Sungai Besar, Selangor ...

Pada Sabtu dan Ahad lepas kami sekeluarga ke Sungai Besar, Selangor, rumah nyer bapak mertua Kak Chik Sungai Buloh (kakak husband) ... Kami ramai2 berkonvoi dari rumah kak long, sri gombak. Ada enam keluarga semuanyer ... Apelagi aktiviti adalah seperti dalam gambar ...

 
Aku tak ingatlah nama pantai nih ...

 
Baru sampai dari Gombak, lepak2 tepi jeti jap ...
Rumah atuk nih kiri kanan nyer sawah .. So, depan rumah nih ada tali air, bergembiralah mereka2 yang kaki pancing ...
  
 Memancing di malam hari ...
‎"Abah Luqman Juara ..." kata Luqman ...
 
Pak Ude pun dapat jugak ...
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs343.ash2/62325_156133471074919_100000348007090_361514_5164337_n.jpg
Inilah sebahagian hasil tangkapan di malam dingin ...
Sebenar nyer pagi Ahad tu deme sambung lagi memancing, tetapi kerana bateri hp yang nyawa2 ikan maka perlu lah dijimatkan penggunaan nyer ...
 
Inilah sebahagian dr hasil tangkapan ...

 
Mcm2 ada..haruan ada,baung ada,keli ada,puyu ada,sepat ada,tapah ada,belida ada..lumayan pak...
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs343.ash2/62325_156133474408252_100000348007090_361515_6991129_n.jpg

 Gotong-royong menyiang ikan ....

Petang tu kami beramai-ramai membalikkan diri masing2 ke rumah memandangkan masing2 ada tangung jawab. dalam perjalana balik tu sempat ler singgah di tepi jalan membeli belah ...


 Mentarang yang dah siap masak


 
Danial terlentok kepenatan ...

 Abang Long pun penat tolong abah memancing ...

Budak Hilang ...

Ada lagi kes budak hilang ...
Aku jumpa maklumat nih masa masuk website Maybank ...

Have you seen this child? 

Lee Xin Ru

A 2 year old child, Lee Xin Ru has been missing since 21st September 2010. If you have any information about this child, please contact:

  • Insp. Haroza binti Pandi (019-879 3776)


  • Raub Police Head Quarters (09-355 2222)

     

Bola Ben 10

Nie lah permainan terbaru bebudak tiga orang nih .... Asyik beli mainan jer ... Bola nih aku rembat kat kedai atuk rashid. Ada tiga sebenar nyer, aku beli sorang satu supaya tak bergaduh. memang cam tak berapa sesuai utk Fatiha, tapi kalau akau tak beli utk dia nanti ... Maka akan berlakulah pergaduhan ... Berebut-rebut lah nanti ... Maka tiga biji ler aku rembat, sebijik rege RM2 ... Haiisshhh, nape lah kedai tu ada kat situ ... Asyik kena pau ngan anak2 jer ...

OPEN HOUSE + AQIQAH + BIRTHDAY

Alhamdulillah ... Sempena cuti 1 Malaysia pada 16 September 2010 keluarga kami sempat mengada majlis jamuan hari raya, aqiqah n birthday ... Malas lak nak cite... Nengok gambar jelah ...

 Sepupu aku yang gediksss ...

 Aku ngan kakak bersama anak masing2 (Fatiha serabai, br bangun tidoo)

 Eryna - anak buah terbaru ...

 Kek yang ngeri nak potong ...

 Nie pun sepupu2 aku ... Kakak aku asyik makan jer ...

Aku ngan kakak aku ... Sape gumuksss ??

 
Sedara mara

Kat luar rumah ...

Alhamdulillah selesai sudah ... Yang penting sekali aqiqah Eryna + Fatiha (Walaupun lamabat ...)

My Mydin ...

Mydian dah bukak kat area kawasan rumah aku ... Tak de lah dekat sangat, tapi boleh ler nak dibandingkan ker KL or Selayang ... Bukan beli barang sangat pun ... Saja bawak Fatiha ngan Danial jenjalan ....

