Followers

30 September 2011

Senarai N3 Bulan September 2011

                                              Gambar Nabil & Zira ...

                                              PRA PERKAHWINAN

                                              Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

                                              Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

                                              Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

                                              Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

                                              Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

                                              MALAM BERINAI

                                              Malam Berinai Nabil & Zira

                                              Malam Berinai Nabil & Zira

                                              Ada banyak lagi gambar ... 
                                              Meh ler klik ...

                                              29 September 2011

                                              Tetamu ...


                                              "Kita semua merupakan tetamu... tetamu ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan hak kita dan tidak boleh pandai-pandai buat apa yang kita mahu. Saya sebagai Menteri Besar, jika datang ke rumah tuan-tuan, tidak boleh lakukan apa yang saya mahu kerana saya tetamu. Begitu juga kita sebagai tetamu Allah SWT di bumi... sampai masa kita akan kembali kepada Allah.."

                                              Kepala Air ...

                                              Tengah aku berjalan2 tadi terjumpa video nih ... Walaupun aku tak paham bahasa mereka ... Walaupun aku tak sebangsa dengan mereka ... Walaupun aku tak tahu agama mereka ... Aku kesian ... 
                                              Issshhh ... Nauzubillah ...



                                              **Eee .... Tak reti lak nak masukkan video nyer ...

                                              WANITA..KAMU ISTIMEWA


                                              Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

                                              Jawab nyer ...

                                              Kerana wanita itu unik.Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
                                              KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,... ... ... ... ... ... ... ... ... ... 
                                              KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
                                              KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
                                              KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
                                              KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
                                              KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi
                                              Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata 
                                              Utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
                                              "WANITA..KAMU ISTIMEWA"

                                              27 September 2011

                                              Bonggol Unta ...

                                              Isu lama dah ... Tapi masih ramai yang buat ...

                                              25 September 2011

                                              Taman Rusa, Tasik Perdana ...

                                              Hari nih Danial ada lawatan ke Taman Rusa, Tasik Perdana ... Semangat bangun pepagi ... 

                                               Sibuk nengok orang ...

                                               Sibuk nengok awek lak ...

                                              Peace ...

                                              Dah nak naik bas ... Hati2 anak ibu, dengar cakap teacher tau ...

                                              Gambar ihsan google ...

                                              Gambar ihsan google ...

                                              ** Alhamdulillah ... Selamat sampai rumah ...

                                              Simpan Bawah Bantal ...


                                              Kisah dua tiga hari lepas ... Aku n bonda tercinta ke Maybank Pasar Gombak ... Bonda nak bukak akaun Maybank. senang orang2 sekeliling nak buat urusan online ... Sebaik ler orang tak berapa ramai ... Tapi yang mengecewakan ialah misi tak tercapai ... Kekeliruan berlaku ... Orang tu kate sekarang kalau nak bukak akaun kena ada dokumen sokongan cam slip gaji anak2 or ape2 lah ... Konon nyer senang nak tau sumber duit tu dari mana ... Tak nak lah nanti bukak akaun lepas tu tak aktif ... Aku n bonda tercinte pun pelik apesal cenghitu syarat nyer ... Takkan nak bukak akaun simpanan biasa pun payah nar ... Aku pun cam nak angin dah ... Aku pikir kalau lah orang tu tak de sape2 nak simpan duit ... Takkan tak boleh ... Maka kuar lah "Lepas nih ramai ler orang simpan bawah bantal..." ... Geram nyer pasal, on the way balik tu kami singgah ler Public Bank lak ... Yang menghairankan aku ... Tak de lak orang kat sini cakap macam syarat2 yang company tiger tu cakap ... Isshhh ...

                                              23 September 2011

                                              Diana Terkini ...

                                              Alhamdulillah ...
                                              Semoga hingga ke akhir nyer ...

                                              Siti Nordiana ...





                                              Diana Amir 

                                              Eeee ... Geram nyer ...

