Peraturan Baru Cermin Gelap

Kecoh dah rase nyer pasal isu nie dua tiga bulan lepas ... Dua tiga hari nie kecoh balik ... Dipahamkan peraturan baru cermin gelap akan dilaksanakan dengan beberapa perubahan ...



Peraturan baru bagi penggunaan cermin gelap kenderaan akan mula dikuatkuasakan pada 1 November ini ... Peraturan baru ini mensyaratkan kadar ketelusan cahaya  bagi cermin hadapan sebanyak 70 peratus; sisi pemandu (50 peratus) dan masing-masing 30 peratus untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang ...

Pengecualian pula akan diberikan kepada Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri ... Polis DiRaja Malaysia, Kastam DiRaja Malaysia dan jabatan yang berisiko tinggi juga mendapat pengecualian ...

Korang2 yang tak ikut peraturan nie nanti akan kena denda or penjara ... Huhuhu ...

Sumber : JPJ

SINGA, TIKUS, ULAR DAN LEBAH MADU ...


Suatu malam seorang lelaki bermimpi, di dalam mimpinya seekor singa mengejarnya. Lelaki itupun berlari sekuat hati ke sepohon pokok besar. Tanpa berlengah dia memanjat dan duduk di dahan paling tinggi..dia memandang ke bawah..singa tidak berganjak menantinya di bawah pokok itu..



Kemudian lelaki itu menoleh ke sebelah pada pangkal dahan itu ada dua ekor tikus...seekor putih dan seekor hitam.sedang mengelilingi dahan tempatnya duduk dan menggigit dahan tersebut. Pasti! Tidak lama lagi dahan itu akan patah dan jatuh. Dalam keadaan cemas lelaki itu sempat menjeling ke bawah, bukan saja ada singa tapi juga seekor ular hitam yang besar sedang mengangakan mulutnya. Ular itu benar2 berada di bawah tempatnya duduk...andai kata dahan tempatnya berpaut patah sudah tentu dia akan terus masuk ke dalam mulut ular.


Di dalam kegelisahannya dia memandang ke atas,mencari kalau2 ada dahan yang lebih kukuh untuk dia berpaut. Tiba- tiba dia terpandang dahan di atas kepalanya ada sarang lebah madu yang penuh dengan madunya. Beberapa tetes madu menitis dari sarang itu, lelaki itu tertarik dan teringin untuk merasai madu itu. Dijelir lidahnya dan dapatlah dia merasai madu yang menetes dari sarang lebah itu.

Wau, sedap! Hatinya berbunga riang. Dia ingin menikmati lebih banyak lagi madu, semakin banyak ditelan semakin sedap hingga dia lupa pada bahaya yang sedang menantinya...

Kemanisan madu menyebabkan dia lupa pada dua ekor tikus yang sedang menggigit dahan tempatnya duduk. Pada ular besar yang sedang menanti untuk menelannya dan pada singa yang setia menantinya di bawah. Tiba- tiba dahan tempat duduknya patah. Pada ketika itu baru dia teringatkan bahaya yang sedang menantinya. Lelaki itu terjaga dari tidurnya...

Keesokan harinya dia bertemu dengan seorang alim untuk bertanyakan akan maksud mimpinya. Orang alim itu berkata, "Singa itu adalah kematian kamu. Ia akan sentiasa mengejarmu ke mana saja kamu pergi. Dua tikus hitam dan putih adalah siang dan malam. Hitam adalah malam. Putih adalah siang yang sentiasa silih berganti menarikmu semakin hampir pada kematian. Ular hitam besar yang sedang mengangakan mulutnya adalah kubur kamu. Kubur yang sentiasa menantimu sampai tiba saatnya kamu dikebumikan.

Manakala sarang lebah itu adalah dunia dan kemanisan madu yang menetes itu adalah kemewahan dunia. Kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan ia amat menyeronokkan. Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi. Akhirnya kita hanyut di dalam kemewahan serta kemanisan dunia. Kita lupa tentang masa yang berputar, kita lupa tentang kematian begitu hampir dan kita lupa tentang kubur yang menanti dan memanggil...

Jadikan cerita ini peringatan dan iktibar untuk kita menjadi yang lebih baik... Carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat untuk bekalan untuk bertemu-Nya ...


10 Terawal Zulhijjah ...

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم


Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu"
(Riwayat al-Bazzar ; dgn sanad yg sahih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad oleh Imam Ibn Qayyim).

Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya

وعن ابن عباس أيضا أنه النهار كله ، وعبر عنه بالفجر ; لأنه أوله

Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini"
(Riwayat Al-Bukhari).


AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir seperti contohnya Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar, Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin ..

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah
ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah"
(Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, hadir solat berjemaah, mendengar kulia dari para ulama yg bukan bersifat memfitnah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali ra menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang)" (Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan)

Sama2 panjangkan dan amalkan..

Sumber: Ustaz Zahazan Mohamed

Jenjalan Cari Kambing ....

Alhamdulillah berkesempatan membawa bebudak nie jenjalan ...
Sambil-sambil tu kenal alam semula jadi ...






Saje-saje jer bawak dia orang melawat kandang kambing kawan BigBoss ...
Hehehe ... Putra & Fatiha agak takut ... Terutama nyer ngan yang besar-besar ...
Tapi alhamdulillah, hasil nyer Putra dah pandai sebut "Bing" ... Lepas tu dah pandai buat bunyi kambing ... Seronok ... Seperti biasa Danial mesti over excited ... Huhuhu ...

Lepas tu ... Dah memasing busuk bau kambing, kami pun mandi manda ....
Walaupun sungai tu kecik jer, tapi air nyer bersih ... Fresh lagi .... Tak de orang mandi lagi ... Kami kami jer ...


 Air nyer sejuk bebenar ....


Berani budak kecik tu ...
Sambil sambil mandi tu ade plak ikan ikan kecik gigit kaki ...
Ala ala spa gitu ...


  Tengok tu, Putra tak takut pun ... Siap suh lepas tangan lagi ....


Ok lah ... Lepas tu memasing lapo ...
Ke kedai makan ler kami ...

Khairy Jamaluddin Berlakon


Meh tengok Menteri Belia & Sukan kita berlakon ....
Haaaa .... Hebat tak ???
Habis ler hero-hero tak leh cari makan ...
Kalau ler KJ fulltime berlakon, bungkus ler Zul Ariffin, Aaron Aziz, Fahrin Ahmad ...
Hehehe ... Jangan marah yerrr ...
Teman gurau jer ..

Korang pilih yang mana ???


Selangor sekarang kan tengah krisis ...
Dengar-dengar nyer esok akan ada majlis perlantikan MB baru ...
Tak sabar plak rase nyer ...
Hopefully lepas nie selesai ...
Berkhidmat je lah seperti yang telah diamanahkan ...
Eeee ... Nak bergossip jap ...
Meh ler tengok ...
Nie antara calon-calon favourite ...
Wallahua'lam ...

Calon Menteri Besar Selangor ...

He he he ...
Korang pilih yang mana ???

Alahai ...



Rase cam tak puas plak cuti kali nie ...
Eh ... Eh ... Mak nyer plak yang lelebih ...

Tak Terluah ...


Korang pernah tak rasa macam ade yang tak kena ... Serba serbi tak kena ... Nak cakap salah ... Tak cakap pun salah ... Banyak hati-hati yang perlu dijaga ... Orang kate kat alam maya nie kite leh luahkan perasaan ... Tapi bukan semue benda kite leh luahkan kan ? Banyak mende perlu difikirkan sebelum sesuatu tu diluahkan ... Serabut betul kan bila jadi cam nie ...

Sesuatu yang tak terluah, kadang-kadang memang Allah takdirkan kita untuk simpan dalam hati sebab Allah nak kita mengadu dan luahkan hanya pada Dia.



Wallahua'lam ....

TAZKIRAH JUMAAT #20 : GANGGUAN SYAITAN KETIKA BERSOLAT



1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

"Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku" (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).




4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,'Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat." (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma'ninah) , lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkanny a. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

"Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w," kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani).



Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan." (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas'ud berkata, "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya" (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Ker Kampung Kita ...



Musim cuti sekolah dah bermula ... Bebudak dah bising ajak balik kampung ... Maka bila BigBoss balik awal Sabtu lepas and ajak balik kampung maka melompat ler masing-masing ... Kengkawan pun mesti ramai yang balik kampung kan ...


Macam macam depa buat kat kampung, yang pasti bola ngan PSP tak tinggal ... BigBoss pun gembira ofkos ... Hari nie baru kami balik ker Gombak balik, tu pun setelah menghadiri kenduri kawen kawan BigBoss ...