Sementara atuk ngan uwan membeli-belah, aku layanzzz ler kerenah Danial ngan Fatiha nih ... Berebut-rebut memasing, kalau boleh nak naik semua ... Dua tiga ari lepas tu Danial asyik tanya jer "Ibu, bila nak gie Mydin lagi ??"






Wanita dan Rama-Rama

 http://files.myopera.com/azmibhr/blog/KoreanInsect-Common_Swallowtail_Butterfly_J02-hanging_leaves.jpg
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
 
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
 
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
 
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
 
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
 
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
 
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
 
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
 
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
 
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
  http://farm4.static.flickr.com/3292/3155928814_a492f9954b.jpg?v=0
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
 
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
 
Nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.

MANGSA TERCEKIK





1. Tanya mangsa samada beliau boleh bercakap.

2. Jika boleh bercakap, galakkan mangsa batuk sehingga benda asing yg tersekat dapat dikeluarkan.

3. Jika mangsa tidak boleh bercakap & batuk, lakukan tekanan abdomen.
Berdiri dibelakang mangsa & letakkan kedua tangan anda di keliling abdomennya. Buat genggaman pada 1 tangan & pegang genggaman tersebut dgn tangan yg 1 lagi. Letak genggaman tersebut antara pusat& tulang ulu hati & tekan arah kedalam & keatas.
Jika mangsa yg gemuk atau perempuan mengandung, buat tekanan pd tengah2 dada arah ke dalam.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
4. Jika mangsa tiba2 pengsan, secepat mungkin minta seseorang panggil ambulan.

5. Buka mulut mangsa dgn teknik tekan lidah & angkat dagu. Cuba korek keluar
benda asing tersebut, jika tak berjaya, cuba hembus nafas ke mulut mangsa.
6. Jika saluran pernafasan mangsa masih tersekat, lakukan tekanan abdomen dgn berlutut sebelah menyebelah paha mangsa. Letak tumit tapak tangan antara pusat & tulang ulu hati. Letak tangan sebelah lagi di atas tangan yg pertama & tekan arah ke atas.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
7. Selang-seli teknik ini :
- Buka mulut mangsa, korek benda asing
- Beri hembusan semula
- Tekanan abdomen
8. Lakukan sehingga benda asing tersebut dpt dikeluarkan atau hembusan dapat diberikan.

9. Jika mangsa gemuk atau mengandung, lakukan tekanan dada seperti teknik CPR.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

M Rajoli Meninggal Dunia ...

 http://www.sinemamalaysia.com.my/image.php?id=1982
Pelakon Veteran M Rajoli yang telah disahkan meninggal dunia akibat kanser otak jam 10.45 malam tadi (17 September 2010). Allahyarham di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu. Semoga ruh nyer dicucuri rahmat.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah ...

Aidilfitri 2010

Alhamdulillah dipanjangkan umur dapat aku merayakan Aidilfitri 2010. Tahun nie aku beraya di Gumbak Setia, Kuala Lumpur ... Tema lak warna gold, tapi anak dara kesayangan tak de baju kurung (malas nak belikan coz dia tak mo pakai) pakaikan dia gown yg Along aku belikan tu pun tak dapat lah warna tema ... Tak pelah ape2 pun tetap meriah ... Seronok sebab semua adik beradik berkumpul ... Ada macam2 perangai ... Setelah selesai Solat Sunat kami berkumpul untuk sesi salam-salaman + bagi duit raya  ... Touching jugak ... Lepas tu sesi bergambar .... Nie yang tak tahan, macam2 perangai ... Kejap2 anak Along menangis ... Peh tu anak Ijal lak ...  Peh tu anak2 aku lak ... Huru-hara lah jugak ... Dah selesai semua tu, Aku ngan keluarga bertolak balik ke J17, Pahang, Keluarga Along ke Ipoh, Perak. Mak, Abah ngan Pais ke Batu Kikir, N9 ... Tinggal lah keluarga Ijal bermaharajalela ... Raya di J17 pun seronok ... lagi ramai ... Lagi huru-hara ... Adik asyik kena sakat jer .. The next day kami beramai-ramai ke rumah Pak Anjang di Triang ... Agak jauh tapi seronok berkonvoi walaupun ada yang tersesat  ... Hari Isnin kami sekeluarga pulang ke Gombak, sebelum tu singgah Batu Kikir ... Tak de sape dah ... Pak Cek ngan Pak Ude jer ... Lunch ... Lepak2 jap ... Balik ...

