Rezeki Di Tangan BN ...

Hendaklah bersyukur ...
Eh... eh ... Cam salah jer ...

Sumber : Here

Published with Blogger-droid v2.0.10

Check-up Lagi ...

Mood nak beranak ... Ntah bila2 lah agak nyer ... Check-up Minggu 39 ...


Published with Blogger-droid v2.0.10

Faedah Susu Ibu ...

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu  sejak bayi dilahirkan lagi. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah  ayat 233 yang bermaksud;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan  anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding  susu sintetik/ susu buatan daripada susu lembu. Walaupun kajian demi kajian  dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tetapi susu  sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.

Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi  semenjak dilahirkan lagi. Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu  ibu juga bermula.

SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali  sebagai Kolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibodi serta  sel darah putih yang tinggi.
Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang  tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran.

Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria, tambahan pula susu ibu  mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan  tin-tin susu). Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik  berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi

01.Kita sering melihat bayi kecil  menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya  telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan  masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat  menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.

02.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril  secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun  diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.

03.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan  sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang  meminum susu lembu.

04.Mencegah dari penyakit rabun malam.

05.Mencegah bayi daripada mendapat alahan.

06.Menggelakkan penyakit taun.

07.Menggelakkan jangkitan telinga.

08.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid  Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.

Sekian sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan untuk anda  semua, mudah-mudahan ilmu yang sikit ini mendapat berkat dan sebarkan  demi kebaikan bayi-bayi kita.

Sumber

Published with Blogger-droid v2.0.10

FAEDAH PENYIMPANAN SEL STEM DARAH TALI PUSAT BAYI ...


Apakah faedah penyimpanan sel stem darah tali pusat bayi?
Sel stem adalah sel-sel yang tidak matang yang boleh dirangsang, membiak dan berkembang menjadi sel-sel organ yang lain dalam badan manusia seperti hati, kulit, sel darah merah dan lain-lain. Hanya sesetengah sel stem lebih cenderung berkembang kepada lebih banyak jenis dan specifik sel daripada yang lain.
Sel stem darah tali pusat merupakan salah satu jenis yang paling cenderung dan potensi dalam sel badan untuk berkembang kepada lebih banyak jenis sel-sel organ lain. Ini disebabkan sel stem darah tali pusat merupakan sel yang mula berkembang pada fasa awal perkembangan bayi dan potensi diberi rangsangan yang betul untuk berkembang menjadi sel-sel yang lebih specifik seperti sel-sel darah merah atau putih.
Apakah tabung darah dan penyimpanan sel stem darah tali pusat?
Kekayaan sumber sel stem di tali pusat telah mendorong syarikat swasta untuk menawarkan tabung darah tali pusat untuk penyimpanan sejuk beku untuk sel stem darah tali pusat yang dikutip ketika bayi dilahirkan. Penyimpanan sel stem akan memelihara darah tali pusat bayi anda dengan membekukan sel-sel dalam nitrogen cecair. Ini membolehkan anda untuk memelihara sel stem sehingga 10 tahun dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa pada masa akan datang sekiranya anda memerlukan sel stem  ini untuk rawatan.
Mengapakah anda digalakkan menyimpan sel stem darah tali pusat bayi anda?
Potensi faedah penyimpanan sel stem darah tali pusat bayi anda adalah sel-sel segera tersedia , genetik yang serupa dan boleh mengelakkan potensi risiko penolakan pemindahan sumsum tulang dan jangkitan. Ini disebabkan penderma sumsum tulang yang sesuai dan sepadan adalah sukar untuk dicari.
Transplantasi sel stem boleh digunakan untuk merawat penyakit-penyakit seperti berikut:
Penyakit darah seperti leukemia, lymphoma
Penyakit darah yang diwarisi seperti thalassemia dan anemia sel sabit
Penyakit keimunanPenyakit jantungKecederaan saraf tunjangPenyakit AlzheimerPenyakit ParkinsonKencing manisMerawat sel sum-sum tulang yang rosak
Mengantikan sel luka terbakar

Adakah darah tali pusat satu-satu sumber sel stem?
Tidak. Sel stem yang sama juga boleh didapati pada sum-sum tulang. Kedua-duanya boleh digunakan untuk merawat penyakit berkait dengan darah.
Kebaikan sel stem berbanding dengan sumsum tulang ialah:
Darah tali pusat bayi senang dikumpulkan.
Proses pengumpulan darah tali pusat tidak bahaya, tidak menyakitkan dan tiada risiko terhadap ibu atau bayi.
sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima oleh badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah. Ini disebabkan oleh sel imun di dalamnya adalah tidak matang.
Sel stem yang sepadan juga berpotensi digunakan untuk adik-beradik yang memerlukannya.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Menghitung Hari Lalu Tergelincir ...