Masa gie kenduri nih ade ler beberapa sikap orang2 yang masih tak merdeka minda nyer ... Ade yang suke duk berlame-lame kat meja ... Dah nampak orang ramai datang, yang menunggu depan meja pun ade, boleh jer buat tak tau ... Lepas tu ada yang suke amek lauk banyak2 lepas tu tak habis ... Amek buah lah, bubur lah, rojak lah ... Peh tu semua x abis ... Tah ape2 perangai ... Yang aku suke Tuan Rumah nie asing kan tempat makan lelaki dan pompuan, bagus macam nie, selesa skit nak makan sambil BF ...

Meh tengok ape bebudak & bapak budak buat kat kampung ...

Tu dia ... BigBoss panjat pokok amek buah dokong ...

Nie lah hasil nyer ... Makan ler sampai lebam ...

Melawat pokok2 yang di tanam ... Sape tau pokok ape nie ???

Best kan ... Yang penting anak-anak gembira ... Ibu pun suka ...

Wallahua'lam ...

TAZKIRAH JUMAAT #19 : PUISI SANGKA-SANGKA

Assalamualaikum semua ...
Santai skit kali nie ...

**********

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka


"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)

Wallahua'lam ...

Bocor Lagi ...


Semalam kecoh pasal Paper Sains UPSR 2014 bocor ... Hari nie ada lagi ... Kesian sungguh bebudak nie ... Paper BI lak ... Hmmm ... Kat alam maya (FB, Twitter, Whatsapp dll) dah macam macam cite ... Biasa lah orang Malaysia ...

Haaa, aku nak bergossip nih ... Dengar2 paper math ngan bm (masih dalam siasatan) pun bocor jugak ... So, memang kena ulang semua balik 30/9 nanti sampai bila ntah ... Ehhh, dah pukul 8, moh kita tengok berita untuk kesahihan nyer ... Jawatakuasa Khas akan dibentuk ... Kompem paper sains, bi1 & bi2 akan diulang 30September 2014 nanti ...

Meh tengok kat bawah nie ...











He he he ...
No heart feeling ...

Kertas Sains UPSR Bocor ...



Tetiba petang tadi dapat berita pasal Kertas Stains UPSR bocor ... Apekah ??? Walaupun aku takde anak amek UPSR tapi ... Kesian nyer dia orang ... Padahal esok dah last day peksa and boleh ler enjoy2 cuti sekolah nanti ... Alih2 tunda 30 September ...



Sape lah punye keje membocorkan soalan ... UPSR jer pun, menyusahkan betul ... Inilah die bila terlalu exam oriented ... Semua nak 5A ... Ape ingat kalau x dapat gelap masa depan ker ... Adoiii laa ... Sekolah plak kalau boleh semua nak kena 5A semua, nanti dapat ler ape2 title ... Mak bapak sibuk nak tayang ... Media plak sibuk memprovoke lagi ... Tak dapat 5A risau ... Tak solat 5 waktu ade kisah ...

Hmmm ... Dunia ... Dunia ... Ehhh, Malaysia ... Malaysia ... Malaysia merdeka dah 57 tahun, tapi sayang ada lagi yang tak merdeka minda nyer ...

Wallahua'lam ...

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR


Hai kengkawan ... Hari nie bermula lah Peperiksaan UPSR di seluruh negara ... So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar ...

Sebelum korang nak gie peksa tu kenalah ...

1. Semak jadual 

2. Siapkan peralatan alat tulis

3. Tidur rehat secukupnya

4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa ....

5. Berdoa dan bertawakal
Kepada para Ibu atau bapa pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.



2. Mengadap kiblat.



3. Baca Syahadah - 3x



4. Al- Fatihah - 1x



5. 3 Qul- 1x



6. Surah Insyirah - 1x



7. Selawat Atas Nabi - 10x



8. Baca Surah Yassin - 1x



9. Baca Surah Insyirah 100x.




Insyaallah ... Allah tu kan Maha Mengasihani ...

Selamat Hari Lahir Abang Long ...



Selamat Hari Lahir Yang Ke-11 Muhammad Luqman Aliff b. Shahdan

Selamat Hari Lahir Abang Long ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu ... Abang Long dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai ... Yang paling penting
"Jangan Lupa Solat ..."



Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Ameen ...