AINUL MARDHIAH ZAHRATULLAIL

 

Alhamdulillah ...
Dapat anak saudara (belah BIG BOSS) ...

 
Sape ker name nyer ???

AINUL MARDHIAH ZAHRATULLAIL B. HAMDAN

Bukan Culik Tapi Lari Gie Rumah Boipren ...

Dalam kita masih dikejutkan dengan kes arwah adik Nurul Nadirah
ade lak nak buat main2 ... 
Aku sepuk jugak budak nie kang ...

Siti Nur Fatihah Mahadi 

Budak nih kalau kena culik/jual suatu hari nanti baru dia tau rasecam ner ... 
Mende2 cam nie nak wat main2 ... 

Sumber :-

Ketika Wuduk ...

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati
 

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Al- Fatihah buat Pelumba Basikal ...

 
BUKTI ...
Nombor pendaftaran kenderaan terjatuh selepas melanggar penunggang basikal ...

Semalam kecoh pasal kes nih ... Ada lak bukti tertinggal ...
Hmmm ...

********************************
TRAGIK...jenazah Rafizi (gambar kecil) diusung ke kereta jenazah selepas selesai dibedah siasat di HKL.  


KUALA LUMPUR: Sebaik melihat penunggang basikal dilanggarnya maut, seorang pemandu sebuah kereta Proton Saga kelam-kabut melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftaran keretanya tercicir berhampiran mayat.

Kini, pemandu kereta itu menjadi ‘individu paling dikehendaki’ apabila orang ramai yang berhenti menyaksikan kejadian itu menghantar nombor kenderaan berkenaan di laman twitter serta facebook bagi mengesannya yang melanggar seorang ahli kelab lumba basikal Le Tua di Kilometer 20.2 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melawati arah Gombak, pagi semalam.

Difahamkan, kejadian yang dipercayai langgar lari itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah stesen minyak berhampiran.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Rafizi Hamdan, 37, yang dalam perjalanan ke Hospital Orang Asli Batu 12 untuk menyertai aktiviti berbasikal bersama ahli kelab lain maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi berkata, mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala kerana dilanggar dari belakang.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk meneliti rakaman CCTV milik sebuah stesen minyak berhampiran.

Menurut abang ipar mangsa, Akmal Hanif, 40, arwah seorang yang minat sukan lumba basikal dan pernah menyertai beberapa kejohanan sebelum ini meskipun bukan pelumba profesional.


“Arwah tidak menunjukkan sebarang petanda aneh cuma dia kelihatan gembira kerana baru menimang cahaya mata kedua kira-kira dua bulan lalu, malah isterinya juga baru saja habis berpantang. “Memang setiap hujung minggu, arwah akan berbasikal dari rumah kira-kira jam 6.30 pagi untuk berjumpa rakan kelab yang lain bagi menyertai aktiviti yang disediakan selain menjalani latihan ringan,” katanya yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, jenazah adik iparnya itu yang berasal dari Seremban dan bertugas sebagai pegawai bank di CIMB Bank Jalan Raja Laut itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir, Hulu Klang, selepas Asar.



Gangguan Bekalan Air Selangor Dan KL 14 Mac Hingga 15 Mac 2012


 


Kawasan Terlibat


HULU SELANGOR, PETALING,KUALA LUMPUR, KLANG/SHAH ALAM, KUALA LANGAT


Tempoh
14 Mar 2012 08:00 am Hingga 15 Mar 2012 08:00 pm 
*SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Syabas di 1-800-88-5252.


AL- FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM ADIK NURUL NADIRAH

AL- FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM ADIK NURUL NADIRAH


Takziah buat keluarga adik Nurul Nadirah dan semoga tabah menghadapi dugaan. Malam tadi, polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.



SUMBER DARI ABGTEROR.COM

Ibu, Emak, Ummi ...


Seorang Ibu Boleh Menyara 10 Orang Anak Tapi, 10 Orang Anak Tak Boleh Menyara Seorang Ibu. Tahukah Sang Anak Bahawa Setitis Airmata Ibu Mengalir ( Derhaka ) Apa Hukumnya?