                                              Maaf entri kali nih lebih banyak gambar drpd tulisan ...













                                              "YA ALLAH, AKU BERJANJI KEPADAMU, ANAK INI AKAN KU DIDIKNYA MENJADI SEORANG INSAN YANG BERIMAN DAN BERTAKWA KEPADAMU YA ALLAH. INSYA,ALLAH. ITU JANJIKU PADAMU!!

                                              22 September 2011

                                              Maut Dihempap Tiang Gol ....

                                              Banyak lak kes kematian dihempap tiang gol nih ... Rase2 nyer patut cari alternatif lain sebelum ada lagi mangsa seterus nyer ...

                                              Kronologi Kes :

                                              7 Mac 2000KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mati selepas dihempap tiang gol yang diperbuat daripada besi sewaktu bermain di padang sekolahnya.

                                              30 Januari 2008SUNGAI PETANI: Seorang murid tahun empat maut selepas dihempap tiang gol ketika bermain di tepi padang Sekolah Kebangsaan Taman Sri Wang (SKTSW) selepas waktu persekolahan sementara menunggu kedatangan bapanya.

                                              4 November 2010KEPALA BATAS: Seorang murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Kepala Batas di sini, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat cedera parah selepas dihempap tiang gol di padang sekolahnya.

                                              Terkini :-
                                              21 September 2011
                                               KLANG: "Arwah sebelum ini minta dibelikan kasut bola baru, saya terkilan tak sempat memenuhi hasratnya," kata Abdul Rahman Sarbaini, 41. Anaknya, Muhammad Fakhrul Amin Abdul Rahman (gambar kecil), 11, maut selepas cedera parah di bahagian kepala akibat dihempap tiang gol ketika bermain bola sepak, petang semalam.
                                              Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa 2 itu mengalami pendarahan teruk selain retak tempurung kepala.

                                              ** Kena pesan kat anak2 nih ... Nauzubillah ...

                                              Hantu Bonceng ...

                                              Sinopsis:

                                              Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
                                              Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
                                              Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
                                              Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

                                              _________________________________________________________________


                                              Kecoh lak pasal filem nih ... Dengar2 ade dialog2 yang menghina Islam ... 
                                              Ntah ler aku pun tak nak cakap banyak coz aku pun tak tengok filem nih ...
                                              Ape2 pun sebaik Zizan tak ego n mintak maaf ... Tapi Si Pengarah nyer pulak aku dengar berlagak ... Hmmm ... Apolah ...



                                              Harap2 lepas nih mereka2 nih lebih berhati-hati n prihatin ...

                                              19 September 2011

                                              Yogurt Ubati Stres/Depresi



                                              Berdasarkan laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi. Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.



                                              Ujikaji


                                              Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotikLactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah."Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara ususdan otak," ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.

                                              Sumber : SIHAT SELALU

                                              17 September 2011

                                              Suara Kami


                                              ‎| bilamana remaja menghayati kemerdekaan dengan konsert | jangan disalahkan mereka bila ditanya apa pengertian kemerdekaan | kelak kan mereka menjawap merdeka itu cuti, merdeka itu cool, merdeka ada konsert gergasi | itu suara kami, kata mereka |

                                              Tak de pape ...



                                              Hujung minggu yang membosankan ... — at Jalan Madrasah, Gombak Setia.

                                              11 September 2011

                                              Nauzubillah ...

                                              Seperti biasa kegiatan di waktu malam adalah berblog walking ... Sedang2 berjalan2 maka terbaca lah kisah SEDIH ini ... Salam takziah ...Semoga ibu ini tabah menghadapi dugaan yang besar ini ...  

                                              Nauzubillah jangan lah berlaku pada aku ... Tapi kuasa Allah tak terdaya kita melawan ... Ya Allah Ya Tuhan Ku ... Janganlah Engkau tarik anugerah paling berharga yang telah Engkau berikan pada hamba Mu ini ... 

