Nak Menang Telekung ...

Kisah bermula dua tiga hari lepas ... Tengah nak solat maghrib ...
Lepas ambil air sembahyang ...
"Ibu ... Adik nak macam ibu, yang ikat2 tu ..." kata Fatiha sambil tunjuk kat kepala ...
Aku puas memikirkan amende lah budak nie nak ...
"Haa ... Adik nak cam nie ... Kecik nyer ..." sambil jari tunjuk kat telekung aku ...
Ohhh ... Anak aku nak telekung sendiri ... Puas jugak memujuk ... Sikit lagi nak merajuk ... Sudah nyer solat pakai tudung jer ... So, sekarang nih tengah mencari-cari telekung kanak2 ... Aku sesaje jer cari online ... Ade lah terjumpa beberapa yang menarik ... 
Tetiba ada lak yang anjurkan 
(Sila "LIKE" page tersebut untuk membantu saya ...")

Maka masuk ler saya pertandingan tersebut oleh kerana hadiah yang ditawarkan adalah sepasang telekung untuk anak n sepasang telekung untuk ibu ...

Nie ler gambar yang memasuki pertandingan tersebut ... 
(Sila klik gambar n "LIKE" sekali lagi )

Maka amat berharap dapat memenangi pertandingan ini memandangkan anak saya nih cute jugak bertudung (ibu perasan...) ... Harap2 kekal hingga ker besar ...
Amat berharap mendapat "LIKE" yang banyak ...
Terima kasih pada yang sudi membantu ...


Sila klik n "LIKE" :


1.  "LIKE"
2.  "LIKE"


 Terima Kasih ...
Harap2 murah rezeki kita bersama ...

Kenduri Kawin Geng Downtown Cheras ...

Lagi entri bergambar ...
Kenduri adik kepada Geng Downtown Cheras ...
Tema Merah ...














Semoga berbahagia selama-lama nyer ...


Cuti2 Di Sungai Besar ...

Entri bergambar jer ... 
Sesambil masak sesambil upload gambar ...

























Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga

Sahabat2 semua ... 
Doa nih boleh lah diamalkan jika menghadapi masalah rumah tangga ... 
Harap dapat membantu 

قَالَ رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ ۗ وَرَبُّنَا الرَّحْمَٰنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ 


Qala rabbi ohkum bialhaqqi warabbuna alrrahmanu almustaAAanu AAala ma tasifoona


Maksudnya: 
“Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.” 
(Surah al-Anbiya’ 21:112)



Amalan

Daripada Qatadah, beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAAW diajar oleh Allah s.w.t. agar berdoa dengan doa ini. Maksud doa ini ialah Baginda sentiasa berada pada pihak yang benar, sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Maka Baginda diriwayatkan akan sentiasa membaca doa ini ketika bertemu musuh. (Tafsir Ibn Hatim)

Selain membaca doa ini ketika berhadapan dengan musuh, para suami dan isteri juga boleh mengamalkan doa ini ketika berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga yang cuba mengganggu gugat keharmonian rumah tangga. Berdoalah agar Allah s.w.t. mengikat hati-hati setiap pasangan agar sentiasa saling mencintai dan menyayangi. 

Dipetik daripada buku  Ustaz Zahazan Mohamed ,
Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari.
(Solusi 40: Misteri Poligami)

ALLY ISKANDAR & FARAH LEE

Alhamdulillah ....
Akhir nyer ALLY ISKANDAR & FARAH LEE selamat dinikahkan hari ini ... 
20 Januari 2012 ...
Semoga berbahagia selama-lama nyer ...
Comel nyer Farah Lee nih ... Beruntung Ally


SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSCSONY DSC

Ada banyak lagi gambar ... 

Meh ler klik ...

#A Samad Said ~ 01

Menang kerana fulus,
Kalah kerana tulus.

Sumber : 

Wardina Kena Rompak ....

Terlau banyak jenayah sekarang nih ... Yang terbaru Wardina kena rompak ... Sedih baca kisah yang die cerita ... Hiba baca suami nyer mempertahankan aurat isteri nyer ...Alhamdulillah keluarga mereka tidak diapa-apakan ... Cuma kesian baca bila anak2 nyer mengalami trauma yang teruk ... Blog Wardina tak leh masuk ... So, kat bawah nih saya paparkan luahan perasaan Wardina + Video ... Nauzubillah minta dijaukan perkara2 cam nih berlaku kepada kita semua ... Semoga Wardina dan keluarga bersabar n tabah menghadapi dugaan nih ...

________________________________________________________________

Trauma!


by Wardina Safiyyah OfficialPage on 

Thursday, January 12, 2012 at 8:18pm

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH”katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwaCincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku.Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

 Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

 Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

 "Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”    
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,
Wardina





Boleh tak nak warnakan rambut ???

Orang sekarang ramai kate boleh warnakan rambut @ dye ... Halal kate nyer ... 
Meh sama2 dengar ulasan Ustaz Don ... Wallahua'lam ...



Wallahua'lam

Tembak Menembak di LRT Putra Taman Melati.

Aku dapat berita nih dah lewat petang ... Ngeri wehh ... Dekat sangat dah rase nyer ... Jenayah di mana-mana ... Harap pihak polis laksana tugas dengan jaya nyer ... Difahamkan 2 telah ditembak mati n sorang terlepas  ... Isshhh menakutkan, dah ler ada senjata ... Ada 12 kes jenayah lak tu ... Setakat nih tak tau ler dah diberkas ker belum ... Kawan2 di kawasan sekitar sila ambil perhatian n berhati2 ... "Kunci pintu rumah..." kata mak ...

Koleksi Gambar ...

alt


alt

Alhamdulillah ... #901

Alhamdulillah ... Tahniah ... Teruskan perjuangan ... Hargai sokongan rakyat ... #901


Mahkamah Tinggi KL membebaskan dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti, iaitu DNA dan oral lisan tidak boleh sabit kesalahan.

Koleksi gambar yang menarik perhatian ...















Alhamdulillah ...