Masih meneruskan ubat-ubatan yang dibekalkan ... Hasil Ujian MRI juga memberi kelegaan kepada kami ... Tiada yang luar biasa ... Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... Alhamdulillah ...

Hensem tak saya ??

Sorry kengkawan ... Lambat publish entry yang nie ... Mengambil masa nak mengarang tu ... Dengan perhatian yang lebih sikit perlu diberikan kepada Danial & Putra ... Sibuk ler konon ...

Korang Panggil Ape ?



Hari nie anak sedara kite dari Penang berkampung di sini ...
Mommy nyer kena keje luar, papa nyer keje jauh ...


Biskut Tahi Ayam ...

Yina ada bawak bekal biskut ... Lama dah aku tak jumpa biskut nih ... 
Kengkawan panggil biskut nie biskut ape ? Aku panggil biskut tahi ayam ... 
Ehhh, aku pun x tau lah apesal lah biskut nih kena panggil cam tu ... 
Bila aku tengok biskut nih, rupe nyer lawa jer ... 
Dulu2, masa kecik2 dulu memang femes lah biskut nih ...

"Mak Ngah jangan amek banyak-banyak tau ..."

Selamat Hari Lahir Putra ...

Alhamdulillah ...

Selamat Hari Lahir Muhammad Putra Al Amin ... Alhamdulillah, genap setahun hari nie ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu ...

Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat ... Kau jadikanlah dia anak yang soleh, yang menjaga solat dan agamanya ... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...
Hadiah birthday ... Berebut-rebut semua nak menolak ... Berhenti jer nangis ...
Pagi-pagi dah ajak Abah nyer merempit ...

Tadi bawak gie check-up di KKIA Gombak Setia ... Berat x berapa cantik ... Tapi yang lain2 sume ok ... Kena cucuk MMR kat bahu kiri, meraung-raung lah kejap ... Lepas tu ok, jalan kaki jer balik umah ...

Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... Alhamdulillah ...