Masih menghitung hari lagi nie ... Walaupun dah pernah melalui nyer beberapa kali, tapi setiap pengalaman itu tak sama dan tak akan sama ... So, bila kandungan dah nak masuk 38 minggu,  aku mula mencari-cari bila rasa sakit bersalin tu akan datang ... Makin lama, makin hari ... aku jadi confuse pun ada ... Kadang-kadang ia nyer mengganggu lena aku waktu malam ... Tekanan darah pun naik ... Haisshh ... Bila lah agak nyer ...

Dalam pada letih menunggu dan menanti tu, kehidupan diteruskan seperti biasa ... Lewat petang semalam, aku nak ke umah depan umah aku nih ... Umah Mak n Ayah aku ler ... Dalam aku berhati-hati kadang-kadang terkena jugak ... Gedebuk ... Aduh,  sakit nyer ... Tergelincir skit kat tangga umah aku nih lalu jatuh terduduk ... Keadaan agak licin coz baru lepas hujan ... Alhamdulillah, sebaik takde ape-ape yang buruk berlaku ...
Haisshh ... Bila lah agak nyer ... Perut cam dah besar sangat rase nyer ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Semoga Sentiasa Sihat ...



Tak faham mengapa tergamak ada segelintir MANUSIA yang sanggup HINA Tok Guru, Nauzubillah.

Nota: TGNA kekejangan dalam program petang SEMALAM tetapi dilapor semakin pulih. Alhamdulillah.
Sumber
Published with Blogger-droid v2.0.10

Cinta Jangan Pergi ...

Aku tengah layan drama nih ... Antara sebab nyer pelakon2 nyer aku suka ... Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob ...

Sinopsis

Mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya dan Kalil, dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri. Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.

Saksikan drama Cinta Jangan Pergi pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam bermula 6 April 2013.

Layanzzz ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA ...

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) 

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.) 

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.) 

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)  Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

mediaislamic

Published with Blogger-droid v2.0.10

Keliru ... Buntu ... Pening2 ...

Dalam hidup kita nih mesti kita pernah ditimpa masalah @ ujian @ dugaan ... Kadang-kadang ia akan menuntut kita membuat satu keputusan yang amat berat ... Keliru ... Buntu ... Pening2 ...

***********

Bila anda buntu, pernah tak minta nasihat dengan orang lain? Kalau anda mempunyai ramai kawan, mungkin anda akan bertanya dengan seorang, seorang. Lepas tu, apa yang akan terjadi? Si A kata macam ni, Si B pulak kata macam tu. C kata begini, D pula tak bersetuju dan kata begitu. Akhirnya apa yang akan terjadi? Anda jadi keliru dan bertambah buntu. Betul tak?

Tapi... kalau kita duduk diam-diam pun, mungkin kita runsing atau rimas kerana asyik fikirkan hal itu. Pun begitu, kita tahu yang kita perlu lakukan sesuatu, tak boleh biarkan begitu saja. Kepala otak semakin celaru. Pening, pening dan pening.

Sebenarnya, memang kita pening sebab kita yang serabutkan kepala otak kita tu. Sepatutnya, kita tak payah runsing sangat. Kita relakslah sekejap. Kalau ada peluang, kita cari bahan untuk membaca untuk dapatkan idea. Kadang-kadang tak perlu tanya siapa-siapa pun, kerana sebenarnya juga, kita yang akan buat keputusannya. Tanya pada hati dan ikut gerak hati, tapi fikiran mesti waras. Jangan pula main syok sendiri. Bila kita nak buat keputusan, fikirkan semua yang negatif dan positifnya. Jangan pulak kita tipu diri sendiri.

