Kalaulah saya nie kaya ...
Kengkawan ...
Kalaulah saya nie kaya ...
Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku
Tak Sihat Pun Buat Projek Lagi ...
Isshhh ... Geram betul lah ...
Dah ler sakit, masih nak buat projek jugak ...
Malas nak cite panjang, tengok gambar je lah kengkawan ...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Rongak ...
Kejadian dua hari lepas ... Danial dah dua tiga kali mengadu gigi nyer goyang ... Kelmarin tengah aku memasak kat dapur, "Ibu, gigi Danial dah goyang sangat ..." "Emmm, meh ibu tengok" "Tunggu Abah ler ibu" ... Aku tengok gigi tu memang dah longgar sangat n aku risau tercabut n tertelan masa tido plak nanti ... Maka jadi lah aku Dr. Gigi semalam ...
Amacam, hensem tak Danial ... ??? Sengeh jer Mat Dany nie ...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Alhamdulillah, Selesai Dah ...
Lanjutan daripada entry Dah Potong ??? ...
Akhir nyer , pagi tadi dengan bersemangat aku bangun pagi , ibu nyer yang terlebih excited ... Buat ape2 yang patut , kejutkan BigBoss & Abang Long ... Siap2, Abang Ngah & Fatiha saje aku suh tido umah uwan dia semalam ... So, senang skit pagi nih ... Tepat pukul 7.35 pagi kami gerak dari rumah menuju ke Klinik Kita, Wangsa Maju ...Aku suka gie klinik nie sebab semua nyer ok bagi aku lah ... Persekitaran ok, staff nurse ok & Dr nyer pun ok ... Masa mengandung pun aku gie sini check-up ...
Sampai-sampai terus register, makan ubat2 yang disediakan, tunggu ler giliran ... Luqman No.5 ... Cool jer nampak nyer, tapi hati di dalam sape yang tahu ... Pukul lapan pagi nurse panggil masuk dalam lima orang, ibubapa tak leh ikut ... Kami kat luar berdebar-debar jer ...
Tak sampai sejam semua dah selesai ... Ubat dah ambik ... Pembayaran pun dah dibuat ...
Alhamdulillah, semua nyer selamat ...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Nak tido dah ...
Ya Allah, sejukkanlah hatiku dari kesedihan dan kekecewaannya dalam tidurku malam ini, dan bangunkanlah aku esok pagi sebagai jiwa yang lebih percaya diri, berizki yang berkah, yang mencintai dan dicintai dengan setia. Yang menjadikan hidupku lebih baik, lebih indah dan lebih membahagiakan.
Abah Botak ...
Semenjak kejadian (Kejadian 1, Kejadian 2) hari tu berlaku, Abah tak gie mana2 pun ... Tak leh nak drive @ bawak motor sendiri dah ... So, tadi Abah mengadu rerambut kat kepala dah panjang ... Sebaik BigBoss ada mesin pemotong ... Maka bermulalah episod tarah ...
Proses menarah ...
Alhamdulillah, hampir selesai ...
Ehmm ... Ehmmm ...
Hensem tak Abah ???
Nusyuz vs Dayus ...
Untuk peringatan buat diri sendiri juga buat kengkawan ...
Untuk insan-insan yang berkenaan ...
Mari sama-sama muhasabah diri ...
Jadilah ...
Semalam telah berlansung Majlis Ihtifal Dan Penyampaian Hadiah, KAFA Integrasi Al-Hilaliah ... Buat kat sekolah jer ... Dua tahun sekali ... Ada sekali dulu buat kat dewan ... Abang Long & Abang Ngah tak dapat hadiah pun walaupun dalam senarai Top10 ... Yang dapat no.1,2 &3 je ... Tapi Abang Long adalah dapat skit, hangin jer Abang Ngah, die tak dapat .... Ape-ape pun Alhamdulillah ...
Alhamdulillah ...
Dapat dua coz untuk 2012 dan 2013 ...
Alhamdulillah ...
Dapat dua coz untuk 2012 dan 2013 ...
Published with Blogger-droid v2.0.10
TAZKIRAH JUMAAT #7 : UBAT HATI
Imam al-Ghazali ada memberi nasihat untuk membersih hati daripada penyakit yang memyebabkan seseorang itu merasa ria', bangga, ego dan sebagainya.
- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih tua hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka telah lama hidup dan telah banyak amalan yang mereka lakukan.
- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih muda atau kanak-kanak maka hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka baru sedikit melakukan dosa berbanding kamu yang lebih lama hidup dan lebih banyak dosa.
- Apabila kamu berjumpa dengan orang melakukan maksiat maka hendaklah kamu berkata bahawa mereka melakukan maksiat kerana jahil tentang dosa dan pahala sedangkan kamu melakukan maksiat sedangkan kamu mengetahuinya.
- Apabila kamu berjumpa ulama' atau orang alim maka kamu hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kamu kerana mempunyai banyak ilmu sedangkan kamu kurang ilmu.
Abah Tak Sihat Lagi ...
Tempoh hari ada entry kan tentang kesihatan Abah ...
Abah Tak Larat ...