Keluarga Ku

 Kisah Hidup Ku ... Semoga Kekal Bahagia ...

Family Along
Family Ijal

Anak2 aku n anak2 buah ku ...
Macam2 perangai ...

Malas nyer lah ...

malas nyer nak update blog ... Kebizian melanda ... Berebut ngan husband, memasing nak online ... maaf yerr ... nanti lah ... jap2 gie ...

Zakat

Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.
Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:
(۱۰۳) خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
  
Syarat wajib zakat
  • Islam
  • Merdeka
  • Milik sempurna
  • Cukup nisab
  • Cukup haul (genap setahun hijriah)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)

Jenis zakat

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  1. Zakat fitrah
  2. Zakat harta

Zakat fitrah

Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

Zakat harta

Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal.
Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):
(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.
Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.

Zakat harta di Malaysia

Berikut adalah jenis zakat yang ada di Malaysia:
  • Zakat pendapatan
  • Zakat wang simpanan
  • Zakat KWSP
  • Zakat saham / pelaburan
  • Zakat emas dan perak
  • Zakat perniagaan
  • Zakat binatang ternakan
  • Zakat hasil pertanian
  • Zakat hasil laut
  • Zakat rikaz dan ma'din

Golongan yang layak menerima zakat

Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
  1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.

Faedah Zakat

Faedah diniyah (Agama) 

  1. Dengan berzakat bererti kita telah menjalankan salah satu dari rukun Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.
  2. Merupakan saranan bagi hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, akan menambah keimanan kerana keberadaannya yang memuat beberapa macam ketaatan.
  3. Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda, sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta'ala, yang bermaksud: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah" (QS: Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith yang muttafaq 'alaih Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam juga menjelaskan bahwa shadaqah dari harta yang baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda.
  4. Zakat merupakan sarana penghapus dosa, seperti yang pernah disabdakan Rasulullah s.a.w.

Faedah Khuluqiyah (Akhlak)

  1. Menanamkan dan melahirkan sifat kemuliaan, rasa bertolak ansur, sentiasa bersyukur, bertakwa dan kelapangan dada kepada peribadi pembayar zakat.
  2. Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan, peramah dan lembut kepada saudaranya yang tidak cukup keperluan.
  3. Merupakan realiti bahawa menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat baik berupa harta mahupun raga bagi kaum muslimin akan melapangkan dada dan meluaskan jiwa kerana sudah pasti ia kan menjadi orang yang dicintai dan dihormati sesuai tingkat pengorbanannya.
  4. Dalam, zakat terdapat penyucian terhadap akhlak.

Faedah Ijtimaiyyah (Sosial Kemasyarakatan)

  1. Zakat merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia.
  2. Memberikan dorongan kekuatan bagi kaum muslimin dan mengangkat kehadiran mereka. Ini boleh dilihat dalam golongan penerima zakat, salah satunya adalah perjuangan di jalan Tuhan.
  3. Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Kerana masyarakat bawah biasanya berasa benci apabila melihat mereka yang berkelas tinggi menghambur-hamburkan harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Jika harta yang demikian melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian dan kasih sayang antara si kaya dan si miskin.
  4. Zakat akan memacu pertumbuhan ekonomi pelakunya dan yang jelas berkahnya akan melimpah.
  5. Membayar zakat bererti memperluaskan peredaran harta benda atau wang, kerana ketika harta dibelanjakan maka putarannya akan meluas dan lebih banyak pihak yang mengambil manfaat.
  6. Bagi menangani masalah pengangguran masyarakat Islam, dengan mengambil hasil zakat (sebahagian) untuk disediakan keperluaan yang diperlukan dalam bekerja, menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat latihan para

Hikmah Zakat

Hikmah dari zakat antara lain:
  1. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
  2. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.
  3. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
  4. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
  5. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
  6. Untuk pengembangan upaya umat
  7. Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
  8. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.
 Pusat Zakat

Bendera Malaysia Malaysia

Pusat zakat yang masih lagi dibawah kelolaan kerajaan negeri adalah:

Cara untuk menghapuskan lipas di rumah

 
 
Bagaimana cara untuk menghapuskan lipas.
Harap ianya bermanfaat. ;)
 
  • Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
 Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.
 
  • Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
 Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
 
  • Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
 Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
 
  • Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
  1. Jangan biarkan sampah sarap di rumah.
  2. Selalu cuci bilik air.
  3. Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
  4. Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
  5. Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
  6. Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
  7. 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
  8. Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
  9. Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
 *Ingat : MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
  • Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat. Begitu juga di ceiling.Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
 
  • Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
  1. Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
  2. Dua bahagian tepung gandum
  3. Satu bahagian koko
  4. Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau.
  5. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
  6. Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.
 
Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.
 
Sekian.

Selamat Hari Raya 2010

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua saudara-mara, kawan-kawan tak kira di mana jua anda berada. Ampun dan maaf andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terpinjam harta-benda, terumpat bila-bila; semoga dimaafkan.

Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat anda semua. 
Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.

Abang Long dah besar ....

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-7 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA SULONG KAMI
MUHAMMAD LUQMAN ALIFF B. SHAHDAN

Selamat Hari Lahir Abang Long ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. abang Long dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...

Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
 
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
 
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
 
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
 
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
 
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
 
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
 
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
 
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
 
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
 
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
 
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
 
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
 
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
 
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
 
Berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

3 Lapis Pakaian

3 lapis pakaian

bukan dipakai ketika musim sejuk
bukan….
bukan……
bukan……. ..
 
3 lapis pakaian
satu untuk menutup aurat
satu untuk berhias
satu untuk taqwa
 
ada orang hanya pakai selapis pakaian
ada orang pakai dua lapis
ada orang pakai hingga tiga lapis
 
surah Al-A’raf : ayat 27
menurut Tafsir al-Azhar Prof. Hamka hendaklah kamu sentiasa berpakaian lengkap iaitu dengan mengenakan ketiga-tiga pakaian kerana jika hanya memakai 2 lapis pakaian sekadar menutup aurat dan berhias maka syaitanlah yang akan menyelinap masuk tetapi apabila mengenakan pakaian taqwa iaitu pakaian ketiga ia adalah pakaian sejati

Jgn Jadikan Diri Anda Sebagai Mangsa

Jika anda melihat lelaki india yang menunggang motorsikal dengan tangannya berdarah mengetuk tingkap kereta anda supaya berhenti dan bertanya untuk kertas tisu bagi membersihkan darah apabila anda sedang memandu kereta, Ingat!JANGAN memberhentikan kereta anda sama sekali. Bahkan jika dia merosakkan kereta anda atau memegang erat-erat cermin sisi (side mirror), JANGAN sesekali memberhentikan kereta tetapi terus memandu sehingga ke balai polis yang berdekatan.


Taktik jenayah yang semacam ini telah dilaporkan kepada pihak polis sebanyak 40 kes terutama di kawasan Seremban, Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan Bandar Klang (sebenarnya di seluruh negara).

Orang-orang ini adalah gangster India, mereka bekerja dalam kumpulan dan berani melakukan jenayah ini bahkan di kawasan yang ada orang ramai di mana tak seorang pun akan berani untuk berhenti kereta membantu anda. Tujuan utama dari taktik kotor ini adalah untuk merompak anda dan bahkan melakukan perkosaan jika anda seorang pemandu perempuan yang memandu sendirian. Silakan sampaikan pesanan ini kepada orang yang anda sayangi termasuk saudara dan kawan-kawan anda.

Wasallam.
 
p/s :- macam2 lah sekarang nih ... nak tolong orang pun takut2 ... So kengkawan, hati2 di mana jua anda berada ...