                                              Anugerah Paling Berharga ...
                                              Muhammad Luqman Aliff b. Shahdan
                                              8 tahun

                                               Muhammad Danial Fathullah b. Shahdan
                                              5 tahun

                                               Nur Fatiha Nadhirah bt. Shahdan
                                              3 tahun

                                              10 September 2011

                                              Uiii seksi nyer anak dara nih ...

                                              Makin nakal ...
                                              Dah pandai nak pilih baju sendiri ...
                                              Ikut suka dia jer ...

                                               Baru lepas bersuci ...

                                              Nakal ...

                                              Kena cakar ...

                                              Balik sekolah ari tu aku tengok muka Luqman bertanda ... Y Allah kenapa lak anak aku nih ... Aku tanya dia banyak kali dia tak nak cerita, dia kata nak tulis surat ... Takut aku marah agak nyer ... Mengikut ape yang aku paham kejadian berlaku waktu rehat ... Mungkin Luqman bercakap kasar@kuat kat kawan nyer nih ... Kawan nyer pun marah ler lalu terjadi lah per"cakar"an ... Keesokannya, aku jumpa cikgu kelas n kawan nyer yang mencakar nih ... Aku tanye n dapat cite yang serupa ... Tapi cikgu kelas nyer cam tak percaya sebab Luqman nih agak pendiam kat kelas, n si pencakar tu agak nakal ... Aku pun tak tau nak marah sape ... Just cakap kat Luqman "Jangan cakap tak elok, jangan ejek2 ... Jangan gaduh ..." Harap perkara nih tak berpanjangan ... Cian Luqman ...

                                              Masam jer muka ...

                                               Cian anak aku ...


                                              Korang nangis tak ??



                                              Pernahkah kita bersedih tertinggal sembahyang?
                                              Pernahkah susah hati terlewat mengerjakannya?
                                              Pernahkah terasa rugi tertinggal jemaah mendirikan sembahyang?
                                              Pernahkah kita risau hati lalai di dalam sembahyang?
                                              Pernahkah terasa berdosa tidak beradab menghadapi Tuhan?

                                              Jawapannya ada pada diri kita sendiri
                                              Setiap orang boleh menilai dirinya
                                              Tanyalah diri, kita akan dapat jawapannya
                                              Bila dapat jawapannya engkau kenal diri engkau
                                              Bila engkau kenal diri engkau, engkau kenal siapa engkau
                                              Kalau engkau kenal diri engkau
                                              Engkau tidak akan nampak lagi kejahatan orang lain

                                              Begitulah beberapa pertanyaan yang kita ajukan
                                              Sebagai contoh untuk bertanya diri sendiri
                                              Yang tidak disebutkan kita datangkan atau fikirkan
                                              Tentu kita juga akan dapat jawapannya

                                              Cara ini adalah salah satu cara buat kita menilai diri
                                              Jika kita mahu menilai diri sendiri
                                              Lebih-lebih lagi jika hendak membaiki diri
                                              Tapi berapa ramaikah orang boleh ikut jalan ini?!

                                              Boleh ker doa dalam Bahasa Melayu ??

                                              Aku rase ramai antara kite yang berdoa dalam bahasa melayu ... Aku pun berdoa dalam bahasa melayu ... Ada sesetengah orang kate kalau kita berdoa dalam sembahyang (masa sujud) kena dalam bahasa arab ... Isshhh susah jugak kan ... Nak belajar bahasa arab satu hal ... Nak belajar dialog dalam bahasa arab lagi ... Nak belajar merayu n merintih dalam bahasa arab lagi ... Hmmm ... 


                                              07 September 2011

                                              WordLESS Wednesday - 02

                                              06 September 2011

                                              Dah 8 tahun ....


                                              SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-8 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA SULONG KAMI
                                              MUHAMMAD LUQMAN ALIFF B. SHAHDAN



                                              Selamat Hari Lahir Abang Long ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Long dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...





                                              Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin

                                              **pssttt :- Tahun depan sunat tau ....