Kadang-kadang, memang tak perlu bertanya dengan orang lain, kecuali kalau orang lain itu adalah ibu bapa kita. Biasanya ibu bapa akan beri nasihat yang ikhlas dan biasanya juga ibu bapa mahu yang terbaik buat anak-anak.

Kalau jawapan yang kita perlu cari itu sangat besar dan berat, elok kita buat solat sunat istikharah, biar Allah SWT memberi jalannya. Sebaik-baiknya kita buat banyak kali, bukan sekadar sekali sahaja.

Apa pun, ingatlah... apa-apa keputusan yang kita nak buat, kita juga yang kena buat. Kitalah yang bertanggungjawab di atas diri kita itu.

Sumber : Aina Emir

**********

So, kalau hadapi masalah, yang penting sekali minta tolong ngan Allah ... Sebarang keputusan yang dibuat perlu difikir +re n -re nyer ... Jangan membelakangi keluarga terutama nyer kedua orang tua kita ...

Wallahhua'lam ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Video Buli Pelajar


Berikutan penyebaran sebuah klip video buli seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah, pihak polis ingin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu yang terlibat di dalam klip video tersebut , agar melaporkannya di balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan dijalankan.

Pihak sekolah, mangsa atau keluarga yang terlibat juga diseru tampil untuk membuat laporan polis di balai polis terdekat.

Apalah nak jadi dengan budak2 zaman sekarang nih ... Nauzubillah ... Minta dijauhkan lah benda2 cenghini dari family aku ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tarikh PRU13 ....


SPR menetapkan hari pengundian PRU13 akan dilangsungkan pada 5 Mei (Ahad) manakala tarikh penamaan calon pada 20 April.

Pengundian awal ditetapkan pada 30 April dan tempoh berkempen 15 hari.
Hari mengundi pada hari Ahad kemungkinan akan menyusahkan rakyat di negeri-negeri yang bekerja hari Ahad seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Published with Blogger-droid v2.0.10

KISAH ISTERI YANG TAAT PADA SUAMI ...

**** Untuk renungan kita bersama ****
Ada sebuah kisah, bahawa pada masa Nabi s.a.w. ada seorang laki-laki yang akan berangkat berperang, yang berpesan kepada isterinya : “Hai isteriku janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini, sampai aku kembali pulang.” Secara kebetulan, ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus seorang laki-laki menemui Rasulullah s.a.w.
Rasullullah s.a.w. bersabda kepada utusan itu : “Agar dia mentaati suaminya”. Demikian pula si wanita, mengutus utusan tidak hanya sekali sehigga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumah.
Maka ayahnya pun meninggal dunia dan dia tetap tidak melihat mayat ayahnya dan dia tetap sabar. Sehingga suaminya kembali pulang. Maka Allah menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w. yang berbunyi, Maksudnya : “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengampuni wanita tersebut, disebabkan ketaatannya kepada suaminya.”
Published with Blogger-droid v2.0.10

Diari Seorang Diplomat ...

Diari Seorang Diplomat - Hikmah Yang Tersirat ... Mengisahkan tentang seorang pegawai diplomatik yang ditugaskan di Islamabad, Pakistan negara bergolak yang dipenuhi dengan pembunuhan dan pengeboman ... Menceritakan tentang pengalamannya bersama-sama orang-orang Pakistan, makanan dan tempat-tempat yang dilawati ...

Namun agak terkejut sebab diakhir nyer baru tahu bahawa penulis telah meninggal dunia ... Usaha pembukuan telah diteruskan oleh isteri nyer Mawar Nafastari ... Semoga tabah menjalani liku-liku kehidupan ...

Ketakutan dan kebimbangan sudah tidak perlu difikirkan jika ingin hidup seperti orang normal di negara bergolak seperti ini. Hidup dalam ketakutan bagaikan tidak hidup. Kelansungan hidup memerlukan sedikit keberanian yang bijak. - Penulis

Sesungguhnya mati itu benar. Biar di bumi mana kita berada, hatta di bumi bergolak sekalipun, jika belum sampai ajal, kita akan terus hidup dan bernafas dengan izin-Nya ...

Sesungguhnya ajal itu rahsia, tempoh usia itu rahsia sehinggalah tiba saatnya. - Penerbit

Al-Fatihah buat arwah Penulis ...

Published with Blogger-droid v2.0.10