Kali kesihatan Abah terganggu lagi ... Akhir nyer Sabtu lepas atas desakan anak2 Abah ker Hospital juge akhir nyer ... Kali nie telah disahkan Abah mengalami Mild Stroke ... Tangan kanan dan kaki kanan kurang sensitif ... Alhamdulillah tidak terlalu teruk ... Abah perlu menjalani fisioterapi ...
Ada kengkawan yang pernah mengalami keadaan ini ? Ada panduan dan nasihat ? Ape2 je lah yang boleh dikongsikan di sini ... Doakan Abah cepat sembuh yerr ...
Suspek Kes Tembak Pegawai JAIP
Ini lah dia gambar suspek kes tembak Pegawai JAIP, allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, 49, di Kuantan, Ahad lalu ...
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani, berkata lelaki berkenaan adalah suspek pertama yang masuk ke perkarangan rumah mangsa sebelum memberi salam.
Hati2 yer kengkawan ... Yang ari tu dah kena tangkap ...
Nie kes tembak baru plak ... Haisshh ... Takoottt ...
Nape Kecik Jer ???
Pou ...
Awat kecik jer ...
Bukan aku main ...
Anak2 aku yang maintain ...
Hari tu besar, cute jer ...
Macam comel jer ... Macam comel jer ...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Lagi Cerita Pasal Pengasuh Kejam ...
Ari tu aku ada buat entry pasal Pengasuh Kejam nie kan ... So ari nie tengah aku berblogwalking tadi terjumpa ler satu blog nie cerita pasal pengalaman dia hantar anak dia kat Pengasuh Kejam nie ... Die cerita pasal perubahan-perubahan yang berlaku pada anak2 dia ...
Bila baca cerita kat blog nie lagi menambahkan sakit hati aku nie ... Walaupun kejadian nie bukan berlaku pada anak2 aku ... Meh ler baca cerita die ... Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua ...
GEMPAR PENGASUH MENDERA BUDAK DI TASKA Pxxxxxx Hxxxxxx
PILIHARAYA KECIL DUN SUNGAI LIMAU ...
Esok; 4 November 2013 akan menyaksikan satu lagi PRK di DUN Sungai Limau ... Pertandingan adalah di antara BN dan PAS ... Berikut adalah info tentang calon-calon nya ...
Kepada pengundi2 di DUN Sungai Limau, Selamat Mengundi, undilah dengan bijaksana demi kebaikan kita semua ...
Undilah PAS ...
p/s : Macam-macam ada kat blog aku nie kan ... Bola ada ... Politik ada .... Hehehe ...
Piala Malaysia 2013
Pahang menewaskan Kelantan malam nie ...
Keputusan akhir :
Pahang 1 Kelantan 0.
Nie plak penjaring gol tunggal malam tadi ...
Matias Conti
Sumber : Pak Google
Tahniah kepada yang berjaya menjadi juara dan yang kalah harap terima kekalahan dengan hati terbuka. .. Sob, sob, sob ...
Pengasuh Kejam ...
Nak share jugak video nih, walaupun tak berapa sanggup nak tengok ... ... Kepada ibubapa di luar sana sila ambil perhatian eak ... Sekali-sekala buat lawatan mengejut ke taska/nuseri anak2 korang ... Sedih nengok bebudak kecik kena cam nie ...
Kepada pihak berkuasa, sila ambil tindakan segera ...
Kepada Si Kejam, andaikata anda tertengok video ni, segera lah bertaubat, minta maaf kat parents2 tu ... Susah sangat tutup jer taska tu, buat ape buat keje cam tu ...
Post by Tengok TV Online.
Kompom Masuk Syurga Ke???
Semua Yang Tutup Aurat, Kompom Masuk Syurga Ke???
Yang Pasti, Tak Tutup Aurat, Kompom Masuk Neraka Le...
Bayangkan Aurat Yg Terdedah Qta Letak Dlm Fb Ni Ye..
Setiap Hari Setiap Waktu Dosa Tercatat ..
Dgn Beribu Mata Melihat..
Aku Pun Bukan La Alim Sangat..
Tapi Sekadar Nak Mengingat..
Pasti Status Ku Ramai Yang Meluat
Tak Per Asalkn Tanggungjawab Ku Sbg Sahabat ..
Ku Tunaikan Walaupun Rasa Takut Di Benci Sahabat ..
Tertutup Lebih Cantik Di Lihat ..
Dari Terdedah Mendatangkn Syawat..
CopyPaste :
Menangani Masalah Anak Nakal ...
Baru terima buku nie dua minggu lepas ... Nak tau kisah lanjut, sila lah ke SiNi ...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Rambut Hantu ... ?
Hah ... Rambut sape plak nie ?
Rambut hantu ker ?
Hah ! Rumah aku ade hantu ker ?
Huhuhu ... Takut nyer ...
Nie rambut Fatiha lah ...
Ambik gambar dari belakang ...
Rambut nie lembut dan cantik ...
Tapi cepat kusut, cepat sangat ...
Kalau lepas tido @ mandi lagi kronik ...
Kengkawan ada idea tak ?
Ada tak yang sama masalah ngan saya ... ?
Published with Blogger-droid v2.0.10