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."- Riwayat Al-Hakim.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” – (Surah Al-Isra’ ayat 23)

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: "Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: "Ya, tentu wahai Rasulullah". Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta". Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata "mudah-mudahan baginda diam.” – (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Doa Penawar Bagi Mengubati Penyakit

Letakkan tangan anda ke tempat yang sakit, lalu bacalah doa seperti di dalam gambar. Jika orang lain yang sakit, letakkan tangan anda ditempat yang sakit, lalu berdoa seperti ayat di dalam gambar ini.

 


Sila SEBARKAN untuk manfaat semua sahabat.

Imam yang baling kasut

Sekarang nih tengah HOT isu Imam Hoslan ... Sape dia nih ??? Seorang imam yang baling kasut kepada hakim [tapi tak kena] dan dihukum penjara setahun serta merta [berkuatkuasa dua hari yang lepas].Selain jahat dia juga imam yang buruk perangainya. Dasat tak?
Issshhh ... Jahat nyer imam nih ... Ade yang kate dia nih dulu Mat Rempit ...

Keluarga Imam Hoslan dan  Imam Hoslan yang jahat sangat ada dalam gambar di atas neh. 


p/s :- Adakah isu nie HOT sebab nak cover isu2 lain yang lebih HOT ??


Banjir 7 Mac 2012

Assalamualaikum ... Semalam aku rase hujan dari petang  sampai ker ler hari nih tengahari baru berhenti ... Hujan yang kejap-kejap lebat ... kejap-kejap gerimis ... BIGBOSS pun tak gie niaga ... Dah nak tengah malam dapat berita ada beberapa tempat banjir ... Kat bawah nih gambar-gambar keadaan banjir semalam ... Teruk jugak ...

gambar banjir selangor kuala lumpur kl 7 mac 2012
Sekitar Kawasan Masjid Jamek

gambar banjir selangor kuala lumpur kl 7 mac 2012
Stesen LRT Masjid Jamek
gambar banjir selangor kuala lumpur kl 7 mac 2012
 Keadaan di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang, Selangor.
Foto: Effendy Rashid (07/03/2012)

gambar banjir selangor kuala lumpur kl 7 mac 2012
Lokasi di Jalan Tun Abdul Razak
gambar banjir selangor kuala lumpur kl 7 mac 2012
Dataran Merdeka


Sumber gambar: GengBlogger, MaharajaLawakMega, HarianMetro

GAMBAR ANAK MAWI DAN EKIN

Setelah lama menanti, akhirnya pasangan suami isteri popular, Mawi dan Ekin telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 28 Februari 2012 yang lalu kira-kira jam 4 pagi di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi. Anak perempuan pertama Mawi dan Ekin ni diberi nama Cahaya Malaika dan dilahirkan dengan berat 2.8kg.
Setelah 2 hari Cahaya Malaika dilahirkan baru lah Mawi bersedia untuk berkongsi wajah anaknya kepada umum.. Tahniah buat Mawi dan Ekin dengan kelahiran baby pertama mereka setelah berbagai dugaan datang menimpa mereka sebelum ini.. layan gambar anak Mawi dan Ekin kat bawah ni….




anak mawi dan ekin

Sumber : 

TASKA GILA

Hari semasa berblogwalking ... terjumpa ler satu video nih .... Bagi aku merupakan satu penderaan lah jugak .... Ishhh... Tak patut betul lah ...


Kat bawah nih aku letak ler maksud dera/penderaan yang sempat aku cari kat internet ...

Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom mengoncang bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.

So, bagi aku walaupun dalam video tu tak nampak ler kesan kena pukul/lebam ... Tapi pada aku ia satu bentuk penderaan jugak ... Sian bebudak tu ... Dah besar pun bedung jugak lagi ... Nak suruh tidu lelama ler tu .... Ada jugak budak yg kena plaster mulut , coz nak bagi puting lekat ... Gila ker ape ... So, terpulang kat anda semua sama ada ia satu bentuk penderaan atau tidak ...

Talian bantuan
Terdapat beberapa talian bantuan yang boleh dihubungi oleh mereka yang tinggal di Malaysia, antaranya adalah :